Saturday, December 31, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Mission Impossible:Ghost Protocol

Title: Mission Impossible:Ghost Protocol
Director: Brad Bird
Casts: Tom Cruise, Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton and Anil Kapoor

Aku dan suamiku menonton filem ni pertama kali sebagai suami isteri dan kerana dah 3 bulan rasanya tak menonton wayang (kerana bulan puasa dan sibuk dengan persiapan kawin), jadinya kami ambiklah kesempatan untuk treat ourselves with this superb movie. Movie yang memang kami nantikan since the first time we saw the trailers at the cinema not long ago. The first week movie ni keluar, aku dah beli tiket via online (malas nak beratur kot...).

Apa yang aku leh katakan cerita ni memang best giler...Dari awal sampai akhir, rasa macam tak leh bernafas. Aku yang rasa nak terkucil pun sanggup tahan sebab tak nak miss any parts. Panggung yang sangat besar tu (selalunya Hall 1 atau 2 mesti paling besar) pun penuh sampai mendongak orang depan. Lupa lak nak mention, aku tengok kat Tropicana City Mall sebab dah jemu asyik tengok kat One Utama.

Mission Impossible kali ni mengisahkan tentang misi Ethan Hunt yang melibatkan negara-negara pemilik senjata nuklear. Setelah dituduh atas peledakan Kremlin di Rusia, pemerintah Amerika Serikat akhirnya melakukan tindakan Ghost Protocol atau penyangkalan penuh terhadap seluruh organisasi IMF. Jika biasanya Ethan selalu mendapat sokongan lengkap dari IMF, kali ini untuk membersihkan namanya dan mencegah perang nuklear antara Amerika dan Rusia, Ethan dan team barunya yang terdiri daripada Agen Brandt (Jeremy Renner), Agen Jane (Paula Patton) dan Agen Benji (Simon Pegg) harus memulai misi tanpa bantuan dan tanpa plan yang jelas. Kiranya, diorang ni main redah jelah kali ni.
 
Team baru ini nantinya akan harus mencegah pengganas pimpinan Hendricks (Michael Nyqvist) agar tidak bertemu dengan Léa Seydoux (Sabine Moreau) yang mempunyai kod asli pelancaran nuklear Rusia tu. Pertemuan ni berlangsung di Burj Khalifa a.k.a Burj Al Dubai, the world most luxurious hotel and tallest manmade structure in the world. Segala perancangan awal tak berapa menjadi, makanya, kelam kabut mereka apabila di saat2 akhir mereka tukar plan.

Penggunaan CGI dengarnya hanya digunakan untuk 2 babak sahaja dalam filem ni. Babak pengeboman Kremlin di Rusia dan babak sand storm di Dubai. Aksi2 yang lain dilakonkan sepenuhnya oleh Tom Cruise sendiri yang bakal menjengah usia 50 tahun namun tampak bertenaga dan 'muda'. Aksi lasak dalam filem ni diselang selikan dengan lawak jenaka terutamanya oleh watak yang dilakonkan oleh Simon Pegg.

Kesimpulannya, misi Ethan Hunt kali ni tidaklah impossible, tapi sangat merbahaya (as always). Who ever enjoys great action movie, this movie is surely for you. Enjoy...!!!

Selamat Tinggal 365

Assalamualaikum w.b.t.

Tahun 2011 tinggal beberapa jam saja lagi akan meninggalkan kita. Aku bersyukur kerana masih bernafas dan dikurniakan kesihatan yang memuaskan untuk menjalani hari terakhir, hari ke 365. Apa yang ingin ku coretkan dalam entri kali ni adalah serba sedikit perjalanan hidupku dalam tahun rahmat ini.

Aku memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerna telah memberkati aku dengan kehidupan yang bahagia di sepanjang tahun ini. Tahun 2011 aku mulai dengan menjadi seorang kekasih. Aku dan Hairy ku waktu itu dah setahun bersama. Mac 2011 aku sah menjadi tunangannya. November 2011, kami disatukan sebagai suami isteri dan 2011 bakal ditutup dengan aku bakal menjadi seorang ibu apabila aku disahkan hamil beberapa minggu yang lepas.

Semuanya berlaku dalam tahun 2011 yang penuh ranjau duri, onak liku, tawa dan duka. Namun, kebahagiaan yang ku rasakan semakin bertambah saban hari dengan membesarnya zuriat kami dalam rahim aku ni, dan tahun 2012 akan menjadi lebih bermakna buat kami apabila untuk pertama kalinya, kami bukan sahaja menyambut Hari Raya Aidilfitri yang pertama sebagai suami isteri tetapi juga sebagai seorang ibu dan ayah. InsyaAllah....syukur ke atas rezeki Allah...

Beberapa event penting lain yang nak aku update.

Mac 2011- Bukan saja aku selamat menjadi tunangan si dia, aku juga mendapat seorang lagi adik baru. Ish...bukan mak aku yang melahirkan la. Aku dapat adik ipar apabila adik lelakiku selamat diijabkabulkan dengan pasangannya bulan Mac yang lepas. Semakin bertambah ahli keluarga kami yang tak berapa besar tu.

April 2011- Aku kehilangan hamster kesayanganku, Dot yang aku dah bela sedari usia 3 bulan sejak setahun yang lalu. Dari pembacaan aku, rasanya Dot mati kerana faktor usia kerana usia mencecah 2 tahun untuk hamster boleh dikatakan veteran sangat. Ia jatuh sakit pada hari lahir ku dan mati sehari selepasnya dan aku tanam ia di Kamunting sebab aku outstation waktu tu, dan kerana Dot sakit teruk, aku tak sampai hati nak tinggalkan ia kat rumah, makanya, aku bawaklah ia bersama. Seminggu sebelum Dot pergi (aku seolah2 mendapat firasat bahawa aku akan kehilangan 'teman'), aku meng'adopt' seekor anak kucing daripada member di petfinder.com. Kucing jantan yang berusia hampir 3 bulan tu aku namakan Tongga sebab dia suka ikut aku ke hulu ke hilir dalam rumah macam Tongga selalu ikut Sifunya dalam citer Apek n Nabil, "Sifu & Tonga". Kehadiran Tongga dalam hidup aku sangat menghiburkan sebab ia sangat aktif dan playful, juga seekor kucing yang manja dan suka menyelit kat ketiak aku bila tido.

Ogos 2011- Sekitar Syawal 2011, aku dan tunangku mula decide tentang tarikh pernikahan kami. Kami kuat jugalah nak selesaikannya tahun ni jugak walaupun papa aku macam nak aku langsungkannya pada tahun 2012. Memang masa majlis pertunangan, kedua2 pihak tidak menetapkan tarikh perkahwinan dan berapa lama ikatan pertunangan kami. Biar open je. Tapi, apa yang papa ku minta, 3 bulan sebelum majlis, perlulah dimaklumkan tarikh kepada semua pihak agar persiapan dapat dimulakan. Jadinya, selepas bermuhasabah diri, selepas perbincangan dengan keluarga, kami akhirnya meneruskan juga niat asal kami yang nak dinikahkan pada penghulu segala hari, hari Jumaat, 11 November 2011. Alhamdulillah, tarikh keramat 11.11.11 tu pulak jatuh pada hari Jumaat, rasa macam memang takdir aku pulak.
Dengan hanya kurang dari 3 bulan, aku dan tunang memulakan proses merancang perkahwinan kami. Waktu tu, apa yang kami rancang dah terus perlu dilaksanakan sebab masa da suntuk. Kami selesaikan borang kahwin dulu. Itu yang paling utama. Aku mula berbincang dengan wedding planner aku tentang konsep dan tema majlis. Photographer mula dicari, barang2 hantaran mula dibeli, kad jemputan mula ditempah.... Walaupun nampak macam kelam kabut dan last minute punya perancangan, tapi aku ni jenis details. Apa yang aku nak buat, semua aku senaraikan supaya aku tak lupa.

Pendek cerita, photographer hanya 2 minggu sebelum majlis baru aku booking, kad jemputan pun baru siap 3 minggu sebelum majlis...namun, kami tetap cool dalam melalui situasi ni. Mendengar cerita pasangan lain, semasa proses persiapan berjalan, memang bakal pengantin akan bertegang leher, bermasam muka dan bergaduh sana sini kerana perbezaan pendapat dan juga tekanan. Tapi, alhamdulillah, kami tak lalui semua tu. Aku hanya sedikit tertekan sebab rasa susah nak puaskan hati semua orang...namun, tunang aku adalah orang yang paling banyak memujuk dan memberikan kekuatan kepada aku sepanjang proses tu berjalan. Jadinya, takdelah kami bergaduh besar atau bermasam muka time tu. Alhamdulillah......

October 2011- Dengan hanya sebulan ke tarikh majlis, aku dan tunang berulang alik ke kampung halaman masing2 tiap2 hujung minggu. Memang sangat memenatkan, sebabnya, hari bekerja kena pergi keje..Jumaat malam dah bertolak balik kampung. Sabtu dan Ahad menguruskan hal kawin. Ahad petang dah bertolak balik ke KL. Isnin dah kena keje balik. Dan begitulah rutin kami dari penghujung September sehinggalah ke seminggu sebelum hari pernikahan. Namun, kami tahu, selepas selesainya majlis, kami dah boleh rehat panjang....jadi, kena bersabar la sikit. Minggu ke minggu, kami penuhkan kereta dengan barang2 yang nak dihantar ke kampung. Door gift, gula2, goodie bags, brg2 hantaran, pakaian dan beberapa perkara lain yang berkaitan. Sehinggakan Tongga pun aku hantar ke kampung aku 2 minggu sebelum majlis kerana bakal suami dah tak nak kami bela kucing di rumah sebagai persediaan untuk aku menjadi seorang ibu kelak. Sedih jugakla waktu tu nak berpisah dengan Tongga. Bila balik rumah je, aku rasa sunyi. Dah takde Tongga yang tunggu aku kat depan pintu rumah setiap kali aku balik kerja. Dah takde Tongga yang kejutkan aku bangun dari tido pagi2 dengan menyondol kepalanya kat pintu bilik tido aku. Dah takde Tongga menunggu aku depan bilik air bila aku mandi. Dah takde Tongga yang mengguling2 kat halaman rumah bila aku sidai pakaian. Tapi, menghantar Tongga ke kampung dalam jagaan Mak Long aku adalah keputusan terbaik aku sebab kat sana lah ia mendapat 'adik' dan kawan baru. Ia seronok bermain di luar tanpa dimarah. Ia seronok panjat sana sini tanpa ditegur. Dan yang paling seronok hingga membuatkan air mata aku menitis apabila melihat ia bergurau dengan 'adik' barunya yang ketika itu berusia dalam 3,4 bulan. Sangat seronok melihat Tongga bermain dengan kucing lain kerana selama ia tinggal dengan aku, ia memang tak didedahkan dengan kucing lain sebab Tongga ni house cat. Seronok melihat akhirnya, Tongga bebas.

November 2011- Sebelum Hari Raya Qurban, mama dan adik aku dah berada di KL. Waktu ni, hanya tinggal seminggu ke majlis pernikahan aku. Tunang ku masih perlu bekerja dan hanya akan bercuti 3 hari sebelum majlis sedangkan aku dan pun pulang ke kampung untuk meneruskan persiapan di sana. Adik aku, aku hantar ke Taiping, rumah isterinya, mama dan aku pulang ke Baling. Setiap hari, aktiviti aku di kampung, mengisi goodie bags dengan candies dan menyusun special gift ke dalam beg berasingan. Aku rasa, adalah dalam 1000 lebih kuantitinya dan semuanya aku buat seorang. Walaupun ada yang menolong sikit2, tapi kebanyakannya aku yang buat sebab belum ada sedara mara yang pulang waktu tu. Tapi, aku tak kesah sebab bukannya aku ada kerja lain pun. Disebabkan kenduri aku akan dihidangkan lauk catering, makanya, takdelah orang yang datang untuk masak2. Cuma yang datang sekadar menjenguk bakal pengantin ni, sambil2 nak skodeng persiapan bilik pengantin, pelamin dan meja makan. 3 hari sebelum majlis, wedding planner kesayanganku, Kak Farah datang memasang pelamin serta menyiapkan meja santapan serta bilik pengantin.

Waktu tu juga, papa aku pun dah berada di kampung, selamat sampai dari KL. Dialah yang jadi driver masa aku nak pegi Penang untuk berinai dan membeli sedikit barang di Tesco. Nasiblah Kak Farah kata aku tak perlu fitting kali terakhir. Pagi hari nikah je aku akan try baju tu dan kalau perlu diubah, dia akan ubah on the spot je. So, takyah lah aku menapak ke kedainya. Hari nikah dan bersanding tu memang Kak Farah dan hubbynya ber'kampung' lah kat teratak Mak Long aku, menyiapkan semua keperluan majlis. Dan aku memang sangat sangat sangat berpuas hati dengan servis mereka sebab walaupun hanya dia dan hubbynya saja yang buat semua, mereka sangat efisien dan cekap dalam kerja mereka. Makanya, takdelah yang tergendala.

Ok, stop over there cos hal2 kahwin ni aku akan cerita dalam entri yang seterusnya.

Disember 2011- Selepas 'best friend' aku lambat tiba, dan 3 kali melakukan test di rumah, dengan sekali negatif dan 2 kali positif, aku disahkan hamil oleh doktor. Alhamdulillah.....A good news to end a great year...So, cerita pasal pregnancy aku ni pun aku akan update dalam entri2 yang seterusnya.

So, kepada semua rakan2 yang membaca blog aku ni, Selamat Tahun Baru Masihi aku ucapakan. Semoga Tahun 2012 akan membawa lebih banyak sinar kebahagiaan dan rezeki kepada anda semua. Walau apapun azam tahun baru anda, penuhilah hari2 anda dengan sesuatu yang bermakna dan jadilah insan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Wassalam.
Thursday, December 29, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Menyapu debu

Waggghhhhhh....!!!! Lama giler aku tak mengupdate blog aku ni. Kononnya lepas kahwin nak la luangkan masa untuk coret sana sini, tapi kepenatan dan kesibukan bekerja membuatkan masa tu berlalu begitu saja. Jadinya, inilah masa aku nak menyapu debu yang melekat kat blog aku ni. Buat masa ni, biarlah aku update ni saja dulu sebagai permulaan. Biar ada daripada takda.

InsyaAllah, dalam masa terdekat ni, aku akan kongsi sedikit coretan di sekitar majlis pernikahan serta persandingan aku. Serta serba sedikit kehidupan aku as a married woman.

Sampai sini dulu...adios...
Thursday, August 25, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Sedikit untuk tatapan

Ni ada beberapa keping gambar dari photoshoot aku di Ipoh ari tu. Aku suruh photographer aku email beberapa keping sebab aku nak masukkan dalam kad kawin nanti. Ni kira sneak peak la ek. Nanti da dapat soft copy semua aku akan masukkan ke dalam FB aku.

Gambar mana menjadi pilihan? Adakah yang ini??



Atau yang ini kah??



Atau ini???

Yang pasti, salah satu daripada 3 keping gambar ni akan menghiasi muka hadapan kad undangan perkahwinan kami nanti. Kalau nak tahu, kena tunggu final draft nanti....

Adios..

Selamat Tinggal, Ramadhan

Aiikkkk...Syawal belum datang lagi dah say babai kat Ramadhan?? Apa ke peliknya?? Haha..

Takdelah, saje je nak buat gempak.. Setiap tahun, apabila Ramadhan semakin meninggalkan aku,aku akan rasa sayu sebab tak pasti adakah panjang usia aku untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya. InsyaAllah, doakan panjang usiaku. Amin....

Aku sebenarnya nak mengucapkan babai kepada Ramadhan yang terakhir yang aku sambut sebagai single ladies. Ahaks...Sejak tinggal sendirian di Kota Metropolitan KL ni, adalah dekat nak masuk 4 tahun, bersahur sendiri, berbuka pun sendiri...ish..ish...siannya.. Tapi, taklah sendirian. Macam tahun ni, kebanyakan hari aku berbuka bersama Mr Fiance. Hampir setiap hari lah rasanya. Cuma bersahur jelah sendiri, ditemani oleh si Tongga yang selalu kejutkan aku pagi2. Haha...Sifu & Tongga, bergabung... meletops...hahaha...

Setelah bergelar seorang isteri kelak, kalau dipanjangkan usia, aku akan berbuka puasa serta bersahur dengan suami di rumah..Takdelah sorang2 lagi..Mana lah tahu, murah rezeki Allah beri, ada baby pulak, sambut la sebagai seorang ibu jugak...Amin...

Rutin harian mesti akan berubah punya...Yelah, selalu solo je, tak lama lagi dah ada suami. Kalau selalu tak makan pun takpe, bila da ada suami, kena masak untuk suami. Nasibla Mr Fiance a.k.a My soon-to-be-hubby aku ni tak cerewet. Dan dia faham kami sama2 bekerja dan kebanyakan masa berada di pejabat. Bila hari bekerja,masing2 dah makan kat office, malam da tak payah makan heavy. Setakat berdua je, kalau masak pun bukan banyak. Nanti membazir pulak.

Untuk sesetengah orang, terutamanya anak gadis, saat menjadi seorang isteri mesti sangat mendebarkan walaupun dalam hati gembira (sapa yang tak happy nak kawen?). Yelah, sebelum ni dijaga mak ayah, ada yang hidup sendiri, tetiba ada lelaki lak dalam umah kita, tido sekatil sebantal ngan kita. Perasaan tu jadi lain. Memang...masa akan memberikan kita ruang untuk serasi dengan pasangan, lebih2 bila da hidup sebumbung..janjinya, kita lah nak berusaha dan 'membuka' diri kita untuk pasangan lebih mengenali. Tak leh jugak malu2 sangat,kan? Nanti pelik lak hubby kita tengok kita ni macam takut ngan suami sendiri.

Dari segi mental dan fizikal, InsyaAllah, aku dah lama bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri serta ibu. Cabaran pasti ada. Tapi, dengan berkat sokongan suami serta keluarga, InsyaAllah, aku mampu lakukan yang terbaik. Apa yang pasti, hari bersejarah tu nanti, mesti papa aku menangis dalam hati sebab aku ni anak kesayangan dia yang paling manja dan rapat ngan dia sejak kecik. Mesti dia sedih melepaskan anak manja dia ni. Bila da jadi isteri, dia mesti rasa aku tak leh manja2 ngan dia seperti zaman bujang...Mama aku tak yah cerita la...confirm akan nangis nyer...aku masuk asrama dulu pun menangis beria2 macam da takkan jumpa lagi da...ish...ish...seorang ibu macam tu la...ni lah anak yang dok bawah ketiak diorang sentiasa, tetiba berjauhan lak..mesti lah terasa..

Apa yang pasti, walaupun berdebar menunggu saat diijab kabulkan, aku tetap memanjatkan kesyukuran ke hadratNya kerana dikurniakan mama dan papa yang sangat menyayangi aku serta banyak memberi nasihat, teguran serta sokongan sepanjang 27 tahun aku bersama mereka. Rasa lega sebab tanggungjawab mereka menjaga aku tak lama lagi akan beralih ke tangan si suami.

Walaupun da hampir 8 tahun hidup berjauhan (4 tahun di uni dan 4 tahun di KL), namun pandangan serta nasihat mereka masih aku perlukan dalam banyak perkara. Sms, call, email dan FB menjadi medium komunikasi. Dalam setahun pun, selalunya 2-3 kali juga berjumpa sebab parents aku selalu ke KL. Bila ke sini mestilah nak jumpa 'gegirl' diorang ni. Cuma,aku lebih kerap jumpa papa daripada mama sebab papa selalu ada urusan kerja kat KL ni. Akulah yang kerap jadi driver, bawak dia gi makan everytime dia outstation. Nak harap aku balik ke Kuching, setahun sekali jelah. Bukan boleh cuti lama. Apa yang pasti, lepas menjadi isteri, aku tetap akan meluangkan masa untuk mereka, tapi kali ni, aku bawa bersama suami tercinta. My soon-to-be-hubby pun faham, mama dan papa ada 2 orang anak je. Dua2 dah kawin, mestilah diorang rasa sunyi. Jadinya, kalau ada kelapangan, aku pasti bersama mereka. Thanks, Mr Fiance kerana sangat memahami.

Apapun, Ramadhan hanya tinggal 5 hari sebelum Syawal menjengah. InsyaAllah, panjang umur, bertemulah Ramadhan akan datang dengan status baru...Amin.....

77

Tinggal lagi 77 hari lagi status aku akan bertukar (InsyaAllah).

Apa lagi yang belum buat?? Baju nikah belum tempah, kad kawin pun belum tempah. Gila tak ktorang ni. Orang lain tu 3,4 bulan da tempah baju n kad. Haha...

Lepas raya ni baru nak gi buat semua tu. Perkara2 lain macam wedding planner dan perkara2 berkaitan majlis da selesai. Cuma katerer untuk kedua2 majlis akan dibincangkan selepas Raya jugak. Barang2 hantaran da mula dibeli sikit2. Lepas Raya nak ke Nilai 3 untuk beli apa yang patut. Aku sangat teruja nak ke sana untuk membeli bekas hantaran sebab niat aku adalah untuk menggubah sendiri gubahan untuk pihak lelaki serta mas kahwin dan duit hantaran aku nanti.

Pegi sana nanti, bolehlah beli terus rebennya, bunga2nya dan segala perkara yang diperlukan untuk menggubah hantaran. Rasanya selain daripada dapat jimat duit, aku dapatlah kepuasan menggubah hantaran sendiri. First time nak buat ni. Tapi, takpe. If anything goes wrong, aku da ada backup. Haha...macam tak konfiden je bunyinya..

Itu jelah nak update..sajer2 je...haha...

Radio Malaysia kita

Hot fm, Radio Era, Suria fm, Sinar fm, Muzik fm, Minnal fm, Ai fm, Fly fm, Hitz.fm, Redfm.

Dinamakan beberapa stesen radio tempatan kita. Tak kisahlah yang berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin atau Tamil sekalipun, semuanya ada peminat masing2.

Kebiasaannya di pagi hari, on the way nak ke office, aku akan melayan siaran Hitz.fm (yang dikendalikan oleh DJ JJ & Ean). Lagu2 Inggeris terkini, InsyaAllah aku tahu. Balik ke rumah pun siaran itu juga didengari, tetapi kadangkala tukar2 ke siaran lain secara tak menentu. Ikut halwa telinga la nak mendengar lagu apa.

Dahulu, aku peminat no.1 Hot fm, terutama rancangan paginya yang dikendalikan oleh Fafau & FBI. Namun, semenjak dah bertambah kepada AG dan Usop, aku merasakan, Hot fm kini dah banyak bersembang daripada memutarkan lagu (this is my personal opinion only,k..). Bila makin ramai, memanglah makin riuh dan banyak sembang kelakar, tapi aku mendengar radio untuk mendengar lagu2 berkumandang, tidaklah nak mendengar celoteh banyak sangat. Kalau nak dengar sembang2, baik bukak program bual bicara je. Kerana itu jugalah aku beralih kepada siaran lain.

Menghampiri Syawal ni, ramai yang suka melayan lagu2 raya. Tidak terkecuali AKU. Kalau nak dengar lagu2 raya, kenalah mendengar radio2 berbahasa Melayu seperti Hot fm, Era, Sinar fm atau Muzik fm (just to name a few). Tapi, aku enjoy sangat mendengar Muzik fm. Dari aku zaman sekolah rendah hingga menengah, stesen radio ini yang dulunya dikenali dengan nama Radio Muzik, memang menjadi pilihan aku. Dulu, dengar kat radio kaset je dalam bilik lepas balik sekolah. Bila malam melayan permintaan lagu2 menerusi Pilihan Bersama, waktu tu, permintaan yang akan disiarkan lagunya akan dipaparkan dalam suratkhabar Utusan Malaysia setiap hari. So, nak pastikan lagu apa yang akan keudara dari pukul 9pm-12am,aku selak la suratkhabar dulu.

Rancangan pagi kini dikendalikan oleh DJ Muaz. Bila sorang2, tak la banyak sangat celoteh dan lebih banyak lagu diputarkan. Apa yang best tentang Muzik fm, lagu2 yang diputarkan sangat retro. Lagu Melayu, Inggeris dan Indonesia daripada zaman 70an,80an dan 90an, selalu diputarkan. Bolehlah mengimbau kembali zaman2 budak sekolah dulu, yang suka melayan boy band macam Backstreet Boys, Westlife, N'Sync, New Boyz, kumpulan Mega, Search, Spoon, Ukays dan banyak lagilah. Kadang2 tu lagu hindustan pun berkumandang. I like...!!!!!

Sempena menyambut Syawal ni, aku pun makin kerapla melayan Muzik fm, bukan saja kerana nak dengar lagu Raya, tapi juga memberikan aku peluang mengimbau nostalgia lagu2 yang dulunya sangat popular dan selalu meniti di bibir aku.

Saluran mana yang kita dengari sekalipun, pokok pangkalnya terpulang pada cita rasa masing2. Ada yang suka dengar celoteh, ada yang suka dengar drama radio, ada yang suka lagu2 klasik (mcm parents aku yang gilakan Klasik Nasional sampai aku pun terikut menyanyi gak kadang2), ada yang suka lagu2 Inggeris je, ada yang suka lagu Hindustan....so, kesimpulannya, buatlah pilihan sendiri.

Macam aku, mana radio yang putarkan lagu2 yang aku suka nak dengar, aku layan, dan ikut menyanyi jugak. Melalaklah Cik Syikin ni sorang2 dalam Cik Vi-nya...haha...

Adios...

Wednesday, August 24, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Sapa kata aku tak boleh berpuasa??

Alhamdulillah, dah masuk hari ke 24 kita berpuasa. Kurang seminggu lagi, InsyaAllah kita akan menyambut Syawal. Mesti semua sangat excited nak menyambut lebaran. Tahun ni adalah tahun pertama aku akan menyambut lebaran bersama Mr Fiance and my soon-to-be family members. Ni lah gaya orang tak mau balik raya kat kampung sendiri. 'Terpaksa' menumpang beraya kat kampung orang.. Hehe..takdelah sampai gitu. Cuma, raya kali ni parents aku beraya di Kuching dan disebabkan aku nak menguruskan sedikit urusan perkahwinan disamping 'malas' nak kuar bajet air flite ke Kuching, makanya aku beraya la kat sini je. Dan kerana itulah Mr Fiance meng'offer' aku beraya ngan family nyer sbb family dia pun macam excited je nak aku bersama mereka di pagi Syawal.

Kenapa aku tak boleh berpuasa????

Haaa...mesti ada yang tertanya2. Tapi, untuk kaum Hawa macam aku ni, rasanya orang pun tak heran kalau aku tak berpuasa kerana ada sebabnya.. Tapi, ni bukan kerana 'hal' tu..

Selalunya, alasan paling utama kenapa orang tak berpuasa (tak kira la perempuan atau lelaki) adalah gastrik. Sebelum posa, mesti klinik2 dah penuh ngan orang2 yang macam ni sebab nakkan MC la dan alasan untuk tidak berpuasa.

Nak dijadikan cerita, tahun ni adalah tahun pertama aku berpuasa setelah didiagnos dengan gastrik (bila sebut diagnos tu macam penyakit besar je)... Aku ni jenis time makan tak teratur. Suka skip meals time. Ikut suka2 la, nak makan breakfast ke tak, kadang2 lunch pun skip, tetiba dinner je makan. Walaupun sebab aku tak makan tu bukan kerana diet tapi sebab aku tak lapar, doktor kata aku kena makan jugak walaupun sekadar sekeping roti atau biskut.

Setelah tanda2 dikenalpasti, maka termaktubla bahawa aku ada gastrik. Nak tak nak, jadual pemakanan aku kena kembali seperti dulu kala, paling tak pun, pagi kena makan, lunch kena heavy sikit if aku tak nak makan berat pada waktu malam (lagipun tak elok makan berat masa malam, buat tambah berat jugak ler). Malam boleh sekadar makan biskut atau roti. Sekarang ni asal aku lambat isi perut mulalah angin dalam perut tu naik ke atas yang akhirnya menyebabkan pedih hulu hati. Dah bertambah 2 penyakit kat situ.

Untuk bulan Ramadhan ni, walaupun aku lone ranger kat rumah, aku tetap kena bangun bersahur dan makan sedikit untuk mengalas perut, supaya ditengahari tidaklah perut aku diserang angin. Doktor akan memberikan ubat yang secukupnya dan perlulah mengambil ubat dengan tetap dan on time untuk mengelakkan kita diserang gastrik (jangan makan ubat time siang lak).

Selepas berbuka (makan kurma dan segelas air), aku pastikan aku amik ubat angin (kalau doktor tak bagi ubat, boleh amik Gaviscon yang didapati di farmasi-mujarab sangat). Selepas 10-15minit baru aku makan heavy (nasi ke, mee ke, apa2lah...). Sementara menuggu 15min tu aku bersolat Maghrib dulu (takdelah bosan sangat menunggu). Dan lepas dah 'mentekedarah' (hahaha...), makanlah ubat2 lain seperti arahan (jika ada).

So far, selepas 23 hari berpuasa, Alhamdulillah, walaupun kadang2 angin tu datang, gastrik melanda, tapi takdelah sampai aku kena pecah puasa kerananya. Janji kita jaga pemakanan dan makan ubat on time.

So, sapa kata orang yang ada gastrik tak boleh puasa????

Pokok pangkalnya, bukan tak boleh berpuasa, boleh je..cuma orang2 ni TAK NAK berpuasa. Kalau ada yang extreme tu aku tak tau la,kan..Tapi, doktor mesti akan bagi ubat yang bersesuaian supaya kita sebagai umat Islam mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Tepuk dada tanya iman...

Assalamualaikum...
Monday, August 22, 2011 | By: Asyikin Ahmad

HIV Test

Nak cerita sikit pasal HIV test yang aku ambik ari tu with Mr Fiance.

Aku dan Mr Fiance buat HIV test kat Klinik Kesihatan KL (yang kat dalam HKL). Bukan apa, dekat ngan opis Mr Fiance, senang dia nak lari dari opis jap. Klau nak buat kat sini, kena call untuk appointment dulu. Kalau tak silap, hari Rabu diorang tak buat HIV test. So, aku set la buat ari Selasa sebelum cuti Nuzul Al-Quran ari tu. Kata orang tu, petang tak ramai sangat orang. So, appointment kami pukul 2pm. Apa yang diperlukan masa nak buat appointment, hanyalah confirmkan tarikh dan masa, dan bagitaulah nama dan nombor IC kedua2nya (itupun kalau pergi ngan pasangan la).

Kami sampai b4 2pm.So, boleh la melepak dulu,hilangkan penat berjalan.Maklumlah, time posa. Jangan lupa untuk menunggu di hadapan Bilik 31 (B) untuk pendaftaran. Bila pintu pendaftaran da bukak, masuk dalam bilik tu dan tunjukkan kat pegawai bertugas, borang HIV yang disertakan bersama borang kahwin (jika ada). Macam borang kahwin Kedah takda disertakan dengan borang HIV, so pegawai kat sana akan bagi borang untuk diisi. Macam Mr Fiance, borang kawin untuk KL da disertakan dengan borang HIV. So, da tak payah isi lagi.

Lepas borang lengkap, mereka akan suruh kita mendaftar di kaunter pendaftaran hospital dan setiap seorang akan dikenakan bayaran RM1.00 dan diberikan no.giliran serta no.bilik doktor. So, kembalilah ke ruang menunggu B tadi dan tunggu no.giliran dipanggil. Masa 'berkualiti' ni lah yang digunakan aku dan Mr Fiance untuk bersembang tentang banyak perkara. Kira macam catching up latest story la about each other. Macam bertahun je tak jumpa, sedangkan time posa ni tiap2 hari jumpa untuk berbuka..haha..

Bila no.giliran da dipanggil,kita akan masuk ke dalam bilik yang da ditentukan. Nurse akan tengok borang dan tanya satu dua soalan tentang HIV. Pandai2lah korang jawab. Pastu dia suruh kita pegi balik kat Bilik 31 tadi untuk ujian HIV.

Masa nilah pegawai kesihatan akan buat ujian, cucuk hujung jari sikit je.Tapi, sakit jugakla kejap. Pastu darah akan dititiskan ke dalam alat yang lebih kurang macam pregnancy test kit tu..Tunggu beberapa minit untuk keputusan. Kalau keluar satu jalur, maknanya -ve (atau 'clear'). Kalau dua jalur, maknanya +ve (atau 'trace'). Itu tandanya disyaki HIV la tu. Tapi, alhamdulillah, aku dan Mr Fiance dua2nya -ve.

Selepas keputusan diperolehi, pegawai kesihatan tu akan tulis dalam borang dan kita kena bawak pegi jumpa doktor kat bilik check-up tadi untuk disahkan.

Itulah saja prosedur untuk ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan KL. Pada aku, mereka sangat efisien dan peramah. Daripada kami mendaftar, sampailah kepada masa ujian, semua tanya macam2 pasal perkahwinan kami. Diorang pulak yang excited. Dalam tempoh kurang sejam, semua proses lengkap dan kami dah boleh balik..

So,kepada pasangan yang nak jalani ujian saringan HIV yang berdekatan dengan kawasan anda, dinasihatkan call dulu Klinik Kesihatan tu. Ada tempat yang kena buat appointment, ada tempat yang boleh walk in, ada tempat yang ada kuota pulak tu. Kalau satu hari cuma terima 5 pasangan je. Depends la..so better call untuk clarify..

Good luck..
Monday, August 15, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Persiapan: Pre-Wed Photoshoot

Sabtu lalu (13 Aug 2011), aku dan Mr Fiance ke Ipoh untuk mengambil gambar pre-wed kami. Sepatutnya kami berada di sana pada pukul 10am, tapi disebabkan masalah dengan tayar kereta aku semasa sampai di sana, kami lewat dalam sejam. Bukannya apa, kalau lewat start, lewat la habis. Cuaca pulak sangat cerah pagi tu, takut la pulak lewat2 nanti hujan ke, akan mengganggu sesi outdoor nanti.

Setibanya di De Anggun, kami memulakan sesi fitting baju. Jenuh gak la mencuba banyak baju yang sesuai dengan aku. Ada yang muat, aku tak berkenan color and design. Yang aku suka, tak leh nak kancing bahagian korset pulak. Tapi, nasibla ada yang boleh dibesarkan sikit bahagian belakangnya. So, final outfit untuk photoshoot adalah sepasang songket, sepasang gaun & kot dan 2 pasang jubah.

Selepas selesai diorang packing baju2 dan juga aksesori berkaitan, kami bertolak ke Focus Bride Studio yang terletak dekat2 ngan Jusco Kinta City, Ipoh. Taklah jauh sangat dari Greentown. Plan awalnya, kami akan shoot outdoor dulu sebab cuaca cerah. Lokasinya adalah di Gunung Lang, Ipoh. Sangat cantik pemandangannya. Ada gunung dan tasik. Semasa aku sedang disolek, rupa2nya hujan turun dengan lebat yang menyebabkan kami terpaksa shoot indoor dulu.

Kami bermula dengan persalinan songket berwarna putih. Untuk songket, aku decide tak nak bertudung, supaya rambut boleh digubah sanggul seperti orang dulu2. Mr Fiance pun nampak segak ngan tanjak ngan kerisnya. Mcm pahlawan Melayu dulu kala pulak. Siap pakai kasut kaler putih lagi. Photographer yang shoot kami pulak sangat sporting and very directive. Dia banyak bagi arahan tentang posisi yang dinginkan agar gambar nampak cantik.

Selepas songket, 2 jubah menyusul lepas tu dan aku memilih untuk memakai tudung kerana gambar bertudung ni akan dimasukkan ke dalam kad undangan perkahwinan kami kelak. Untuk jubah yang pertama, Mr Fiance mengenakan baju melayu (aku pun sebenarnya tak pasti apa nama baju tu-tapi rupanya sama seperti baju bersanding adik aku dulu). Untuk jubah yang kedua, dia mengenakan kot putih. Memang sangat smart. Tapi, Mr Fiance disuruh untuk tidak bercermin mata masa photoshoot kerana flash akan terpancar di cermin matanya dan akan mencacatkan gambar. So, tak taulah mcm mana wajahnya nanti tanpa cermin mata. Satu lagi masalahnya, matanya sangat sepet bila tak pakai cermin mata. Asal photographer tekan je button kamera dia, time tu lah mata dia jadi kecik. Macam nak tertutup. Dan setiap kali pun aku akan pesan kat dia untuk besarkan matanya semasa kiraan dibuat. Tapi, adakalanya terlebih besar macam terjegil pulak biji mata tu. Haha...abg..abg...mcm2 aksinya...

Jam dah menunjukkan pukul 5 semasa kami nak keluar untuk sesi outdoor. Disebabkan masih hujan diluar, kami decide untuk tukar lokasi photoshoot ke Stesen Keretapi Ipoh sebab ianya diadakan dalam bangunan. Kalau tak nak, kami terpaksa pilih indoor which I don't like sebab kami da pilih nak outdoor session, so nak tak nak, kena buat jugak. Nak masuk dalam kereta pun sangat challenging dalam hujan lebat. Dahlah aku pakai gaun labuh. So, kenalah angkat hujung gaun dan lari masuk Cik Vi ku yang comel. Dengan korset yang ketat serta gaun yang labuh, dan kereta yang kecil, tak lah selesa sangat nak duduk. Nasib baiklah lokasinya dekat sahaja.

Sesampainya di sana, aku turun dengan 2 orang photographer kami sementara Mr Fiance park kereta. Aku turun je pun dah menjadi perhatian orang2 kat sana, sebab pelikla kan, dengan aku pakai gaun kat stesen keratapi pulak tu. Mcm runaway bride pun ada. Sementara menunggu photographer mendapatkan lighting yang sesuai, aku terpaksa menahan post sebentar.Waktu ni la aku menjadi perhatian orang. Nasiblah time macam tu tak ramai orang sangat. Kalau tak mesti aku naik segan. Bila Mr Fiance da sampai, takdelah segan da sebab da ada teman...Selepas bergambar seketika kat luar, kami masuk ke platform pulak. Masa lalu kat tempat menunggu tu pun orang pandang kami semacam je...

Masa kat platform tu, aku rasa comfortable sikit sebab takde orang. Jadi, takdelah yang memandang sangat. Dapatlah buat pose dengan selesa, sama seperti masa kami kat dalam studio. Tapi rasa seronok sangat dapat amik gambar berlatar belakangkan stesen keretapi. Rasa klasik je. Nasib baik takde keretapi. Kalau ada, nak je naik..hehe...

Masa kami balik ke studio untuk tukar baju, jam da pukul 7pm. Da nak dekat berbuka da. Nak pegi Jusco pun tak sempat. Nak cari parking lagi, nak berjalan cari food court lagi. Silap hari bulan, berbuka sambil berjalan la jawabnya. Akhirnya, Mr Fiance ajak makan kat Pizza Hut kat sebelah studio tu je. Taklah jauh sangat, tapi risau lak penuh. Kami pun gamble jelah..kalau ada tempat, adalah...dengan hanya 5-10 minit lagi nak berbuka, kami akhirnya dapat duduk dengan selesa sambil menuggu makanan datang.

Alhamdulillah,segala photoshoot berjalan dengan lancar walaupun hari hujan. Sekarang ni menunggu hasilnya je. Kami sampai di KL pun da 11pm lebih. Hujan disepanjang jalan membuatkan kami rilek2 jelah pulang, malas nak rushing. Mata pulak da mengantuk. Memang rasa lega sangat dapat sampai di rumah. Orang kata 'home sweet home'. Makeup pulak berjam nak ditanggalkan (aku melebih2 je sebenarnya, 20min da bersih da muka), rambut pun da macam kena renjatan letrik;kusut masai. Dapat mandi n bersihkan diri memang nikmat.

This week, mungkin aku akan dapat beberapa keping soft copy gambar aku tu. Hopefully dapat masukkan ke dalam blog ni nanti untuk tatapan semua.

Can't wait for the final product...

Persiapan: Wedding Planner

Seminggu yang lepas, aku dan Mr Fiance pulang ke kampungnya untuk berbincang dengan wedding planner masing2 berkenaan hal majlis kami. Kami masing2 nak adakan majlis yang kecil dan sederhana sahaja untuk sedara mara dan rakan2 terdekat. Bukan apa, biar kecil asalkan meriah. Sambil tu, boleh juga jimat belanja.

Antara yang dibincangkan adalah berkenaan tema/warna, pelamin, baju persandingan, solekan, bilik tidur, khemah dan meja makan beradab. Selepas raya nanti mungkin nak ubah beberapa perkara yang berkaitan sebab keluarga Hairy perlu berbincang dengan sedara maranya di Pendang dahulu tentang majlis yang bakal berlangsung di sebelah pihaknya.

Untuk majlis aku, baju persandingan ditempah baru kerana lebih sesuai dengan tubuh dan ketinggian aku, pelamin, solekan serta bilik tidur juga telah dibincangkan. Catering akan dibincangkan oleh kedua ibu bapaku kelak bila mereka balik kampung lepas Raya nanti.

Untuk hantaran, adik Hairy volunteer nak gubahkan hantaran untuk pihak perempuan. Kami just provide bekas dan segala barang yang berkaitan je. Untuk hantaran pihak lelaki, rasanya mungkin aku buat sendiri kot. Teringin juga rasanya nak gubah sendiri sambil2 belajar. Aku nak mulakan sekarang sebab taknak stress ngan benda2 mcm ni. In case kalau ianya tak jadi seperti yang dihajati, aku masih ada masa untuk perbetulkan atau hantar ke kedai je..

Rasanya tu jelah yang nak diupdate tentang wedding planner kami. Perbincangan da diadakan..so just tunggu dan lihat jelah final product nya kelak..

Adios..

Persiapan: Borang Kahwin

15 Ogos 2011 - Dah lama sebenarnya aku nak update blog ni, cuma 'kemalasan' melanda sekali sekala dengan adanya sedikit kerja nak diuruskan di pejabat membuatkan aku menangguh dulu hasil tulisan aku ni. Di kesempatan ni, aku nak kongsi sedikit hal ehwal persiapan majlis perkahwinan aku yang bermula dengan borang. Juga nak ku kongsi prosedur-prosedur yang perlu bakal pengantin lalui bagi memudahkan urusan pengisian borang perkahwinan kelak.

Untuk bakal pengantin lelaki (Untuk kes aku: asal Perak, mastautin KL)
  1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin luar daerah daripada JAWI (nak senang download je daripada laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan). Printkan juga borang akuan mastautin dan borang ujian HIV.
  2. Dapatkan pengesahan akuan bujang daripada majikan.
  3. Isikan borang selengkapnya (borang akuan mastatutin dan jalani ujian HIV).
  4. Jumpa imam kariah dan PPN (penolong pendaftar nikah) untuk mengesahkan serta menandatangani semua borang anda yang telah lengkap (kena pastikan ada salinan IC, sijil kursus pra perkahwinan, keputusan ujian HIV dan 2 keping gambar size pasport dengan bersongkok).
  5. Kembalikan borang ke pejabat JAWI untuk dikeluarkan borang kebenaran berkahwin (kena bayar RM5 untuk bernikah di luar KL dan RM10 untuk bernikah di KL-kalau tak silap).
  6. Kebenaran yang diperolehi akan diserahkan kepada bakal pengantin perempuan.
* Untuk yang mengambil borang di Selangor (JAIS) bagi yang menetap di Selangor, 2 orang saksi perlu dibawa kehadapan PPN untuk pengesahan.

Untuk bakal pengantin perempuan (Untuk kes aku: asal Kedah, mastautin Selangor, alamat IC Kuching)
  1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Daerah (dalam kes aku, aku ambik di Daerah Baling, Kedah-dengan bantuan Pak Long aku)
  2. Untuk kes seperti aku yang merupakan anak kariah Kupang, namun alamat IC dan mastautin berbeza, Borang Pengesahan Anak Kariah akan diberikan di mana aku sekadar mengisi nama dan alamat IC. PPN yang akan sign borang aku tu kelak memang da kenal aku dan keluarga sejak azali lagi, jadinya takde masalah la nak confirmkan yang aku ni memang anak kariah. (Kesimpulannya: aku da tak payah tukar alamat IC aku kepada alamat Kedah-lega...)
  3. Borang Kebenaran Berkahwin diisi oleh kedua-dua bakal pengantin.
  4. Borang yang telah lengkap (termasuk salinan IC, salinan sijil kursus pra-perkahwinan, sijil nikah ibu bapa bagi anak perempuan sulong, salinan keputusan HIV dan 2 keping gambar bertudung size pasport serta surat kebenaran berkahwin luar daerah daripada bakal pengantin lelaki) diserahkan kepada PPN untuk pengesahan.
  5. PPN akan submit borang tersebut ke Pejabat Agama Daerah Baling untuk mendapatkan kebenaran.
* Untuk yang mengambil borang negeri Selangor, 2 orang saksi dan wali perlu hadir di hadapan PPN untuk pengesahan. Bagi borang negeri Kedah, saksi-saksi hanya perlu hadir pada hari nikah dan mengisi maklumat mereka pada hari tersebut sahaja.

Sekarang ni, aku hanya menunggu hari untuk ujian HIV dijalankan dan urusan pengesahan borang da boleh dilakukan oleh Mr Fiance. Untuk bahagian aku, aku hanya akan submit borang selepas Hari Raya kelak, sebab aku akan balik ke kampung untuk menghadiri kenduri sepupu aku. Lagipun, ustaz yang akan menikahkan aku pun jiran kami je, memang kenalan..so, takde masalah la. InsyaAllah...
Saturday, July 30, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Wedding Preparation Bermula *stress*

30 Julai 2011 ~ Setelah wedding date ditetapkan, aku mula stress dengan persiapan perkahwinan yang tak tahu nak mula kat mana. Dengan kurang 4 bulan, banyak yang nak disiapkan. Rasa kelam kabut jadinya. Pertama2 nya, borang kebenaran berkahwin untuk Mr Fiance dah boleh settle. Sebab borang bakal pengantin lelaki kena settle dulu baru leh pass kpd bakal pengantin perempuan. Disebabkan masalah lokasi wali dan saksi, aku akan menukar alamat IC sekarang kepada alamat rumah di Kedah, untuk memudahkan wali dan saksi2 aku menandatangani borang di hadapan PPN. So, kiranya, bulan Ramadhan ni, aku akan banyak mengambil cuti untuk menyelesaikan hal2 kahwin aku ni.

Kalau ikutkan, takdelah aku nak stress sangat. Yang jadi stress tu sebab tekanan dari luar; tekanan dari org2 sekeliling. Nak buat IC at least nak kena spend 2 hari kat Putrajaya. Sehari untuk submit, the next day kena amik. Dah alang2 di sana, leh la kami buat passport baru jugak. Sekurang2nya tak membuang masa. Ujian saringan HIV ni pun rasa2 perlu dilakukan dalam bulan ni, jika dibolehkan. Isnin ni baru nak call Klinik Kesihatan, nak confirm status. Selagi tak amik ujian tu, Mr Fiance tak leh submit borang dia kat Pejabat Agama.

Hujung minggu depan, aku dan Mr Fiance akan berbuka puasa bersama keluarganya di Kampung Gajah. Kami juga akan berjumpa potential wedding planner untuk majlis sebelah lelaki nanti. Lokasi pun nak kena survey and decide on that week. Sama ada nak stick to actual plan untuk buat di dewan, atau buat kat rumah dia. Ni kena bincang ngan family dia dulu. Dan kami juga terpaksa singgah di Kedah untuk mengambil bil air/bil letrik rumah MakLong aku untuk tujuan penukaran alamat IC dan juga borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Daerah Baling. Lepas settle tu, kami akan berjumpa Kak Farah dari Denafira Bridal (mak andam aku masa bertunang) yang dilantik menjadi wedding planner aku untuk bincang hal2 berkaitan majlis aku nanti. Tujuan utamanya untuk amik ukuran badan aku supaya Kak Farah boleh tempah baju sanding baru untuk aku. Al-maklumlah, orang 'katik' macam aku ni,kalau pakai baju siap, memang labuh la jawabnya.

Setelah selesai hal tu, 2 minggu lagi kena 'lari' balik ke Ipoh sebentar untuk sesi photoshoot dengan De Anggun studio. Photoshoot ni kononnya plan asal adalah a part of our package yang kami amik dengan diorang. But since kami nak cari wedding planner yang dekat ngan Kampung Gajah untuk menjimatkan kos perjalanan, kami convert jelah deposit ktorang kepada photoshoot. Gambar dari photoshoot ni akan dipilih satu untuk masuk dalam kad kawin kami.

Sebut tentang kad kawin, memang da kena start tempah da ni. Ya Allah.....serabutnya kepala aku dengan banyak benda ni....Setelah sebelah lelaki da confirm lokasi majlis, map akan dirangka, then baru leh jumpa designer untuk mereka kad kawin kami. Bulan Ogos ni bulan yang sangat padat sebab kami juga akan mula shopping untuk barang2 hantaran. Beberapa barang dah start survey dan akses nilainya untuk pastikan kami tak go overboard on the budget. Disebabkan banyak sale sana sini, bulan ni adalah bulan terbaik untuk berbelanja sambil berjimat. Tahun ni, pada aku, Raya bukan keutamaan kerana masa untuk plan wedding aku sangat terhad. Bila banyak perkara dah bermula, perkara2 lain akan jadi lebih mudah. Yang penting, I have to start somewhere.

Tahun ni juga, aku tidak akan pulang beraya di Kuching. Tapi, aku dah maklumkan kepada ibubapaku, and so far mereka memahami sebab aku perlu menguruskan hal berkaitan majlis kami di sini. Mr Fiance dengan gembiranya nak aku beraya dengannya tahun ni jika aku tak nak pulang ke Kedah. Aku katakan boleh je asalkan ibubanya tak kisah. Maklumlah, aku ni baru tunang dia je...tak nak la orang fikir bukan2 lak. Tapi, disebabkan Mr Fiance memerlukan aku dalam urusan perkahwinan ni, kiranya dia tak leh nak berenggang dari aku. Mati akal dia nanti,katanya. Tanpa aku, dia tak mampu nak handle apa2.

12-14 Ogos nanti akan ada MATTA Fair di PWTC. Kami da plan nak pegi untuk melihat2 pakej bulan madu yang sesuai dengan citarasa dan juga bajet kami. See....this August is very packed for both of us...

Takpe, Syikin...Apa yang penting, one thing at a time...

Orait, so far itu je nak update. Lega dapat luahkan sebab kepala dan hati sangat berserabut. Baru planning je. Bila dah start buat nanti, mesti lagi berserabut...Nasib Mr Fiance ada disisi dalam susah dan senang, menjadi penenang dan penyokong no.1...That's why I love him MORE every day....

Adios..
Friday, July 22, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Jacob's Walk Of Life 2011

Ahad yang lepas (17 Julai 2011), aku dan tunang tercinta menyertai acara tahunan anjuran Kraft Food Malaysia, iaitu Jacob's Walk Of Life 2011. Ini merupakan tahun ke-2 kami menyertainya dan tahun ke-5 penganjurannya.

The official banner
Acara ini sememangnya kami tunggu2 sejak pertama kali menyertainya tahun lepas. Jika tahun2 sebelumnya, acara ini diadakan di Tmn Metro Prima, Kepong (2009) dan FRIM, Kepong (2010), untuk sesi kali ini, ia diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam atau dulunya dikenali dengan Taman Pertanian, Bkt Cherakah.

Kami at 6am in the morning
Seawal 5 pagi, kami dah bertolak ke Shah Alam kerana pendaftaran akan bermula seawal 6 pagi dan kami nak mengelakkan daripada kesesakan di sana kelak. Semasa kami sampai pun, dah banyak kereta yang sampai. Makanya, kami pun mendaftar dan tukar kepada pakaian rasmi acara tu. Dah macam 'Bersih' pulak pakai baju kaler kuning ni..hehe...

Sambil2 menunggu pukul 7.30 pagi,kami dijamu dengan sarapan pagi oleh Jacob dan juga Anlene. Aku agak capek sedikit mengenangkan for the past two weeks aku belum dapat rehat secukupnya. Dengan outstationnya, dengan papa turun ke KLnya..bangun seawal tu pada hari Ahad memang memenatkan. Namun, aku tetap cuba mengekalkan keceriaan di pagi hari kerana acara ni memang kami nantikan selama setahun. Dek kerana abg tercinta demam, aku nak lah menceriakan dirinya dan menaikkan semangatnya. Harapnya sihatlah lepas berjalan kelak.


Pukul 7 pagi, peserta semakin ramai membanjiri kawasan padang Taman Botani. Tepat jam 7.30 pagi, selepas ketibaan jemputan VIP, acara pun dimulakan secara rasminya. Antara tetamu yang hadir adalah Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Pengarah Kraft Food Malaysia dan duta2 Jacobs. Selepas acara dirasmikan, acara senamrobik sebagai aktiviti pemanas badan diadakan sebelum Walk of Life bermula.

Acara dirasmikan
Seramai hampir 10 ribu peserta menghadiri acara ini, memulakan 'perjalanan' mereka yang telah dilepaskan oleh tetamu VIP. Aku dan Hairy pun memulakan langkah perlahan kami menuju ke garisan penamat. Aku telah lama tidak datang ke sini. So, kesempatan ini ku ambil untuk enjoy the view sambil2 menangkap gambar kenangan.



Rasanya kami ni banyak berhenti sebab nak amik gambar je..hehe...tapi, makin lama perjalanan dirasakan semakin sukar sebab kena naik turun bukit. Mengah rasanya. Abgku yang demam, Alhamdulillah, semakin kebah sebab banyak berpeluh...


Selepas merentasi 6km perjalanan, selepas menapak sebanyak 8000 tapak (macam lebih jer..), akhirnya kami sampai ke garisan penamat. Time ni memang paling best sebab aku da tak sabar nak amik goodies bag dan balik umah..haha...penat giler...Namun aku dan Hairy teramat lah enjoy..Lebih2 sebelum balik, kami sempat singgah makan ikan bakar masa lunch....Hampeh tol...kononnya 400 kalori dibakar semasa berjalan, tapi, masa lunch leh tambah balik kalori...haha...Lapar...nak buat mcm mana...







Aku berharap, tahun hadapan kami dapat meyertai aktiviti ni lagi. Ternyata, aktiviti ni bukan sahaja memberi kesedaran tentang kesihatan, malah juga mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan, lebih2 kepada peserta yang menyertainya bersama ahli keluarga. Selalu untuk pasangan macam kami pun, kalau keluar pun, asyik makan atau menonton wayang je, sekali sekala join aktiviti yang menyihatkan badan ni kan bagus...dapat juga mengeratkan kasih sayang kami..lebih2 bila dalam keadaan penat tu, kami asyik bergelak ketawa je..ada sahaja cerita yang kami kongsi sepanjang 6km berjalan bersama...Kenangan terindah buat aku dan dia...
Monday, June 13, 2011 | By: Asyikin Ahmad

I Love Mummy & Daddy

Courtesy of: Choc Lazat FB (Nor Hidayu)
13 June 2011 - Lamanya tak meng'update' blog ni. Bz banyak...outstation je...Then,tak tau nak tulis apa.. hikhik.. So this time nak amik kesempatan bercerita tentang events dalam hidup aku. Bulan April sampai Julai, banyak nyer celebration dalam hidup aku. My birthday, my mom's birthday, my parent's wedding anniversary, mother's day, father's day, my dad's birthday and my brother's birthday.. Berderet2...ish..ish... banyaknya... Memandangkan kedua ibu bapaku jauh di Meow..Meow...(Kuching la..),hanya sms pengganti ucapan.

Sempena cuti sekolah lepas, mama n papa aku adalah di KL..Papa turun sementara kerana ada kursus. Mama 3 minggu di sini. So,bersempena events yang aku ter'miss' kerana berada di perantauan (chewah..mcm nak bg ucapan raya lak)..aku pun belilah gift berupa chocolate love, yang bertulis "I Love U, Mummy and Daddy". Sejak adik aku kawin ari tu,mak aku kempunan nak merasa home made choc yang sepupu aku hadiahkan..So,nak mengganti balik choc tu,aku tempahlah choc ni sebagai hadiah..

Harapnya,mama n papa suka hadiah aku..Aku pun tumpang sekaki merasa choc ni (sbb baru first time beli)..pada aku,memang sedap. Combination of white choc n dark choc..Mama pun makan sikit2 je sbb manis sgt katanya..Tapi takpe,tak habis dia akan bwk balik ke Kuching...Anak dan menantu dia kat sana pun boleh merasa sekali...

So,tu jelah nak tulis buat masa sekarang...Hopefully,leh la update lagi very soon...

Kepada yang berminat nak order choc macam di atas tu, leh la ke link ni.. http://www.facebook.com/?ref=home#!/ayuphewitt atau blog http://www.chocolovecute.blogspot.com/

Terima kasih daun keladi...Adios...
Monday, May 9, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Fast & Furious 5 a.k.a Fast 5


Title: Fast & Furious 5 (a.k.a Fast 5)
Director: Justin Lin
Cast: Vin Diesel, Paul Walker, Jordana Brewster, Dwyane 'The Rock' Johnson, Ludacris, Tyrese Gibson

Last saturday, aku dan tunang tercinta pegi menonton Fast 5 di TGV KLCC. Last year, masa 1st time tgk trailer citer ni, si dia da sangat teruja. Bab2 lumba kereta ni, memang minat dia lah. So, citer ni memang ditunggu2 olehnya.

Untuk edisi ke-5 ni, masa opening, kita dibawa semula ke episod kedua atau ketiga di mana Dominic Torretto (Vin Diesel) yang dihukum penjara tanpa parol 'dilepaskan' daripada tahanan oleh rakannya, Brian O'Conner (Paul Walker) dan adiknya, Mia Toretto (Jordana Brewster). Semasa episod lalu, jalan ceritanya tergantung begitu saja. Sekarang kita dah tahu apa yang berlaku semasa kejadian tersebut.

Filem kali ni berlatar belakangkan Rio de Janeiro, Brazil, dalam usaha mereka menyembunyikan diri daripada pihak polis sbb mereka kini telah menjadi buruan. Permulaan cerita pun kita telah dihangatkan dengan adegan mencuri kereta daripada atas keretapi yang bergerak laju. Tapi, seperti biasa lah, orang baik mana nak ngam ngan orang jahat. Sekarang ni, Dom dan Brian dah menyakitkan hati ketua mafia, Hernan Reyes yang menjaga kawasan setinggan Rio sebab Dom dah curi cip kepunyaannya yang mengandungi lokasi wang haram mafia tersebut. Dahlah polis buru diorang. Sekrang, ketua mafia pun nak buru diorang gak.

Jadinya Dom pun mulakan plan untuk rompak semua wang si mafia ni dan nak gunakan wang tu untuk lari jauh dari pihak polis dan hidup bebas semula. Kerana itulah, mereka ni mengumpulkan semua orang yang pernah terlibat dengan mereka sepanjang episod pertama sehinggalah keempat. Semuanya dengan kepakaran masing2. Untuk mereka yang memang tak pernah miss saga Fast & Furious, pasti akan kenal rakan2 mereka ni. Namun, misi mereka ni seolah2 mustahil apabila mafia ni sorokkan wang haramnya dalam balai polis yang dah dirasuah. Nak rompak bank pun rasa susah, ini kan nak rompak balai polis yang penuh ngan polis???

Misi ni bertambah complicated apabila Agent Luke Hobbs (The Rock) ditugaskan untuk memburu mereka. Agent Hobbs ni tak pernah gagal dalam misinya. Banyak sangat adegan tembak menembak dan kejar mengejar dalam filem ni. Dah nama pun Fast & Furious, kan? Lawak jenaka dalam filem ni juga sangat best. Sesuai dengan jalan cerita nya.

Walaupun banyak aksi dalam filem ni, pengarah juga tidak lupa menyelitkan adegan romantik dan kekeluargaan yang menjadi tunjang filem ni. Sebab team Dom ni dah macam satu keluarga yang besar, apatah lagi apabila adiknya, Mia disahkan hamil anak Brian. Malah, Dom sendiri sempat 'bermain cinta' ngan detektif polis yang membantu Agent Hobbs, kerana dapat dilihat, wanita ini seolah2 memahami jiwa Dom. Han, watak lakonan Sung Kang juga jatuh cinta dengan Gisele, watak lakonan pelakon seksi, Gal Gadot.

Antara babak yang paling best masa diorang test pelbagai jenis kereta yang dimenangi dalam perlumbaan. Malah, kereta polis pun diorang curi gak. Tapi, yang terbaik adalah adegan rompakan apabila Dom & Brian merompak peti besi dengan menariknya keluar menggunakan kereta mereka dan melarikan diri daripada buruan polis dengan peti besi terikat di belakang kereta mereka. Banyak sangat damage yang mereka sebabkan di Bandaraya Rio. Kereta awam musnah, kedai2 hancur, tiang2 lampu patah, pokok2 jatuh, semuanya akibat daripada menarik peti besi sekeliling bandar.

Ada satu babak mengingatkan aku pada cerita Hindustan, Dhoom 2 lakonan Abishek Bachan dan Hritik Roshan. Cara 'persembunyian' dan 'penipuan' nya lebih kurang sama. Sapa tiru sapa tu tak pastilah. Sebab Dhoom 2 pun dah lama keluar kat panggung. Sapa yang nak tahu babak mana, kenalah tengok Fast 5 dan Dhoom 2.

Akhir nya, dah pasti lah geng Fast 5 menang. Berjaya melarikan 100 juta dollar, dan bermulalah hidup baru mereka sebagai OKB, orang kaya baru. As usual, hero, Dom mestilah dapat awek idamannya, cik polis, Elena Neves. Brian bahagia bersama Mia yang perutnya semakin membesar. Rakan2 yang lain...ada yang enjoy berjudi di casino, ada yang membeli kereta terhad dan dapat awek cun, ada yang nak menggembara seluruh dunia, dan ada yang telah membuka bengkel kereta idaman.

So, keseluruhannya, kalau ada 5 bintang, aku nak gak bagi 7 bintang sebab citer ni bukan saja padat ngan aksi, malah padat ngan mesej kekeluargaan dan humor yang buat pecah perut aku bila gelak. Sapa2 yang belum tengok lagi citer, baik gi serbu panggung terdekat ngan anda.

Next week, tak sabar nak tengok satu lagi citer aksi komedi, Kongsi lakonan Shaheizy Sam. Kalau Lancer polis dah masuk filem, sahih best la citer tu....Can't wait.

Before that, layan dulu trailer kat bawah ni..



Adios..
Friday, May 6, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Ini Bulan Mei

Sekejap je masa berlalu..Dah hampir setengah tahun kita melayari tahun 2011. Cuti Hari Pekerja baru saja berlalu. Sekejap je rehat, dah kembali bekerja semula.

Weekend tu sempatlah outing ngan kawan2 office kat Tambun, Ipoh. Bermandi manda. Minggu yang Dot, hamster aku mati tu, aku dah mula demam. Mungkin terkejut. Kemudiannya, cuaca di luar yang sekejap panas, sekejap sejuk, tinggal kat hotel pulak tu, dengan aircond, tak sihat la jadinya.

Masa kat Tambun, aku dah bagitau diri sendiri tak nak terlalu main air sangat disebabkan keadaan kesihatan aku. Kebanyakan masa aku tengok je kawan2 aku main air. Aku duduk tepi jaga pelampung. Haha... Memang tak larat sangat time tu. Cuaca terlampau panas. Dua jam di sana rasa macam dah lama. Matahari menyinari wajahku, rasa nak pitam pun ada. Nasib la kami decide tak nak lama kat waterpark.

Lepas mandi dan bersiap, kami naik tren dan berhenti di petting zoo. Kami juga sempat tengok tiger show. Masa tu lah hujan dah mulai turun..Nasib banyak pokok, kalau tak, mesti dah basah lencun. Kami bertolak balik ke KL dalam 4 lebih, dengan hujan masih turun membasahi bumi.

Sampai je di rumah Sabtu lepas, aku rasa hilang tenaga dah. Badan penat, mata sakit, muka pedih, kering dan mengelupas...Rasa macam nak bersalin kulit lagi. Ahad dan Isnin, aku diserang demam panas, sehingga tak daya nak bangun rasanya. Nasiblah tunang tercinta ada. Dialah yang rajin datang ke rumah, hantar makanan atau bawak aku keluar untuk makan. Ubat pun, dialah yang sentiasa call ingatkan aku masa makan ubat. Aku da demam macam tu, asyik tido je. Kalau tak diingatkan, mesti lupa.

Da seminggu Dot pegi, da seminggu jugaklah aku demam. Sekarang, tahap kesihatan aku dah beransur pulih, cuma selsema dan batuk saja yang masih ada. Selera makan pun masih belum pulih sepenuhnya. Tak rasa nak makan apa sangat. Tengok nasi, tak lalu. Makan yang berasaskan sup macam bihun sup, kueh teow sup tu adalah selera. Isnin lepas, gas memasak kat rumah habis, pun belum beli sampai sekarang. Manalah daya nak angkat tong gas tu. Kalau sihat, gagah jugakla nak angkat. En. tunang da janji nak tolong angkat this weekend. Berasap semula dapurku...Masak pun hujung minggu je. Hari2 biasa selalunya dapur digunakan untuk masak air panas je..

Itu jelah kisah aku di awal bulan Mei ni. Belum ada yang menarik untuk dilaporkan... Will write more soon...
Tuesday, April 26, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Dalam Kenangan : Dot Si Hamster

26 April ~ Sehari selepas menyambut ulang tahun kelahiran ku, aku dikejutkan dengan berita kematian si kecil kesayanganku, Dot...

April, 2 tahun lepas, selepas beberapa hari menyambut hari kelahiran ku, aku meng'adopt' Dot daripada seorang teman. Kononnya, aku nak cari teman untuk bermain di rumah. Dan ketika itu, aku tak nak cari binatang peliharaan yang merumitkan kerana pekerjaan aku menyebabkan aku selalu travel outstation. Hamster adalah haiwan yang mudah dijaga. Makanan pun tak perlu selalu diisi. Apa yang ada di dalam bekasnya, cukup untuk bekalan seminggu.

Usia Dot 3 bulan masa aku membawanya ke rumah untuk pertama kali. Dot seekor 'dwarf hamster' jantan dengan belang kelabu hitam di belakang badannya dan ekor yang sangat kecil. Untuk beberapa kali, setiap kali aku memegangnya, jari aku mesti digigit. Dia belum biasa dengan bau aku lagi. Sebab tu dia anggap aku 'musuh'. Bila da selalu bermain dengannya, dia dah jadi biasa dan lali dengan kehadiran ku. Setiap kali aku balik ke rumah daripada office, aku akan keluarkan Dot daripada rumahnya dan membiarkan dia berjalan di sekeliling ruang tamu. Tapi, si kecil ni perlu selalu dilihat...silap hari bulan, hilang ntah ke mana. Maklumlah, kecil je...mampu menyelinap ke bawah kabinet, atau celah pintu. Pernah sekali adik aku hilangkan Dot. Dia masuk di belakang almari dan tak nak keluar berjam lamanya sehingga kami terpaksalah mengalihkan almari yang besar dan berat tu dalam usaha untuk mengeluarkannya....Macam2 hal dengan si kenit ni..

Dot di hari2 terawal bersamaku

Itulah teman setia aku selama 2 tahun. Di rumah, itu jugalah kawan aku bersembang. Walaupun dia tak faham dan tak mampu membalas, cukuplah sekadar aku dapat bercerita padanya, hari2 aku di luar rumah. Bila dia tido adalah saat yang paling comel. Suka tido menelentang (badan ke bawah, kedua2 kaki dan tangan ke atas). Sangat comel. Dan aku selalu mengambil gambarnya untuk dijadikan kenangan.

Dot juga makan apa saja yang aku beri. Aiskrim, coklat, biskut, malah salad pun dia makan. Dot suka merasa makanan yang baru selain daripada kuaci dan makanan kebiasaannya yang selalu aku beri. Setiap kali ke pet shop, aku akan pastikan aku membeli makanan yang pelbagai untuk mengelakkan dia bosan. Begitulah sayangnya aku kepadanya. Seminggu sekali, aku akan membersihkan 'istana' besarnya. Rumah tempat dia bermain dan tido. Setiap kali aku membersihkan rumahnya, aku akan pindahkan dia ke dalam rumah kecilnya. Setiap kali pun dia akan memberontak. Menggigit besi rumahnya sekuat hati kerana tak suka terkurung dalam rumah sempit. Suka sangat tengok gelagatnya. Dot juga pandai memanjat. Rumah kecik dia tu dah dipanjatnya banyak kali dalam usaha 'mangeluarkan' dirinya daripada rumah tu. Aku selalu senyum sendiri melihatkan gelagatnya.

Selalu cuba 'melarikan' diri

Itulah Dot...perangai comelnya membuatkan letih dan tekanan aku di luar hilang begitu sahaja. Rasa puas dapat melayan karenahnya. Dot suka pegang jari aku terutama apabila dia dapat makan makanan yang sedap. Penuh asyik dia menjilat jari aku dan kadangkala menggigit manja jari aku seolah2 jari aku ni makanan.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan.....Hujung tahun lepas, ada kejadian aku digigit oleh Dot sehingga berdarah jari aku. Darah yang mengalir terlalu banyak. Gigitan yang tidak mahu dilepaskannya. Tetiba je mengamuk. Aku pun tak tau kenapa. Waktu tu Tuhan je tahu kesakitan yang aku tanggung. Berdenyut2 jari aku dibuatnya. Pertama kali Dot gigit aku sekuat itu. Aku goncang2 kan jari aku pun dia tak nak lepas. Aku tarik telinga dia pun dia tak nak lepaskan. Lastnya, disebabkan sakit yang teramat sangat, aku terpaksa tarik mulutnya ke atas untuk memaksanya melepaskan gigitannya dan teknik tu berhasil. Waktu tu lah darah tak berhenti2 mencurah. Denyutan makin terasa. Lepas aku basuh dan diletak minyak gamat, aku balut dengan plaster. Bengkak jari kiriku untuk 2 hari. Mulanya ingat nak pegi klinik. Takutlah kena infection. Tapi, lepas hari kedua tu, bengakak da makin surut, darah pun dah tak keluar. Aku sekadar merawat dengan minyak gamat. Buat seketika, aku jadi fobia sekejap untuk pegang dia. Takut kena gigit lagi. Tapi, fobia aku kejap je. Beberapa hari lepas tu, aku main semula dengannya. Dia pun dah tak menggigit lagi.


Comel sangat bila tido

24 April lepas, aku perasan perubahan dalam dirinya. Dia sudah tak aktif dan tak banyak bergerak. Selalunya bila aku buka tempat makanannya untuk refill, dia akan cepat2 lari mendapatkan aku. Tapi, waktu tu, dia buat tak reti je. Dia duduk je kat satu tempat. Tak bergerak. Matanya sekadar memandang wajah aku. Aku pulak, tak lah angkat dia seperti selalu. Aku biarkan saja...

Semalam, bila aku balik ke rumah, aku terkejut melihatnya terbaring dalam rumahnya. Aku ingatkan dia mati. Lepas tu aku dapat lihat dia masih bernafas. Aku pun angkat Dot dan letakkannya dalam atas tapak tangan aku. Dia dah tak bergerak. Kakinya menggigil. Dia berbunyi perlahan. Badannya seolah2 dah lumpuh. Tiada pergerakan. Hanya tangan aku sahaja yang menggerakkan tubuhnya. Aku lihat matanya berair, seolah2 menangis.

Malam tadi, aku tak dapat tido semalaman, menemani Dot kerana aku sedar, ajalnya dah nak sampai. Jangka hayat harmster adalah antara 2-3 tahun. Pada usia setahun pun, dia dah dikira 'tua'. Aku rasakan pada usia ini, Dot dah menderita sakit tua dan sudah sampai masanya untuk pergi. Sekali sekala, aku terjaga dan akan membelainya. Akan keluarlah bunyi halus seolah2 dia mahu memberitahu 'kesakitan' yang ditanggungnya. Setiap kali pun mengalirlah air mata aku.. Haiwan pun aku sayang, terutama yang aku jaga selama 2 tahun. Lagi menyedihkan, aku tak mampu memahami apa yang dirasainya kerana dia tak boleh memberitahuku. Itu yang paling menyedihkan aku. Pukul 4.30 pagi tadi, aku dah bangun untuk bersiap2 ke office. Aku sepatutnya outstation hari ni. Bila aku tengok Dot semakin lemah, aku buat keputusan untuk bawak dia sekali. Sekurang2nya, klau ditakdirkan dia pergi, dia pergi semasa aku disisinya.

Dot pada mlm terakhirnya. Terkulai lemah atas telapak tanganku


Sedih melihatnya tidak lagi aktif

 Aku letakkan Dot dalam kotak kasut yang dilapisi dengan habuk kayu sebagai alas. Aku nak pastikan dia rasa seperti berada dalam rumahnya. Aku membasahkan mulutnya dengan air, manalah tahu dia haus. Dia pun dah tak daya nak bangun, ibarat orang yang lumpuh sepenuhnya. Dia berbunyi halus lagi...Aku belai kepalanya, memberitahunya aku ada disisinya. Mata yang memandang aku tu sangat menyedihkan. Mama aku kata jika dia mati semalam, mesti aku lagi sedih sebab dia mati pada hari kelahiranku. Setiap tahun aku mesti akan teringatkannya. Namun, Allah masih beri kekuatan kepadanya untuk bertahan.

Pagi tadi, masa aku sampai di office, semakin kerap aku dengar dia berbunyi. Setiap kali pun aku akan menjenguknya yang ku letak dalam kotak kasut dan ditutup separuh untuk memberikan udara kepadanya. Aku nak dia tahu aku ada bersamanya..Matanya berair lagi, menyebabkan aku sekali lagi menangis. Dia nampak seolah2 menagis juga.....Pernafasannya menjadi semakin lemah, kaki dan tangannya bergerak2 pantas, seolah2 dalam kekejangan dan akhirnya, sekitar 8.40 pagi, 26 April 2011..di usia 2 tahun 3 bulan, Dot kesayanganku pergi buat selama2nya........

Banyak kenangan aku bersamanya....Walaupun masa berlalu, Dot akan diingati sebagai hamster pertama dan mungkin yang terakhir akan ku bela...

*Dot telah selamat ditanam di hadapan Hotel SSL Traders, Kamunting petang ini.
Monday, April 25, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Aku yang dah berusia dot dot dot....

25 April 2011. Hari ni genaplah 27 tahun usiaku di dunia ini... Yes, 27 years young. Hehehe.. Alhamdulillah.. Bersyukur ku ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan usiaku, memberi rezeki dan kesihatan yang baik buatku, untuk terus bertapak di muka bumiNya untuk tahun ke-27.

Sesetengah orang, terutamanya wanita, bila ditanya perihal usia, selalunya mereka berahsia.. malu nak mengaku. Tapi, pada aku, usia menunjukkan kematangan. Malah, sehingga sekarang pun aku tak malu mengaku usiaku apabila ditanya. Tak kisahlah kalau ada yang meneka lebih muda atau lebih tua daripada usiaku yang sebenar, aku hanya menerima. InsyaAllah, bila usiaku mencecah 40 tahun sekalipun, aku tak akan berahsia tentangnya. Tiada yang nak dimalukan. Sekiranya dipanjangkan usia olehNya, semua akan merasa 'tua'. Jadinya, tak perlulah nak berahsia. Jika kita sihat pada usia tertentu, itu sesuatu yang perlu dibanggakan agar menjadi contoh kepada generasi muda.

Walaupun usiaku 27 tahun, kebanyakan orang tak percaya, sebab kata mereka, wajahku kebudak2kan. Ada yang ingat aku ni masih di sekolah menengah. Banyak jugak kisah lucu terjadi berkaitan dengan wajah dan usiaku ni.

Masa aku nak bertunang bulan lepas, ada beberapa kejadian yang berlaku. Antaranya masa aku nak pick up hantaran aku kat Ipoh. Beginilah antara dialog aku dan makcik tu.

           Makcik : Hantaran ni untuk sapa bertunang?
           Aku      : Sayalah, makcik..
           Makcik : La, ye ke? Makcik ingat budak sekolah lagi. Dah nak kawin dah pun.
                         Umur anak berapa?
           Aku      : Dah 27 dah, makcik. Dah tua dah..
           Makcik : Patutlah da nak bertunang. Ingatkan sekolah lagi. Muka muda je..

Itulah antara dialognya. Tergelak aku dibuatnya. Nak buat mcm mana klau dah wajah aku ni 'child look'. Tunang aku pun kata, wajah aku ni tak dimakan usia. InsyaAllah...kena jagalah apa anugerah yang Allah bagi. Kalau tak jaga, berkedut jugak bila sampai masanya nanti. Masa aku balik kampung masa aku bertunang pun ada yang terkejut aku nak bertunang. Ada yang kata "makcik ingat baru sekolah menengah.dah nak bertunang, rupanya", "bukan sekolah lagi ke? ingatkan baru Form 3". Yang Form 3 tu aku rasa macam kelakar la sangat. Takda lah aku nampak muda sangat macam tu..Kalau lepasan SPM tu leh diterima lagi lah.. Aku sedar aku tidak semuda itu..

Seperti yang aku kata, usia sekadar angka. Namun, yang paling utama, usia itu menunjukkan tahap kematangan kita. Apabila berusia 27 tahun seperti aku, kenalah berperangai seperti 27 tahun. Walaupun adakalanya bersifat manja dan keanak2kan, tapi, dalam banyak situasi, aku kekalkan kedewasaan aku demi menjaga professionalisma. Usia ini juga menunjukkan berapa jauhnya aku dah 'mengembara'. Banyak perkara telah aku lalui. Susah payah, suka duka, tawa dan tangis. Keseorangan, kadangkala berdua, kadangkala dengan rakan, kadangkala dengan keluarga, semuanya mengajar aku erti hidup dan erti kematangan. Dan aku bersyukur, segala pengalaman hidup ini membuatkan aku kuat dan tabah serta mampu hidup berdikari sekian lama. Al-maklumlah hidup di perantauan ni..Jauh dari keluarga, semuanya diuruskan sendiri. Ramai yang terkejut mendengar aku tinggal seorang di Kota Metropolitan KL. Tapi, aku jenis tak kisah. Aku senang dan selesa tinggal seorang. Tak perlu pening nak memikirkan tentang housemate.

Aku ingin mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi2 penghargaan kepada kedua ibu bapaku, En. Ahmad dan Pn. Haziah yang telah melahirkan, membesarkan, mendidik dan memberikan segala kasih sayang kepada ku. Pengorbanan mama dan papa tidak mampu akak balas. Kepada rakan2 yang wish aku 'Selamat Hari Lahir', thanks for the wishes..

Teramat penting, kepada tunang tercinta, En. Hairy, yang menjadi insan pertama wish aku, thanks for the lovely gift, thanks for the lovely wishes, thanks for being by my side, in my life, for the second year of my birthday. And hopefully, next year I will celebrate my birthday with you as a wife... ^_^

This lunch, will be having it with my fellow colleagues..dinner time, once again will be spending time with my beloved fiance. Dia kata nak belanja makan steak..hikhik..syoknya.. Pagi tadi dah breakfast ngan dia dah.. Syok betul jadi birthday girl ni. Wish kat FB pun banyak. Penat membalas. Anyway, sangat happy hari ni. Dan akan berterusan happy selama2nya..InsyaAllah...
Friday, April 22, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Program Penilaian Prestasi (PAC)-Jawatan Pegawai Penerangan GredS41

Assalamualaikum semua..

20-21 April yang lepas, aku menghadiri Performance Assessment Centre (PAC) untuk jawatan Pegawai Penerangan (Kementerian Kesihatan) Gred S41 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Institut Pengurusan Kesihatan, Bangsar, Kuala Lumpur.

PAC ni diwajibkan untuk kebanyakan jawatan2 awam sekarang ni kerana permohonan untuk masuk gov dah terlampau ramai. Sebelum layak dipanggil temuduga, kenalah prestasi kita dinilai dahulu dalam PAC ni. Since aku pun tak berapa pasti skop kerja untuk Pegawai Penerangan di Kementerian Kesihatan (sebab selalunya di Kementerian Penerangan), aku pun jadi nervous la..Sebagai persiapan awal, aku bacalah isu2 semasa berkaitan dengan kesihatan. Rasanya, memang pasti akan ditanya.

Selepas sesi pendaftaran, peserta seramai 46 orang (yang sepatut hadir lebih daripada 100 org) telah menjalani sesi timbang berat, diukur ketinggian, BMI dan kadar CO2 dalam badan. Macam nak masuk tentera atau polis lak. Selepas tu, semua berkumpul di auditorium untuk sesi taklimat.

Lepas minum pagi, kami diberikan ujian bertajuk "Penilaian Pengetahuan Kesihatan", untuk menguji tahap celik kesihatan para peserta. Then, ada ujian personaliti, 185 soalan. Petang, ada sesi perbincangan dalam kumpulan. Topik yang diberikan kepada kumpulan kami adalah Demam Denggi-permasalahan dan cara mengatasinya. Sesi perbincangan ni aku tak cuak sangatla cos dalam group. Kalau blur pun ahli yang lain akan backup dan bagi idea. Tapi, aku biasalah. Kalau dah bercakap memang tak leh nak henti. Tapi, sebab kesian kat orang lain, dan nak bagi adil supaya semua bercakap, aku pun pandai2 lah bagi laluan.

Selesai je sesi hari pertama, aku balik dan mencari bahan2 untuk public speaking. Topik utama masih tentang kesihatan, tapi terpulanglah nak cakap tentang isu apa. Dan sesi ni dalah Bahasa Inggeris. Aku tak lah cuak pasal tu, cuma risau jika tak sempat nak siapkan teks aku. Bab2 kesihatan ni bukan main tembak je nak cakap apa. Kena ada pengetahuan dan fakta. So, research terperinci perlulah ada. Dahlah panel penilai org2 daripada Kementerian Kesihatan sendiri. Janganlah nak kelentong..

Malam tu, disebabkan aku dah mengantuk tahap gaban, aku tido awal dan bangun seawal 4 pagi nak siapkan script aku. Sesi public speaking pagi. Takut nanti tak sempat nak siapkan pulak. Tapi, mujurlah aku ni jenis keluar awal. Awal aku sampai, aku tulis script aku dalam kereta. Taklah bosan menunggu sesi yang bermula 8.30pagi. Aku lihat ramai gak peserta yang datang awal. Yelah, KL ni sesak sentiasa. Baik keluar awal daripada terlewat kerana kesesakan..

Esok pagi, sesi pertama adalah perbincangan kumpulan lagi. Tapi, kali ni satu permasalahan diberikan dan kami diminta untuk mencari penyelesaian terbaik untuk masalah tersebut. Selepas minum pagi, sesi public speaking. Hasil daripada undian, aku mendapat giliran kelima daripada 9 orang. Ok lah tu, tak awal sangat dan tak akhir sangat. Tengah2...

Tajuk speech aku adalah "Organ Donation". Tajuk yang sama masa aku attend PAC PTD 2 tahun lepas. Tapi, mana nak ingat isinya. Cumanya, tajuk ni dekat ngan hati aku cos aku ni penderma organ yang berdaftar. So, bila ada related ngan diri sendiri ni, senang lah nak bercerita... Alhamdulillah, walaupun nervous, tapi tahap confidence aku masih di paras tinggi..semuanya berjalan dengan lancar. Lepas lunch, semua dah boleh balik sebab tak ramai...Aku pun sampai rumah, berdengkur...haha...cover balik tido yang x cukup...

Hari ni, kembali bertugas dan berdoa adalah berita baik menanti ku kelak. InsyaAllah...
Tuesday, April 12, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Aku yang kegatalan (huh...???)

Macam pelik je bila baca tajuk entri kali ni. Apasal lak aku gatal ni? Gatal nak kawin ke? Takdelah..tiba masanya, aku akan menjadi seorang isteri jua.

Actually, dua hari ni, leher aku ditumbuhi ruam (betul ke perkataan tu?? ditumbuhi?? belasah jelah..). Kebelakangan ni, asyik hujan je. Sebelum hujan turun, haba persekitaran menjadi panas. Time tu lah aku rasa macam nak potong rambut je, bagi pendek. Time tu lah aku sentiasa nak berikat rambut. Rasa panas di leher kerana peluh. Then, timbullah bintik2 ruam. Dua hari ni aku letak lah bedak anti ruam yang selalu baby guna tu. Tapi macam tak jalan je. Mula dulu, ingatkan alergik makan ikan makarel, so aku pun makanlah ubat alergik. Tapi tak berkesan jugak. Masih gatal2 dan aku menggaru macam beruk mak yeh..haha..

So, petang ni, aku decide nak gi farmasi dan dapatkan krim sapu sebab aku tak sanggup menahan diri daripada menggaru. Rasa nak tercabut je leher aku ni ha, berbekas merah...Cepatlah time balik.... Nak gi farmasi.....

P/S: Kesiannya kat aku...huhu...
Monday, April 4, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010

Malam semalam, tak ada aktiviti pun kat umah, just lepak dan melayan karenah Tongga (kucing kesayanganku), aku pun menonton ABPBH yang ditayangkan secara langsung di TV3 dan Hotfm dari Arena Of Stars, Genting Highland.

Tema untuk ABPBH malam tadi adalah klasik moden. Seperti biasa, anugerah berprestij ini digamatkan dengan kehadiran pengacara2nya yang kepoh, Raja Azura dan Sharifah Shaheira. Ditambah lagi kekepohannya dengan kehadiran Zizan yang melengkapkan lagi kehebatan pengacaraan trio ini. Sememangnya, lawak mereka memang best dan bersahaja..Kebanyakan masa overrun je, tapi mereka tetap cool. Persembahan pembuka tirai ala2 broadway oleh suara2 mantap Azlan & The Typewriter, Ning Baizura, Farhan dan Adira menghangatkan suasana. Penaja utama majlis ini pulak ialah Celcom Axiata. Penaja hadiah2 para pemenang pula ialah Edaran Tan Chong Motors (kereta Nissan), Rafflesia Mandalay (Barangan kemas), Gulati's, Euro Moda dan lain2.

Aku agak penat malam semalam sebab sibuk mengemas rumah di siang hari. Disebabkan selang 2 anugerah je ada persembahan, kadang2 aku terlelap seketika. Tapi, Alhamdulillah, aku tak der la miss mana2 anugerah. Antara artis2 yang membuat persembahan ialah Anuar Zain, Hujan, Ella, Yuna serta pelawak2 yang mencuba bakat menyanyi yang menggelarkan diri mereka (NAJAZ)-Nabil, Along, Johan, Angah & Zizan. Malam kegemilangan ABP menutup tirainya dengan persembahan ala2 Wonder Girls oleh Dato' Siti Nurhaliza. Di antara barisan penyampai anugerah pulak ialah Rita Rudaini (dengan perut 'memboyot'nya), Ashraf Muslim, Shahir, Anita Sarawak, Faizal Tahir, Aida Aris dan ramai lagi.

So, di bawah ni aku list kan pemenang2 hebat ABPBH malam tadi.

Artis Duo/Berkumpulan Popular

6ixth Sense

 Pelakon TV Wanita Popular

Fasha Sandha

Pelakon TV Lelaki Popular

Remy Ishak
Penyampai Radio Wanita Popular

Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular

Faisal Ismail (FBI)

Artis Komedi Wanita Popular

NoorKhiriah
                                                           Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan

Artis Nasyid Popular

Rabbani

Artis Baru Wanita Popular

Anna Raffali

Artis Baru Lelaki Popular

Shahir
Pengacara TV Wanita Popular

Fara Fauzana

Pengacara TV Lelaki Popular

Hj. Aznil Hj. Nawawi

Penyanyi Wanita Popular

Yuna

Penyanyi Lelaki Popular

Faizal Tahir

Pelakon Filem Wanita Popular

Lisa Surihani

Pelakon Filem Lelaki Popular

Shaheizy Sam

Anugerah Khas : Pencapaian Sepanjang Hayat

Datuk Rosnani Jamil (Mak Nani)
Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila nama Bintang Paling Popular yang akan membawa pulang sebuah kereta Nissan Teana dan barangan kemas sumbangan Rafflesia Mandalay diumumkan. Disebabkan ketiga2 pengacara hebat malam itu merupakan calon2 yang bertanding, maka pengumuman kategori ulung itu diumumkan oleh Johan dan Usop Wilcha. Kemunculan mereka memang mengundang gamat di Arena of Stars apabila rata2 penonton berdiri dan meniru 'lambaian' Usop Wilcha yang menjadi trademarknya.

Usop dengan trademarknya menggamatkan suasana

Aku optimis bahawa Zizan akan menjulang Bintang Paling Popular kali ni. Tetapi, tidak juga aku ketepikan populariti 'Adnan Sempit', Shaheizy Sam. Maka, dengan itu, dengan undian melebihi 128 ribu undian (tak ingat jumlah sebenar), SHAHEIZY SAM dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.


Cayalah, Shaheizy. You deserved it. Buat semua pemenang, tahniah diucapkan di atas kemenangan anda. Juga buat semua yang tercalon, tahniah kerana memberikan saingan hebat sesama sendiri dan teruskan mewarnai industri seni tempatan kita.

Sampai di sini sahaja..Adios..

P/S: Aku pun x pasti nape aku rajin sangat nak tulis entri psl ABP ni..so, layan jelah..