Tuesday, April 26, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Dalam Kenangan : Dot Si Hamster

26 April ~ Sehari selepas menyambut ulang tahun kelahiran ku, aku dikejutkan dengan berita kematian si kecil kesayanganku, Dot...

April, 2 tahun lepas, selepas beberapa hari menyambut hari kelahiran ku, aku meng'adopt' Dot daripada seorang teman. Kononnya, aku nak cari teman untuk bermain di rumah. Dan ketika itu, aku tak nak cari binatang peliharaan yang merumitkan kerana pekerjaan aku menyebabkan aku selalu travel outstation. Hamster adalah haiwan yang mudah dijaga. Makanan pun tak perlu selalu diisi. Apa yang ada di dalam bekasnya, cukup untuk bekalan seminggu.

Usia Dot 3 bulan masa aku membawanya ke rumah untuk pertama kali. Dot seekor 'dwarf hamster' jantan dengan belang kelabu hitam di belakang badannya dan ekor yang sangat kecil. Untuk beberapa kali, setiap kali aku memegangnya, jari aku mesti digigit. Dia belum biasa dengan bau aku lagi. Sebab tu dia anggap aku 'musuh'. Bila da selalu bermain dengannya, dia dah jadi biasa dan lali dengan kehadiran ku. Setiap kali aku balik ke rumah daripada office, aku akan keluarkan Dot daripada rumahnya dan membiarkan dia berjalan di sekeliling ruang tamu. Tapi, si kecil ni perlu selalu dilihat...silap hari bulan, hilang ntah ke mana. Maklumlah, kecil je...mampu menyelinap ke bawah kabinet, atau celah pintu. Pernah sekali adik aku hilangkan Dot. Dia masuk di belakang almari dan tak nak keluar berjam lamanya sehingga kami terpaksalah mengalihkan almari yang besar dan berat tu dalam usaha untuk mengeluarkannya....Macam2 hal dengan si kenit ni..

Dot di hari2 terawal bersamaku

Itulah teman setia aku selama 2 tahun. Di rumah, itu jugalah kawan aku bersembang. Walaupun dia tak faham dan tak mampu membalas, cukuplah sekadar aku dapat bercerita padanya, hari2 aku di luar rumah. Bila dia tido adalah saat yang paling comel. Suka tido menelentang (badan ke bawah, kedua2 kaki dan tangan ke atas). Sangat comel. Dan aku selalu mengambil gambarnya untuk dijadikan kenangan.

Dot juga makan apa saja yang aku beri. Aiskrim, coklat, biskut, malah salad pun dia makan. Dot suka merasa makanan yang baru selain daripada kuaci dan makanan kebiasaannya yang selalu aku beri. Setiap kali ke pet shop, aku akan pastikan aku membeli makanan yang pelbagai untuk mengelakkan dia bosan. Begitulah sayangnya aku kepadanya. Seminggu sekali, aku akan membersihkan 'istana' besarnya. Rumah tempat dia bermain dan tido. Setiap kali aku membersihkan rumahnya, aku akan pindahkan dia ke dalam rumah kecilnya. Setiap kali pun dia akan memberontak. Menggigit besi rumahnya sekuat hati kerana tak suka terkurung dalam rumah sempit. Suka sangat tengok gelagatnya. Dot juga pandai memanjat. Rumah kecik dia tu dah dipanjatnya banyak kali dalam usaha 'mangeluarkan' dirinya daripada rumah tu. Aku selalu senyum sendiri melihatkan gelagatnya.

Selalu cuba 'melarikan' diri

Itulah Dot...perangai comelnya membuatkan letih dan tekanan aku di luar hilang begitu sahaja. Rasa puas dapat melayan karenahnya. Dot suka pegang jari aku terutama apabila dia dapat makan makanan yang sedap. Penuh asyik dia menjilat jari aku dan kadangkala menggigit manja jari aku seolah2 jari aku ni makanan.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan.....Hujung tahun lepas, ada kejadian aku digigit oleh Dot sehingga berdarah jari aku. Darah yang mengalir terlalu banyak. Gigitan yang tidak mahu dilepaskannya. Tetiba je mengamuk. Aku pun tak tau kenapa. Waktu tu Tuhan je tahu kesakitan yang aku tanggung. Berdenyut2 jari aku dibuatnya. Pertama kali Dot gigit aku sekuat itu. Aku goncang2 kan jari aku pun dia tak nak lepas. Aku tarik telinga dia pun dia tak nak lepaskan. Lastnya, disebabkan sakit yang teramat sangat, aku terpaksa tarik mulutnya ke atas untuk memaksanya melepaskan gigitannya dan teknik tu berhasil. Waktu tu lah darah tak berhenti2 mencurah. Denyutan makin terasa. Lepas aku basuh dan diletak minyak gamat, aku balut dengan plaster. Bengkak jari kiriku untuk 2 hari. Mulanya ingat nak pegi klinik. Takutlah kena infection. Tapi, lepas hari kedua tu, bengakak da makin surut, darah pun dah tak keluar. Aku sekadar merawat dengan minyak gamat. Buat seketika, aku jadi fobia sekejap untuk pegang dia. Takut kena gigit lagi. Tapi, fobia aku kejap je. Beberapa hari lepas tu, aku main semula dengannya. Dia pun dah tak menggigit lagi.


Comel sangat bila tido

24 April lepas, aku perasan perubahan dalam dirinya. Dia sudah tak aktif dan tak banyak bergerak. Selalunya bila aku buka tempat makanannya untuk refill, dia akan cepat2 lari mendapatkan aku. Tapi, waktu tu, dia buat tak reti je. Dia duduk je kat satu tempat. Tak bergerak. Matanya sekadar memandang wajah aku. Aku pulak, tak lah angkat dia seperti selalu. Aku biarkan saja...

Semalam, bila aku balik ke rumah, aku terkejut melihatnya terbaring dalam rumahnya. Aku ingatkan dia mati. Lepas tu aku dapat lihat dia masih bernafas. Aku pun angkat Dot dan letakkannya dalam atas tapak tangan aku. Dia dah tak bergerak. Kakinya menggigil. Dia berbunyi perlahan. Badannya seolah2 dah lumpuh. Tiada pergerakan. Hanya tangan aku sahaja yang menggerakkan tubuhnya. Aku lihat matanya berair, seolah2 menangis.

Malam tadi, aku tak dapat tido semalaman, menemani Dot kerana aku sedar, ajalnya dah nak sampai. Jangka hayat harmster adalah antara 2-3 tahun. Pada usia setahun pun, dia dah dikira 'tua'. Aku rasakan pada usia ini, Dot dah menderita sakit tua dan sudah sampai masanya untuk pergi. Sekali sekala, aku terjaga dan akan membelainya. Akan keluarlah bunyi halus seolah2 dia mahu memberitahu 'kesakitan' yang ditanggungnya. Setiap kali pun mengalirlah air mata aku.. Haiwan pun aku sayang, terutama yang aku jaga selama 2 tahun. Lagi menyedihkan, aku tak mampu memahami apa yang dirasainya kerana dia tak boleh memberitahuku. Itu yang paling menyedihkan aku. Pukul 4.30 pagi tadi, aku dah bangun untuk bersiap2 ke office. Aku sepatutnya outstation hari ni. Bila aku tengok Dot semakin lemah, aku buat keputusan untuk bawak dia sekali. Sekurang2nya, klau ditakdirkan dia pergi, dia pergi semasa aku disisinya.

Dot pada mlm terakhirnya. Terkulai lemah atas telapak tanganku


Sedih melihatnya tidak lagi aktif

 Aku letakkan Dot dalam kotak kasut yang dilapisi dengan habuk kayu sebagai alas. Aku nak pastikan dia rasa seperti berada dalam rumahnya. Aku membasahkan mulutnya dengan air, manalah tahu dia haus. Dia pun dah tak daya nak bangun, ibarat orang yang lumpuh sepenuhnya. Dia berbunyi halus lagi...Aku belai kepalanya, memberitahunya aku ada disisinya. Mata yang memandang aku tu sangat menyedihkan. Mama aku kata jika dia mati semalam, mesti aku lagi sedih sebab dia mati pada hari kelahiranku. Setiap tahun aku mesti akan teringatkannya. Namun, Allah masih beri kekuatan kepadanya untuk bertahan.

Pagi tadi, masa aku sampai di office, semakin kerap aku dengar dia berbunyi. Setiap kali pun aku akan menjenguknya yang ku letak dalam kotak kasut dan ditutup separuh untuk memberikan udara kepadanya. Aku nak dia tahu aku ada bersamanya..Matanya berair lagi, menyebabkan aku sekali lagi menangis. Dia nampak seolah2 menagis juga.....Pernafasannya menjadi semakin lemah, kaki dan tangannya bergerak2 pantas, seolah2 dalam kekejangan dan akhirnya, sekitar 8.40 pagi, 26 April 2011..di usia 2 tahun 3 bulan, Dot kesayanganku pergi buat selama2nya........

Banyak kenangan aku bersamanya....Walaupun masa berlalu, Dot akan diingati sebagai hamster pertama dan mungkin yang terakhir akan ku bela...

*Dot telah selamat ditanam di hadapan Hotel SSL Traders, Kamunting petang ini.

0 comments:

Post a Comment