Monday, April 4, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010

Malam semalam, tak ada aktiviti pun kat umah, just lepak dan melayan karenah Tongga (kucing kesayanganku), aku pun menonton ABPBH yang ditayangkan secara langsung di TV3 dan Hotfm dari Arena Of Stars, Genting Highland.

Tema untuk ABPBH malam tadi adalah klasik moden. Seperti biasa, anugerah berprestij ini digamatkan dengan kehadiran pengacara2nya yang kepoh, Raja Azura dan Sharifah Shaheira. Ditambah lagi kekepohannya dengan kehadiran Zizan yang melengkapkan lagi kehebatan pengacaraan trio ini. Sememangnya, lawak mereka memang best dan bersahaja..Kebanyakan masa overrun je, tapi mereka tetap cool. Persembahan pembuka tirai ala2 broadway oleh suara2 mantap Azlan & The Typewriter, Ning Baizura, Farhan dan Adira menghangatkan suasana. Penaja utama majlis ini pulak ialah Celcom Axiata. Penaja hadiah2 para pemenang pula ialah Edaran Tan Chong Motors (kereta Nissan), Rafflesia Mandalay (Barangan kemas), Gulati's, Euro Moda dan lain2.

Aku agak penat malam semalam sebab sibuk mengemas rumah di siang hari. Disebabkan selang 2 anugerah je ada persembahan, kadang2 aku terlelap seketika. Tapi, Alhamdulillah, aku tak der la miss mana2 anugerah. Antara artis2 yang membuat persembahan ialah Anuar Zain, Hujan, Ella, Yuna serta pelawak2 yang mencuba bakat menyanyi yang menggelarkan diri mereka (NAJAZ)-Nabil, Along, Johan, Angah & Zizan. Malam kegemilangan ABP menutup tirainya dengan persembahan ala2 Wonder Girls oleh Dato' Siti Nurhaliza. Di antara barisan penyampai anugerah pulak ialah Rita Rudaini (dengan perut 'memboyot'nya), Ashraf Muslim, Shahir, Anita Sarawak, Faizal Tahir, Aida Aris dan ramai lagi.

So, di bawah ni aku list kan pemenang2 hebat ABPBH malam tadi.

Artis Duo/Berkumpulan Popular

6ixth Sense

 Pelakon TV Wanita Popular

Fasha Sandha

Pelakon TV Lelaki Popular

Remy Ishak
Penyampai Radio Wanita Popular

Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular

Faisal Ismail (FBI)

Artis Komedi Wanita Popular

NoorKhiriah
                                                           Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan

Artis Nasyid Popular

Rabbani

Artis Baru Wanita Popular

Anna Raffali

Artis Baru Lelaki Popular

Shahir
Pengacara TV Wanita Popular

Fara Fauzana

Pengacara TV Lelaki Popular

Hj. Aznil Hj. Nawawi

Penyanyi Wanita Popular

Yuna

Penyanyi Lelaki Popular

Faizal Tahir

Pelakon Filem Wanita Popular

Lisa Surihani

Pelakon Filem Lelaki Popular

Shaheizy Sam

Anugerah Khas : Pencapaian Sepanjang Hayat

Datuk Rosnani Jamil (Mak Nani)
Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila nama Bintang Paling Popular yang akan membawa pulang sebuah kereta Nissan Teana dan barangan kemas sumbangan Rafflesia Mandalay diumumkan. Disebabkan ketiga2 pengacara hebat malam itu merupakan calon2 yang bertanding, maka pengumuman kategori ulung itu diumumkan oleh Johan dan Usop Wilcha. Kemunculan mereka memang mengundang gamat di Arena of Stars apabila rata2 penonton berdiri dan meniru 'lambaian' Usop Wilcha yang menjadi trademarknya.

Usop dengan trademarknya menggamatkan suasana

Aku optimis bahawa Zizan akan menjulang Bintang Paling Popular kali ni. Tetapi, tidak juga aku ketepikan populariti 'Adnan Sempit', Shaheizy Sam. Maka, dengan itu, dengan undian melebihi 128 ribu undian (tak ingat jumlah sebenar), SHAHEIZY SAM dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.


Cayalah, Shaheizy. You deserved it. Buat semua pemenang, tahniah diucapkan di atas kemenangan anda. Juga buat semua yang tercalon, tahniah kerana memberikan saingan hebat sesama sendiri dan teruskan mewarnai industri seni tempatan kita.

Sampai di sini sahaja..Adios..

P/S: Aku pun x pasti nape aku rajin sangat nak tulis entri psl ABP ni..so, layan jelah..

0 comments:

Post a Comment