Sekejap je masa berlalu..Dah hampir setengah tahun kita melayari tahun 2011. Cuti Hari Pekerja baru saja berlalu. Sekejap je rehat, dah kembali bekerja semula.
Weekend tu sempatlah outing ngan kawan2 office kat Tambun, Ipoh. Bermandi manda. Minggu yang Dot, hamster aku mati tu, aku dah mula demam. Mungkin terkejut. Kemudiannya, cuaca di luar yang sekejap panas, sekejap sejuk, tinggal kat hotel pulak tu, dengan aircond, tak sihat la jadinya.
Masa kat Tambun, aku dah bagitau diri sendiri tak nak terlalu main air sangat disebabkan keadaan kesihatan aku. Kebanyakan masa aku tengok je kawan2 aku main air. Aku duduk tepi jaga pelampung. Haha... Memang tak larat sangat time tu. Cuaca terlampau panas. Dua jam di sana rasa macam dah lama. Matahari menyinari wajahku, rasa nak pitam pun ada. Nasib la kami decide tak nak lama kat waterpark.
Lepas mandi dan bersiap, kami naik tren dan berhenti di petting zoo. Kami juga sempat tengok tiger show. Masa tu lah hujan dah mulai turun..Nasib banyak pokok, kalau tak, mesti dah basah lencun. Kami bertolak balik ke KL dalam 4 lebih, dengan hujan masih turun membasahi bumi.
Sampai je di rumah Sabtu lepas, aku rasa hilang tenaga dah. Badan penat, mata sakit, muka pedih, kering dan mengelupas...Rasa macam nak bersalin kulit lagi. Ahad dan Isnin, aku diserang demam panas, sehingga tak daya nak bangun rasanya. Nasiblah tunang tercinta ada. Dialah yang rajin datang ke rumah, hantar makanan atau bawak aku keluar untuk makan. Ubat pun, dialah yang sentiasa call ingatkan aku masa makan ubat. Aku da demam macam tu, asyik tido je. Kalau tak diingatkan, mesti lupa.
Da seminggu Dot pegi, da seminggu jugaklah aku demam. Sekarang, tahap kesihatan aku dah beransur pulih, cuma selsema dan batuk saja yang masih ada. Selera makan pun masih belum pulih sepenuhnya. Tak rasa nak makan apa sangat. Tengok nasi, tak lalu. Makan yang berasaskan sup macam bihun sup, kueh teow sup tu adalah selera. Isnin lepas, gas memasak kat rumah habis, pun belum beli sampai sekarang. Manalah daya nak angkat tong gas tu. Kalau sihat, gagah jugakla nak angkat. En. tunang da janji nak tolong angkat this weekend. Berasap semula dapurku...Masak pun hujung minggu je. Hari2 biasa selalunya dapur digunakan untuk masak air panas je..
Itu jelah kisah aku di awal bulan Mei ni. Belum ada yang menarik untuk dilaporkan... Will write more soon...
0 comments:
Post a Comment