30 Julai 2011 ~ Setelah wedding date ditetapkan, aku mula stress dengan persiapan perkahwinan yang tak tahu nak mula kat mana. Dengan kurang 4 bulan, banyak yang nak disiapkan. Rasa kelam kabut jadinya. Pertama2 nya, borang kebenaran berkahwin untuk Mr Fiance dah boleh settle. Sebab borang bakal pengantin lelaki kena settle dulu baru leh pass kpd bakal pengantin perempuan. Disebabkan masalah lokasi wali dan saksi, aku akan menukar alamat IC sekarang kepada alamat rumah di Kedah, untuk memudahkan wali dan saksi2 aku menandatangani borang di hadapan PPN. So, kiranya, bulan Ramadhan ni, aku akan banyak mengambil cuti untuk menyelesaikan hal2 kahwin aku ni.
Kalau ikutkan, takdelah aku nak stress sangat. Yang jadi stress tu sebab tekanan dari luar; tekanan dari org2 sekeliling. Nak buat IC at least nak kena spend 2 hari kat Putrajaya. Sehari untuk submit, the next day kena amik. Dah alang2 di sana, leh la kami buat passport baru jugak. Sekurang2nya tak membuang masa. Ujian saringan HIV ni pun rasa2 perlu dilakukan dalam bulan ni, jika dibolehkan. Isnin ni baru nak call Klinik Kesihatan, nak confirm status. Selagi tak amik ujian tu, Mr Fiance tak leh submit borang dia kat Pejabat Agama.
Hujung minggu depan, aku dan Mr Fiance akan berbuka puasa bersama keluarganya di Kampung Gajah. Kami juga akan berjumpa potential wedding planner untuk majlis sebelah lelaki nanti. Lokasi pun nak kena survey and decide on that week. Sama ada nak stick to actual plan untuk buat di dewan, atau buat kat rumah dia. Ni kena bincang ngan family dia dulu. Dan kami juga terpaksa singgah di Kedah untuk mengambil bil air/bil letrik rumah MakLong aku untuk tujuan penukaran alamat IC dan juga borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Daerah Baling. Lepas settle tu, kami akan berjumpa Kak Farah dari Denafira Bridal (mak andam aku masa bertunang) yang dilantik menjadi wedding planner aku untuk bincang hal2 berkaitan majlis aku nanti. Tujuan utamanya untuk amik ukuran badan aku supaya Kak Farah boleh tempah baju sanding baru untuk aku. Al-maklumlah, orang 'katik' macam aku ni,kalau pakai baju siap, memang labuh la jawabnya.
Setelah selesai hal tu, 2 minggu lagi kena 'lari' balik ke Ipoh sebentar untuk sesi photoshoot dengan De Anggun studio. Photoshoot ni kononnya plan asal adalah a part of our package yang kami amik dengan diorang. But since kami nak cari wedding planner yang dekat ngan Kampung Gajah untuk menjimatkan kos perjalanan, kami convert jelah deposit ktorang kepada photoshoot. Gambar dari photoshoot ni akan dipilih satu untuk masuk dalam kad kawin kami.
Sebut tentang kad kawin, memang da kena start tempah da ni. Ya Allah.....serabutnya kepala aku dengan banyak benda ni....Setelah sebelah lelaki da confirm lokasi majlis, map akan dirangka, then baru leh jumpa designer untuk mereka kad kawin kami. Bulan Ogos ni bulan yang sangat padat sebab kami juga akan mula shopping untuk barang2 hantaran. Beberapa barang dah start survey dan akses nilainya untuk pastikan kami tak go overboard on the budget. Disebabkan banyak sale sana sini, bulan ni adalah bulan terbaik untuk berbelanja sambil berjimat. Tahun ni, pada aku, Raya bukan keutamaan kerana masa untuk plan wedding aku sangat terhad. Bila banyak perkara dah bermula, perkara2 lain akan jadi lebih mudah. Yang penting, I have to start somewhere.
Tahun ni juga, aku tidak akan pulang beraya di Kuching. Tapi, aku dah maklumkan kepada ibubapaku, and so far mereka memahami sebab aku perlu menguruskan hal berkaitan majlis kami di sini. Mr Fiance dengan gembiranya nak aku beraya dengannya tahun ni jika aku tak nak pulang ke Kedah. Aku katakan boleh je asalkan ibubanya tak kisah. Maklumlah, aku ni baru tunang dia je...tak nak la orang fikir bukan2 lak. Tapi, disebabkan Mr Fiance memerlukan aku dalam urusan perkahwinan ni, kiranya dia tak leh nak berenggang dari aku. Mati akal dia nanti,katanya. Tanpa aku, dia tak mampu nak handle apa2.
12-14 Ogos nanti akan ada MATTA Fair di PWTC. Kami da plan nak pegi untuk melihat2 pakej bulan madu yang sesuai dengan citarasa dan juga bajet kami. See....this August is very packed for both of us...
Takpe, Syikin...Apa yang penting, one thing at a time...
Orait, so far itu je nak update. Lega dapat luahkan sebab kepala dan hati sangat berserabut. Baru planning je. Bila dah start buat nanti, mesti lagi berserabut...Nasib Mr Fiance ada disisi dalam susah dan senang, menjadi penenang dan penyokong no.1...That's why I love him MORE every day....
Adios..
0 comments:
Post a Comment