Aiikkkk...Syawal belum datang lagi dah say babai kat Ramadhan?? Apa ke peliknya?? Haha..
Takdelah, saje je nak buat gempak.. Setiap tahun, apabila Ramadhan semakin meninggalkan aku,aku akan rasa sayu sebab tak pasti adakah panjang usia aku untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya. InsyaAllah, doakan panjang usiaku. Amin....
Aku sebenarnya nak mengucapkan babai kepada Ramadhan yang terakhir yang aku sambut sebagai single ladies. Ahaks...Sejak tinggal sendirian di Kota Metropolitan KL ni, adalah dekat nak masuk 4 tahun, bersahur sendiri, berbuka pun sendiri...ish..ish...siannya.. Tapi, taklah sendirian. Macam tahun ni, kebanyakan hari aku berbuka bersama Mr Fiance. Hampir setiap hari lah rasanya. Cuma bersahur jelah sendiri, ditemani oleh si Tongga yang selalu kejutkan aku pagi2. Haha...Sifu & Tongga, bergabung... meletops...hahaha...
Setelah bergelar seorang isteri kelak, kalau dipanjangkan usia, aku akan berbuka puasa serta bersahur dengan suami di rumah..Takdelah sorang2 lagi..Mana lah tahu, murah rezeki Allah beri, ada baby pulak, sambut la sebagai seorang ibu jugak...Amin...
Rutin harian mesti akan berubah punya...Yelah, selalu solo je, tak lama lagi dah ada suami. Kalau selalu tak makan pun takpe, bila da ada suami, kena masak untuk suami. Nasibla Mr Fiance a.k.a My soon-to-be-hubby aku ni tak cerewet. Dan dia faham kami sama2 bekerja dan kebanyakan masa berada di pejabat. Bila hari bekerja,masing2 dah makan kat office, malam da tak payah makan heavy. Setakat berdua je, kalau masak pun bukan banyak. Nanti membazir pulak.
Untuk sesetengah orang, terutamanya anak gadis, saat menjadi seorang isteri mesti sangat mendebarkan walaupun dalam hati gembira (sapa yang tak happy nak kawen?). Yelah, sebelum ni dijaga mak ayah, ada yang hidup sendiri, tetiba ada lelaki lak dalam umah kita, tido sekatil sebantal ngan kita. Perasaan tu jadi lain. Memang...masa akan memberikan kita ruang untuk serasi dengan pasangan, lebih2 bila da hidup sebumbung..janjinya, kita lah nak berusaha dan 'membuka' diri kita untuk pasangan lebih mengenali. Tak leh jugak malu2 sangat,kan? Nanti pelik lak hubby kita tengok kita ni macam takut ngan suami sendiri.
Dari segi mental dan fizikal, InsyaAllah, aku dah lama bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri serta ibu. Cabaran pasti ada. Tapi, dengan berkat sokongan suami serta keluarga, InsyaAllah, aku mampu lakukan yang terbaik. Apa yang pasti, hari bersejarah tu nanti, mesti papa aku menangis dalam hati sebab aku ni anak kesayangan dia yang paling manja dan rapat ngan dia sejak kecik. Mesti dia sedih melepaskan anak manja dia ni. Bila da jadi isteri, dia mesti rasa aku tak leh manja2 ngan dia seperti zaman bujang...Mama aku tak yah cerita la...confirm akan nangis nyer...aku masuk asrama dulu pun menangis beria2 macam da takkan jumpa lagi da...ish...ish...seorang ibu macam tu la...ni lah anak yang dok bawah ketiak diorang sentiasa, tetiba berjauhan lak..mesti lah terasa..
Apa yang pasti, walaupun berdebar menunggu saat diijab kabulkan, aku tetap memanjatkan kesyukuran ke hadratNya kerana dikurniakan mama dan papa yang sangat menyayangi aku serta banyak memberi nasihat, teguran serta sokongan sepanjang 27 tahun aku bersama mereka. Rasa lega sebab tanggungjawab mereka menjaga aku tak lama lagi akan beralih ke tangan si suami.
Walaupun da hampir 8 tahun hidup berjauhan (4 tahun di uni dan 4 tahun di KL), namun pandangan serta nasihat mereka masih aku perlukan dalam banyak perkara. Sms, call, email dan FB menjadi medium komunikasi. Dalam setahun pun, selalunya 2-3 kali juga berjumpa sebab parents aku selalu ke KL. Bila ke sini mestilah nak jumpa 'gegirl' diorang ni. Cuma,aku lebih kerap jumpa papa daripada mama sebab papa selalu ada urusan kerja kat KL ni. Akulah yang kerap jadi driver, bawak dia gi makan everytime dia outstation. Nak harap aku balik ke Kuching, setahun sekali jelah. Bukan boleh cuti lama. Apa yang pasti, lepas menjadi isteri, aku tetap akan meluangkan masa untuk mereka, tapi kali ni, aku bawa bersama suami tercinta. My soon-to-be-hubby pun faham, mama dan papa ada 2 orang anak je. Dua2 dah kawin, mestilah diorang rasa sunyi. Jadinya, kalau ada kelapangan, aku pasti bersama mereka. Thanks, Mr Fiance kerana sangat memahami.
Apapun, Ramadhan hanya tinggal 5 hari sebelum Syawal menjengah. InsyaAllah, panjang umur, bertemulah Ramadhan akan datang dengan status baru...Amin.....
0 comments:
Post a Comment