Thursday, August 25, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Sedikit untuk tatapan

Ni ada beberapa keping gambar dari photoshoot aku di Ipoh ari tu. Aku suruh photographer aku email beberapa keping sebab aku nak masukkan dalam kad kawin nanti. Ni kira sneak peak la ek. Nanti da dapat soft copy semua aku akan masukkan ke dalam FB aku.

Gambar mana menjadi pilihan? Adakah yang ini??



Atau yang ini kah??



Atau ini???

Yang pasti, salah satu daripada 3 keping gambar ni akan menghiasi muka hadapan kad undangan perkahwinan kami nanti. Kalau nak tahu, kena tunggu final draft nanti....

Adios..

Selamat Tinggal, Ramadhan

Aiikkkk...Syawal belum datang lagi dah say babai kat Ramadhan?? Apa ke peliknya?? Haha..

Takdelah, saje je nak buat gempak.. Setiap tahun, apabila Ramadhan semakin meninggalkan aku,aku akan rasa sayu sebab tak pasti adakah panjang usia aku untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya. InsyaAllah, doakan panjang usiaku. Amin....

Aku sebenarnya nak mengucapkan babai kepada Ramadhan yang terakhir yang aku sambut sebagai single ladies. Ahaks...Sejak tinggal sendirian di Kota Metropolitan KL ni, adalah dekat nak masuk 4 tahun, bersahur sendiri, berbuka pun sendiri...ish..ish...siannya.. Tapi, taklah sendirian. Macam tahun ni, kebanyakan hari aku berbuka bersama Mr Fiance. Hampir setiap hari lah rasanya. Cuma bersahur jelah sendiri, ditemani oleh si Tongga yang selalu kejutkan aku pagi2. Haha...Sifu & Tongga, bergabung... meletops...hahaha...

Setelah bergelar seorang isteri kelak, kalau dipanjangkan usia, aku akan berbuka puasa serta bersahur dengan suami di rumah..Takdelah sorang2 lagi..Mana lah tahu, murah rezeki Allah beri, ada baby pulak, sambut la sebagai seorang ibu jugak...Amin...

Rutin harian mesti akan berubah punya...Yelah, selalu solo je, tak lama lagi dah ada suami. Kalau selalu tak makan pun takpe, bila da ada suami, kena masak untuk suami. Nasibla Mr Fiance a.k.a My soon-to-be-hubby aku ni tak cerewet. Dan dia faham kami sama2 bekerja dan kebanyakan masa berada di pejabat. Bila hari bekerja,masing2 dah makan kat office, malam da tak payah makan heavy. Setakat berdua je, kalau masak pun bukan banyak. Nanti membazir pulak.

Untuk sesetengah orang, terutamanya anak gadis, saat menjadi seorang isteri mesti sangat mendebarkan walaupun dalam hati gembira (sapa yang tak happy nak kawen?). Yelah, sebelum ni dijaga mak ayah, ada yang hidup sendiri, tetiba ada lelaki lak dalam umah kita, tido sekatil sebantal ngan kita. Perasaan tu jadi lain. Memang...masa akan memberikan kita ruang untuk serasi dengan pasangan, lebih2 bila da hidup sebumbung..janjinya, kita lah nak berusaha dan 'membuka' diri kita untuk pasangan lebih mengenali. Tak leh jugak malu2 sangat,kan? Nanti pelik lak hubby kita tengok kita ni macam takut ngan suami sendiri.

Dari segi mental dan fizikal, InsyaAllah, aku dah lama bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri serta ibu. Cabaran pasti ada. Tapi, dengan berkat sokongan suami serta keluarga, InsyaAllah, aku mampu lakukan yang terbaik. Apa yang pasti, hari bersejarah tu nanti, mesti papa aku menangis dalam hati sebab aku ni anak kesayangan dia yang paling manja dan rapat ngan dia sejak kecik. Mesti dia sedih melepaskan anak manja dia ni. Bila da jadi isteri, dia mesti rasa aku tak leh manja2 ngan dia seperti zaman bujang...Mama aku tak yah cerita la...confirm akan nangis nyer...aku masuk asrama dulu pun menangis beria2 macam da takkan jumpa lagi da...ish...ish...seorang ibu macam tu la...ni lah anak yang dok bawah ketiak diorang sentiasa, tetiba berjauhan lak..mesti lah terasa..

Apa yang pasti, walaupun berdebar menunggu saat diijab kabulkan, aku tetap memanjatkan kesyukuran ke hadratNya kerana dikurniakan mama dan papa yang sangat menyayangi aku serta banyak memberi nasihat, teguran serta sokongan sepanjang 27 tahun aku bersama mereka. Rasa lega sebab tanggungjawab mereka menjaga aku tak lama lagi akan beralih ke tangan si suami.

Walaupun da hampir 8 tahun hidup berjauhan (4 tahun di uni dan 4 tahun di KL), namun pandangan serta nasihat mereka masih aku perlukan dalam banyak perkara. Sms, call, email dan FB menjadi medium komunikasi. Dalam setahun pun, selalunya 2-3 kali juga berjumpa sebab parents aku selalu ke KL. Bila ke sini mestilah nak jumpa 'gegirl' diorang ni. Cuma,aku lebih kerap jumpa papa daripada mama sebab papa selalu ada urusan kerja kat KL ni. Akulah yang kerap jadi driver, bawak dia gi makan everytime dia outstation. Nak harap aku balik ke Kuching, setahun sekali jelah. Bukan boleh cuti lama. Apa yang pasti, lepas menjadi isteri, aku tetap akan meluangkan masa untuk mereka, tapi kali ni, aku bawa bersama suami tercinta. My soon-to-be-hubby pun faham, mama dan papa ada 2 orang anak je. Dua2 dah kawin, mestilah diorang rasa sunyi. Jadinya, kalau ada kelapangan, aku pasti bersama mereka. Thanks, Mr Fiance kerana sangat memahami.

Apapun, Ramadhan hanya tinggal 5 hari sebelum Syawal menjengah. InsyaAllah, panjang umur, bertemulah Ramadhan akan datang dengan status baru...Amin.....

77

Tinggal lagi 77 hari lagi status aku akan bertukar (InsyaAllah).

Apa lagi yang belum buat?? Baju nikah belum tempah, kad kawin pun belum tempah. Gila tak ktorang ni. Orang lain tu 3,4 bulan da tempah baju n kad. Haha...

Lepas raya ni baru nak gi buat semua tu. Perkara2 lain macam wedding planner dan perkara2 berkaitan majlis da selesai. Cuma katerer untuk kedua2 majlis akan dibincangkan selepas Raya jugak. Barang2 hantaran da mula dibeli sikit2. Lepas Raya nak ke Nilai 3 untuk beli apa yang patut. Aku sangat teruja nak ke sana untuk membeli bekas hantaran sebab niat aku adalah untuk menggubah sendiri gubahan untuk pihak lelaki serta mas kahwin dan duit hantaran aku nanti.

Pegi sana nanti, bolehlah beli terus rebennya, bunga2nya dan segala perkara yang diperlukan untuk menggubah hantaran. Rasanya selain daripada dapat jimat duit, aku dapatlah kepuasan menggubah hantaran sendiri. First time nak buat ni. Tapi, takpe. If anything goes wrong, aku da ada backup. Haha...macam tak konfiden je bunyinya..

Itu jelah nak update..sajer2 je...haha...

Radio Malaysia kita

Hot fm, Radio Era, Suria fm, Sinar fm, Muzik fm, Minnal fm, Ai fm, Fly fm, Hitz.fm, Redfm.

Dinamakan beberapa stesen radio tempatan kita. Tak kisahlah yang berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin atau Tamil sekalipun, semuanya ada peminat masing2.

Kebiasaannya di pagi hari, on the way nak ke office, aku akan melayan siaran Hitz.fm (yang dikendalikan oleh DJ JJ & Ean). Lagu2 Inggeris terkini, InsyaAllah aku tahu. Balik ke rumah pun siaran itu juga didengari, tetapi kadangkala tukar2 ke siaran lain secara tak menentu. Ikut halwa telinga la nak mendengar lagu apa.

Dahulu, aku peminat no.1 Hot fm, terutama rancangan paginya yang dikendalikan oleh Fafau & FBI. Namun, semenjak dah bertambah kepada AG dan Usop, aku merasakan, Hot fm kini dah banyak bersembang daripada memutarkan lagu (this is my personal opinion only,k..). Bila makin ramai, memanglah makin riuh dan banyak sembang kelakar, tapi aku mendengar radio untuk mendengar lagu2 berkumandang, tidaklah nak mendengar celoteh banyak sangat. Kalau nak dengar sembang2, baik bukak program bual bicara je. Kerana itu jugalah aku beralih kepada siaran lain.

Menghampiri Syawal ni, ramai yang suka melayan lagu2 raya. Tidak terkecuali AKU. Kalau nak dengar lagu2 raya, kenalah mendengar radio2 berbahasa Melayu seperti Hot fm, Era, Sinar fm atau Muzik fm (just to name a few). Tapi, aku enjoy sangat mendengar Muzik fm. Dari aku zaman sekolah rendah hingga menengah, stesen radio ini yang dulunya dikenali dengan nama Radio Muzik, memang menjadi pilihan aku. Dulu, dengar kat radio kaset je dalam bilik lepas balik sekolah. Bila malam melayan permintaan lagu2 menerusi Pilihan Bersama, waktu tu, permintaan yang akan disiarkan lagunya akan dipaparkan dalam suratkhabar Utusan Malaysia setiap hari. So, nak pastikan lagu apa yang akan keudara dari pukul 9pm-12am,aku selak la suratkhabar dulu.

Rancangan pagi kini dikendalikan oleh DJ Muaz. Bila sorang2, tak la banyak sangat celoteh dan lebih banyak lagu diputarkan. Apa yang best tentang Muzik fm, lagu2 yang diputarkan sangat retro. Lagu Melayu, Inggeris dan Indonesia daripada zaman 70an,80an dan 90an, selalu diputarkan. Bolehlah mengimbau kembali zaman2 budak sekolah dulu, yang suka melayan boy band macam Backstreet Boys, Westlife, N'Sync, New Boyz, kumpulan Mega, Search, Spoon, Ukays dan banyak lagilah. Kadang2 tu lagu hindustan pun berkumandang. I like...!!!!!

Sempena menyambut Syawal ni, aku pun makin kerapla melayan Muzik fm, bukan saja kerana nak dengar lagu Raya, tapi juga memberikan aku peluang mengimbau nostalgia lagu2 yang dulunya sangat popular dan selalu meniti di bibir aku.

Saluran mana yang kita dengari sekalipun, pokok pangkalnya terpulang pada cita rasa masing2. Ada yang suka dengar celoteh, ada yang suka dengar drama radio, ada yang suka lagu2 klasik (mcm parents aku yang gilakan Klasik Nasional sampai aku pun terikut menyanyi gak kadang2), ada yang suka lagu2 Inggeris je, ada yang suka lagu Hindustan....so, kesimpulannya, buatlah pilihan sendiri.

Macam aku, mana radio yang putarkan lagu2 yang aku suka nak dengar, aku layan, dan ikut menyanyi jugak. Melalaklah Cik Syikin ni sorang2 dalam Cik Vi-nya...haha...

Adios...

Wednesday, August 24, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Sapa kata aku tak boleh berpuasa??

Alhamdulillah, dah masuk hari ke 24 kita berpuasa. Kurang seminggu lagi, InsyaAllah kita akan menyambut Syawal. Mesti semua sangat excited nak menyambut lebaran. Tahun ni adalah tahun pertama aku akan menyambut lebaran bersama Mr Fiance and my soon-to-be family members. Ni lah gaya orang tak mau balik raya kat kampung sendiri. 'Terpaksa' menumpang beraya kat kampung orang.. Hehe..takdelah sampai gitu. Cuma, raya kali ni parents aku beraya di Kuching dan disebabkan aku nak menguruskan sedikit urusan perkahwinan disamping 'malas' nak kuar bajet air flite ke Kuching, makanya aku beraya la kat sini je. Dan kerana itulah Mr Fiance meng'offer' aku beraya ngan family nyer sbb family dia pun macam excited je nak aku bersama mereka di pagi Syawal.

Kenapa aku tak boleh berpuasa????

Haaa...mesti ada yang tertanya2. Tapi, untuk kaum Hawa macam aku ni, rasanya orang pun tak heran kalau aku tak berpuasa kerana ada sebabnya.. Tapi, ni bukan kerana 'hal' tu..

Selalunya, alasan paling utama kenapa orang tak berpuasa (tak kira la perempuan atau lelaki) adalah gastrik. Sebelum posa, mesti klinik2 dah penuh ngan orang2 yang macam ni sebab nakkan MC la dan alasan untuk tidak berpuasa.

Nak dijadikan cerita, tahun ni adalah tahun pertama aku berpuasa setelah didiagnos dengan gastrik (bila sebut diagnos tu macam penyakit besar je)... Aku ni jenis time makan tak teratur. Suka skip meals time. Ikut suka2 la, nak makan breakfast ke tak, kadang2 lunch pun skip, tetiba dinner je makan. Walaupun sebab aku tak makan tu bukan kerana diet tapi sebab aku tak lapar, doktor kata aku kena makan jugak walaupun sekadar sekeping roti atau biskut.

Setelah tanda2 dikenalpasti, maka termaktubla bahawa aku ada gastrik. Nak tak nak, jadual pemakanan aku kena kembali seperti dulu kala, paling tak pun, pagi kena makan, lunch kena heavy sikit if aku tak nak makan berat pada waktu malam (lagipun tak elok makan berat masa malam, buat tambah berat jugak ler). Malam boleh sekadar makan biskut atau roti. Sekarang ni asal aku lambat isi perut mulalah angin dalam perut tu naik ke atas yang akhirnya menyebabkan pedih hulu hati. Dah bertambah 2 penyakit kat situ.

Untuk bulan Ramadhan ni, walaupun aku lone ranger kat rumah, aku tetap kena bangun bersahur dan makan sedikit untuk mengalas perut, supaya ditengahari tidaklah perut aku diserang angin. Doktor akan memberikan ubat yang secukupnya dan perlulah mengambil ubat dengan tetap dan on time untuk mengelakkan kita diserang gastrik (jangan makan ubat time siang lak).

Selepas berbuka (makan kurma dan segelas air), aku pastikan aku amik ubat angin (kalau doktor tak bagi ubat, boleh amik Gaviscon yang didapati di farmasi-mujarab sangat). Selepas 10-15minit baru aku makan heavy (nasi ke, mee ke, apa2lah...). Sementara menuggu 15min tu aku bersolat Maghrib dulu (takdelah bosan sangat menunggu). Dan lepas dah 'mentekedarah' (hahaha...), makanlah ubat2 lain seperti arahan (jika ada).

So far, selepas 23 hari berpuasa, Alhamdulillah, walaupun kadang2 angin tu datang, gastrik melanda, tapi takdelah sampai aku kena pecah puasa kerananya. Janji kita jaga pemakanan dan makan ubat on time.

So, sapa kata orang yang ada gastrik tak boleh puasa????

Pokok pangkalnya, bukan tak boleh berpuasa, boleh je..cuma orang2 ni TAK NAK berpuasa. Kalau ada yang extreme tu aku tak tau la,kan..Tapi, doktor mesti akan bagi ubat yang bersesuaian supaya kita sebagai umat Islam mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Tepuk dada tanya iman...

Assalamualaikum...
Monday, August 22, 2011 | By: Asyikin Ahmad

HIV Test

Nak cerita sikit pasal HIV test yang aku ambik ari tu with Mr Fiance.

Aku dan Mr Fiance buat HIV test kat Klinik Kesihatan KL (yang kat dalam HKL). Bukan apa, dekat ngan opis Mr Fiance, senang dia nak lari dari opis jap. Klau nak buat kat sini, kena call untuk appointment dulu. Kalau tak silap, hari Rabu diorang tak buat HIV test. So, aku set la buat ari Selasa sebelum cuti Nuzul Al-Quran ari tu. Kata orang tu, petang tak ramai sangat orang. So, appointment kami pukul 2pm. Apa yang diperlukan masa nak buat appointment, hanyalah confirmkan tarikh dan masa, dan bagitaulah nama dan nombor IC kedua2nya (itupun kalau pergi ngan pasangan la).

Kami sampai b4 2pm.So, boleh la melepak dulu,hilangkan penat berjalan.Maklumlah, time posa. Jangan lupa untuk menunggu di hadapan Bilik 31 (B) untuk pendaftaran. Bila pintu pendaftaran da bukak, masuk dalam bilik tu dan tunjukkan kat pegawai bertugas, borang HIV yang disertakan bersama borang kahwin (jika ada). Macam borang kahwin Kedah takda disertakan dengan borang HIV, so pegawai kat sana akan bagi borang untuk diisi. Macam Mr Fiance, borang kawin untuk KL da disertakan dengan borang HIV. So, da tak payah isi lagi.

Lepas borang lengkap, mereka akan suruh kita mendaftar di kaunter pendaftaran hospital dan setiap seorang akan dikenakan bayaran RM1.00 dan diberikan no.giliran serta no.bilik doktor. So, kembalilah ke ruang menunggu B tadi dan tunggu no.giliran dipanggil. Masa 'berkualiti' ni lah yang digunakan aku dan Mr Fiance untuk bersembang tentang banyak perkara. Kira macam catching up latest story la about each other. Macam bertahun je tak jumpa, sedangkan time posa ni tiap2 hari jumpa untuk berbuka..haha..

Bila no.giliran da dipanggil,kita akan masuk ke dalam bilik yang da ditentukan. Nurse akan tengok borang dan tanya satu dua soalan tentang HIV. Pandai2lah korang jawab. Pastu dia suruh kita pegi balik kat Bilik 31 tadi untuk ujian HIV.

Masa nilah pegawai kesihatan akan buat ujian, cucuk hujung jari sikit je.Tapi, sakit jugakla kejap. Pastu darah akan dititiskan ke dalam alat yang lebih kurang macam pregnancy test kit tu..Tunggu beberapa minit untuk keputusan. Kalau keluar satu jalur, maknanya -ve (atau 'clear'). Kalau dua jalur, maknanya +ve (atau 'trace'). Itu tandanya disyaki HIV la tu. Tapi, alhamdulillah, aku dan Mr Fiance dua2nya -ve.

Selepas keputusan diperolehi, pegawai kesihatan tu akan tulis dalam borang dan kita kena bawak pegi jumpa doktor kat bilik check-up tadi untuk disahkan.

Itulah saja prosedur untuk ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan KL. Pada aku, mereka sangat efisien dan peramah. Daripada kami mendaftar, sampailah kepada masa ujian, semua tanya macam2 pasal perkahwinan kami. Diorang pulak yang excited. Dalam tempoh kurang sejam, semua proses lengkap dan kami dah boleh balik..

So,kepada pasangan yang nak jalani ujian saringan HIV yang berdekatan dengan kawasan anda, dinasihatkan call dulu Klinik Kesihatan tu. Ada tempat yang kena buat appointment, ada tempat yang boleh walk in, ada tempat yang ada kuota pulak tu. Kalau satu hari cuma terima 5 pasangan je. Depends la..so better call untuk clarify..

Good luck..
Monday, August 15, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Persiapan: Pre-Wed Photoshoot

Sabtu lalu (13 Aug 2011), aku dan Mr Fiance ke Ipoh untuk mengambil gambar pre-wed kami. Sepatutnya kami berada di sana pada pukul 10am, tapi disebabkan masalah dengan tayar kereta aku semasa sampai di sana, kami lewat dalam sejam. Bukannya apa, kalau lewat start, lewat la habis. Cuaca pulak sangat cerah pagi tu, takut la pulak lewat2 nanti hujan ke, akan mengganggu sesi outdoor nanti.

Setibanya di De Anggun, kami memulakan sesi fitting baju. Jenuh gak la mencuba banyak baju yang sesuai dengan aku. Ada yang muat, aku tak berkenan color and design. Yang aku suka, tak leh nak kancing bahagian korset pulak. Tapi, nasibla ada yang boleh dibesarkan sikit bahagian belakangnya. So, final outfit untuk photoshoot adalah sepasang songket, sepasang gaun & kot dan 2 pasang jubah.

Selepas selesai diorang packing baju2 dan juga aksesori berkaitan, kami bertolak ke Focus Bride Studio yang terletak dekat2 ngan Jusco Kinta City, Ipoh. Taklah jauh sangat dari Greentown. Plan awalnya, kami akan shoot outdoor dulu sebab cuaca cerah. Lokasinya adalah di Gunung Lang, Ipoh. Sangat cantik pemandangannya. Ada gunung dan tasik. Semasa aku sedang disolek, rupa2nya hujan turun dengan lebat yang menyebabkan kami terpaksa shoot indoor dulu.

Kami bermula dengan persalinan songket berwarna putih. Untuk songket, aku decide tak nak bertudung, supaya rambut boleh digubah sanggul seperti orang dulu2. Mr Fiance pun nampak segak ngan tanjak ngan kerisnya. Mcm pahlawan Melayu dulu kala pulak. Siap pakai kasut kaler putih lagi. Photographer yang shoot kami pulak sangat sporting and very directive. Dia banyak bagi arahan tentang posisi yang dinginkan agar gambar nampak cantik.

Selepas songket, 2 jubah menyusul lepas tu dan aku memilih untuk memakai tudung kerana gambar bertudung ni akan dimasukkan ke dalam kad undangan perkahwinan kami kelak. Untuk jubah yang pertama, Mr Fiance mengenakan baju melayu (aku pun sebenarnya tak pasti apa nama baju tu-tapi rupanya sama seperti baju bersanding adik aku dulu). Untuk jubah yang kedua, dia mengenakan kot putih. Memang sangat smart. Tapi, Mr Fiance disuruh untuk tidak bercermin mata masa photoshoot kerana flash akan terpancar di cermin matanya dan akan mencacatkan gambar. So, tak taulah mcm mana wajahnya nanti tanpa cermin mata. Satu lagi masalahnya, matanya sangat sepet bila tak pakai cermin mata. Asal photographer tekan je button kamera dia, time tu lah mata dia jadi kecik. Macam nak tertutup. Dan setiap kali pun aku akan pesan kat dia untuk besarkan matanya semasa kiraan dibuat. Tapi, adakalanya terlebih besar macam terjegil pulak biji mata tu. Haha...abg..abg...mcm2 aksinya...

Jam dah menunjukkan pukul 5 semasa kami nak keluar untuk sesi outdoor. Disebabkan masih hujan diluar, kami decide untuk tukar lokasi photoshoot ke Stesen Keretapi Ipoh sebab ianya diadakan dalam bangunan. Kalau tak nak, kami terpaksa pilih indoor which I don't like sebab kami da pilih nak outdoor session, so nak tak nak, kena buat jugak. Nak masuk dalam kereta pun sangat challenging dalam hujan lebat. Dahlah aku pakai gaun labuh. So, kenalah angkat hujung gaun dan lari masuk Cik Vi ku yang comel. Dengan korset yang ketat serta gaun yang labuh, dan kereta yang kecil, tak lah selesa sangat nak duduk. Nasib baiklah lokasinya dekat sahaja.

Sesampainya di sana, aku turun dengan 2 orang photographer kami sementara Mr Fiance park kereta. Aku turun je pun dah menjadi perhatian orang2 kat sana, sebab pelikla kan, dengan aku pakai gaun kat stesen keratapi pulak tu. Mcm runaway bride pun ada. Sementara menunggu photographer mendapatkan lighting yang sesuai, aku terpaksa menahan post sebentar.Waktu ni la aku menjadi perhatian orang. Nasiblah time macam tu tak ramai orang sangat. Kalau tak mesti aku naik segan. Bila Mr Fiance da sampai, takdelah segan da sebab da ada teman...Selepas bergambar seketika kat luar, kami masuk ke platform pulak. Masa lalu kat tempat menunggu tu pun orang pandang kami semacam je...

Masa kat platform tu, aku rasa comfortable sikit sebab takde orang. Jadi, takdelah yang memandang sangat. Dapatlah buat pose dengan selesa, sama seperti masa kami kat dalam studio. Tapi rasa seronok sangat dapat amik gambar berlatar belakangkan stesen keretapi. Rasa klasik je. Nasib baik takde keretapi. Kalau ada, nak je naik..hehe...

Masa kami balik ke studio untuk tukar baju, jam da pukul 7pm. Da nak dekat berbuka da. Nak pegi Jusco pun tak sempat. Nak cari parking lagi, nak berjalan cari food court lagi. Silap hari bulan, berbuka sambil berjalan la jawabnya. Akhirnya, Mr Fiance ajak makan kat Pizza Hut kat sebelah studio tu je. Taklah jauh sangat, tapi risau lak penuh. Kami pun gamble jelah..kalau ada tempat, adalah...dengan hanya 5-10 minit lagi nak berbuka, kami akhirnya dapat duduk dengan selesa sambil menuggu makanan datang.

Alhamdulillah,segala photoshoot berjalan dengan lancar walaupun hari hujan. Sekarang ni menunggu hasilnya je. Kami sampai di KL pun da 11pm lebih. Hujan disepanjang jalan membuatkan kami rilek2 jelah pulang, malas nak rushing. Mata pulak da mengantuk. Memang rasa lega sangat dapat sampai di rumah. Orang kata 'home sweet home'. Makeup pulak berjam nak ditanggalkan (aku melebih2 je sebenarnya, 20min da bersih da muka), rambut pun da macam kena renjatan letrik;kusut masai. Dapat mandi n bersihkan diri memang nikmat.

This week, mungkin aku akan dapat beberapa keping soft copy gambar aku tu. Hopefully dapat masukkan ke dalam blog ni nanti untuk tatapan semua.

Can't wait for the final product...

Persiapan: Wedding Planner

Seminggu yang lepas, aku dan Mr Fiance pulang ke kampungnya untuk berbincang dengan wedding planner masing2 berkenaan hal majlis kami. Kami masing2 nak adakan majlis yang kecil dan sederhana sahaja untuk sedara mara dan rakan2 terdekat. Bukan apa, biar kecil asalkan meriah. Sambil tu, boleh juga jimat belanja.

Antara yang dibincangkan adalah berkenaan tema/warna, pelamin, baju persandingan, solekan, bilik tidur, khemah dan meja makan beradab. Selepas raya nanti mungkin nak ubah beberapa perkara yang berkaitan sebab keluarga Hairy perlu berbincang dengan sedara maranya di Pendang dahulu tentang majlis yang bakal berlangsung di sebelah pihaknya.

Untuk majlis aku, baju persandingan ditempah baru kerana lebih sesuai dengan tubuh dan ketinggian aku, pelamin, solekan serta bilik tidur juga telah dibincangkan. Catering akan dibincangkan oleh kedua ibu bapaku kelak bila mereka balik kampung lepas Raya nanti.

Untuk hantaran, adik Hairy volunteer nak gubahkan hantaran untuk pihak perempuan. Kami just provide bekas dan segala barang yang berkaitan je. Untuk hantaran pihak lelaki, rasanya mungkin aku buat sendiri kot. Teringin juga rasanya nak gubah sendiri sambil2 belajar. Aku nak mulakan sekarang sebab taknak stress ngan benda2 mcm ni. In case kalau ianya tak jadi seperti yang dihajati, aku masih ada masa untuk perbetulkan atau hantar ke kedai je..

Rasanya tu jelah yang nak diupdate tentang wedding planner kami. Perbincangan da diadakan..so just tunggu dan lihat jelah final product nya kelak..

Adios..

Persiapan: Borang Kahwin

15 Ogos 2011 - Dah lama sebenarnya aku nak update blog ni, cuma 'kemalasan' melanda sekali sekala dengan adanya sedikit kerja nak diuruskan di pejabat membuatkan aku menangguh dulu hasil tulisan aku ni. Di kesempatan ni, aku nak kongsi sedikit hal ehwal persiapan majlis perkahwinan aku yang bermula dengan borang. Juga nak ku kongsi prosedur-prosedur yang perlu bakal pengantin lalui bagi memudahkan urusan pengisian borang perkahwinan kelak.

Untuk bakal pengantin lelaki (Untuk kes aku: asal Perak, mastautin KL)
  1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin luar daerah daripada JAWI (nak senang download je daripada laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan). Printkan juga borang akuan mastautin dan borang ujian HIV.
  2. Dapatkan pengesahan akuan bujang daripada majikan.
  3. Isikan borang selengkapnya (borang akuan mastatutin dan jalani ujian HIV).
  4. Jumpa imam kariah dan PPN (penolong pendaftar nikah) untuk mengesahkan serta menandatangani semua borang anda yang telah lengkap (kena pastikan ada salinan IC, sijil kursus pra perkahwinan, keputusan ujian HIV dan 2 keping gambar size pasport dengan bersongkok).
  5. Kembalikan borang ke pejabat JAWI untuk dikeluarkan borang kebenaran berkahwin (kena bayar RM5 untuk bernikah di luar KL dan RM10 untuk bernikah di KL-kalau tak silap).
  6. Kebenaran yang diperolehi akan diserahkan kepada bakal pengantin perempuan.
* Untuk yang mengambil borang di Selangor (JAIS) bagi yang menetap di Selangor, 2 orang saksi perlu dibawa kehadapan PPN untuk pengesahan.

Untuk bakal pengantin perempuan (Untuk kes aku: asal Kedah, mastautin Selangor, alamat IC Kuching)
  1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Daerah (dalam kes aku, aku ambik di Daerah Baling, Kedah-dengan bantuan Pak Long aku)
  2. Untuk kes seperti aku yang merupakan anak kariah Kupang, namun alamat IC dan mastautin berbeza, Borang Pengesahan Anak Kariah akan diberikan di mana aku sekadar mengisi nama dan alamat IC. PPN yang akan sign borang aku tu kelak memang da kenal aku dan keluarga sejak azali lagi, jadinya takde masalah la nak confirmkan yang aku ni memang anak kariah. (Kesimpulannya: aku da tak payah tukar alamat IC aku kepada alamat Kedah-lega...)
  3. Borang Kebenaran Berkahwin diisi oleh kedua-dua bakal pengantin.
  4. Borang yang telah lengkap (termasuk salinan IC, salinan sijil kursus pra-perkahwinan, sijil nikah ibu bapa bagi anak perempuan sulong, salinan keputusan HIV dan 2 keping gambar bertudung size pasport serta surat kebenaran berkahwin luar daerah daripada bakal pengantin lelaki) diserahkan kepada PPN untuk pengesahan.
  5. PPN akan submit borang tersebut ke Pejabat Agama Daerah Baling untuk mendapatkan kebenaran.
* Untuk yang mengambil borang negeri Selangor, 2 orang saksi dan wali perlu hadir di hadapan PPN untuk pengesahan. Bagi borang negeri Kedah, saksi-saksi hanya perlu hadir pada hari nikah dan mengisi maklumat mereka pada hari tersebut sahaja.

Sekarang ni, aku hanya menunggu hari untuk ujian HIV dijalankan dan urusan pengesahan borang da boleh dilakukan oleh Mr Fiance. Untuk bahagian aku, aku hanya akan submit borang selepas Hari Raya kelak, sebab aku akan balik ke kampung untuk menghadiri kenduri sepupu aku. Lagipun, ustaz yang akan menikahkan aku pun jiran kami je, memang kenalan..so, takde masalah la. InsyaAllah...