Tuesday, February 1, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Selamat Menyambut Tahun Arnab

3hb ni kaum Cina akan menyambut permulaan Tahun Baru Cina (tahun ni tahun arnab-not me). Untuk warga Malaysia yang lainnya, enjoyla bercuti panjang. Kota Metropolitan Kuala Lumpur dah mula lengang lebih2 lagi hari ni adalah sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Aku pun nak mengambil kesempatan cuti panjang ni nak ke utara untuk mencari kedai gubahan hantaran untuk abg tercinta. Hari minggu lepas, kami bershopping sakan untuk barang2 hantaran. Ala,coklat n cookies je pun. Tapi, jadi lama tu sebab rambang mata cos banyak pilihan n harga murah sempena CNY dan Valentine yang bakal tiba. Baju2 untuk kenduri adik aku pun aku dah ambik kat tailor aku di Kpg Baru. Tak sabar pulak nak pakai nanti.

Sejak pindah ke pejabat baru ni, belum ada kerja lagi nak dibuat. Lagipun, mood cuti da datang. Aku pun macam tak berapa nak sihat cos building is still under construction. Habuk masih beterbangan sana sini. Asyik bersin tak henti2.Cuti panjang ni harap boleh recover. Dan hopefully, next week bila dah masuk ofis balik, keadaan persekitaran dah bertambah baik.

Majlis pertunangan aku pulak tinggal sebulan saja lagi. Adik aku pun dah mula nak mengedarkan kad kahwin dia. Aku pun nanti nak pegi rumah sedara mara aku kat area KL/Selangor untuk pass kad dia. Setakat persiapan majlis aku, so far semua ok. Yang mana perlu deposit or payment, semua dah settle. Cuma perlu remind them je prior to the event. Bila makin rasa bahagia ni makin risau gak aku. Badan makin naik..hehe..Selera makan bertambah pulak. Aku ada less than one month je untuk kuruskan badan ni. Takut ada masalah nak fit ke dalam baju tunang. Aiyokkk....risaunya...kena control makan giler2 ni...

Kepada semua rakyat Malaysia, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina especially those who celebrated it. Esok, aku keje half day je. Big boss cakap macam tu. Bestnya... Nak balik n kemas barang untuk my road trip. So, selamat bercuti semua. See u after CNY...

0 comments:

Post a Comment