Friday, February 18, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Stressed Out..???

Salam 1Malaysia...

Sejak Ahad yang lepas, tahap kesihatan aku ada sedikit merosot. Mungkin sebab meluangkan masa 'outdoor' masa malam, lepas hujan pulak tu (sapa suruh,kan?)...so demam la akibatnya... Apa nak buat, ada photoshoot malam tu.

Hari Isnin, aku dah rasa x best je. Pegi keje, beribu kali asyik bersin. Mata merah, hidung merah (mcm clown), kepala da pening. Alhamdulillah, nasib baik Selasa tu cuti. Leh la rehat kat rumah. Rupa2nya, tak jugak surut. Terpaksa take another extra day rest at home.

Khamis, masa masuk keje, tahap kesihatan dah bertambah baik walaupun sedikit pening kepala. Mungkin kurang tido sebab aku ni mudah sangat terjaga dari tido. Pastu, susah nak tido balik...huhu... ciannya aku.. Bila la nak ada org tolong dodoikan...hehehe...(gatalnya aku)..

So, kesimpulannya, aku sedikit stress dengan tahap kesihatan aku. Lebih memeningkan apabila keadaan office baru aku ni masih dalam construction (belum lengkap sepenuhnya). Terkadang bau cat, bunyi orang drilling dan mengetuk sana sini...semuanya sangat mengganggu kepala aku ni..

InsyaAllah, dengan makan ubat dan rehat yang secukupnya, keadaan aku harapnya bertambah baik kerana Mac adalah bulan terpenting untuk aku. So, kena pastikan aku punya banyak tenaga untuk menguruskan hari2 aku kelak.

Harap dapat tulis entri tentang photoshoot aku ari tu dan hopefully dapat masukkan few photos from the shoot untuk tatapan semua. Soon...I'll do that...

Till then, Adios..!!!

0 comments:

Post a Comment