Akhirnya, entri yang aku tunggu2 dapat juga dikarang. Aku dan Abg Hairyku, azalinya kami ni suka bergambar. Cuma Hairy je tak berapa pandai nak posing. Sepanjang kami bersama, bila ada gambar kami bersama, selalunya gambar yang kami sendiri ambil. So, shot yang dapat pun, paras muka jelah. Apabila membelek2 laman FB aku, terbaca la satu iklan daripada seorang photographer yang merupakan kenalan kepada sahabat lama aku. Photographer ni, si kecil molek, Cik Ashikin Abdullah (nama pun sama), mengiklankan promosi photoshoot yang beliau adakan untuk pasangan kat luar sana sempena Hari Kekasih. Aku dan Hairy bukanlah jenis yang celebrate Hari Kekasih, sekadar mengambil kesempatan di atas promotion yang dijalankan. Selepas berdiskusi dengan abg tercinta, dia pun bersetuju dan aku pun booking la sesi bersama Ashikin. Teringin nak mengabadikan gambar kami bersama, diambil pula oleh photographer professional...
Selepas berbincang tentang tema dan konsep penggambaran, aku dan Hairy mula merancang tentang pakaian yang akan dipakai. Mulanya nak beli kaler pink. Tapi, since Hairy cerewet sikit memilih pakaiannya, kami memilih warna merah sebagai tema, apatah lagi kami dah berjumpa dengan pakaian sedondon yang kami suka sangat2. Tak lengkap kiranya hari istimewa tu tanpa makeup dan dandanan rambut. Mulanya, dengan cadangan oleh Ashikin, aku dapatlah contact seorang makeup artist (MUA) untuk menyerikan lagi wajah aku pada hari photoshoot kelak. Malangnya, pada malam sebelum photoshoot tu, MUA aku diadmit ke hospital kerana sakit tonsil. Kesian MUA aku. Baru nak merasa hasil karyanya.
Dengan bantuan Ashikin, aku dapatkan khidmat MUA yang baru, Kak AnnaSha, rumahnya di Puchong. Sangat ramah orangnya. Ni hasil tangannya, makeup dan dandanan rambut.
Sebelum disolek dan didandan (courtesy of: annasha blog) |
Wajahku selepas disolek dan didandan |
Bukan saja aku, malah Hairy juga berpuas hati dengan hasil tangan Kak Anna. Ternyata aku nampak lain dari hari kebiasaan. Aku ni jarang nak bermakeup. Ada occassion jelah baru nak menyolek, itupun diri sendiri je yang buat. Thanks, Kak Anna... Sementara aku disolek, Hairy melayan anak Kak Anna, Omel dengan keletahnya yang menghiburkan. Hairy suka melayan budak2. Nasibla dia tak boring menunggu aku.. Thanks, syg... Selepas hampir 2 jam disolek dan didandan, aku dan Hairy pun bertolak ke Putrajaya, lokasi photoshoot kami.
Antara gambar terawal dirakamkan (trial shot) |
Pose favourite aku dan Hairy. Sangat sweet. |
Apa jelah 'ayat-ayat cinta' Hairy ni...? |
Group photo with Ashikin Abdullah |
Kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan khidmat MUA aku, bolehlah hubungi AnnaSha di http://www.annashahana.blogspot.com/ atau www.facebook.com/annasha. Bagi yang memerlukan khidmat professional photographer untuk sebarang majlis istimewa anda, bolehlah menghubungi Ashikin Abdullah di http://www.ashikinabdullah.com/ atau www.facebook.com/ashikinabdullahII.
Promosi sikit untuk kedua2 individu yang istimewa ni...hehe...
Till then, adios...
2 comments:
you're very sweet Syikin. muax :-*
i had so much fun photoshooting you guys. hope we can have another session together ( babies photoshoot ke.. families ke.. )
x sabar nak ada baby...sebelum amik gambar ngan 'baby' nak amik masa pregnant dulu... kenangan bsama 'unborn' baby..
Post a Comment