Saturday, February 12, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Photo Shoot

Alhamdulillah...persiapan untuk majlis pertunangan aku berjalan dengan lancar. Sekadar menunggu hari kejadiannya sahaja. Di samping sibuk dengan urusan majlis bertunang ni, aku dan Hairy juga sedang rancak menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung 4 bulan lagi. Semuanya harus diuruskan serentak kerana masa cepat je berlalu...

Sudah tentu majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa 'pre-wed' photo shoot yang selalunya akan menaikkan lagi mood perkahwinan. Sehingga ke hari ini, kami telah ada 2 sesi studio and 2 sesi outdoor photo shoot. Rasanya tak ramai bakal pengantin yang ada banyak sesi bergambar macam tu. Itu tak termasuk 2 lagi sesi outdoor selapas majlis persandingan kelak..

Aku rasa tak sabar nak memulakan proses shooting ni. Posing sakan la aku dan Hairy nanti. Kami ni suka bergambar, tapi selalunya ambil gambar sendiri2 je. Sekarang ni nak la merasa mereka yang pro mengambil gambar kami nanti. Can't wait for the day...

My sessions:-

1) 13 Feb. 2011 (Sunday). Location: Around Putrajaya. Photographer: Ashikin Abdullah
     www.facebook.com/ashikinabdullahII dan http://www.ashikinabdullah.com/

2) 6 April 2011 (Wed). Location (studio)-Ukay Perdana, (outdoor) KLCC and KL area. Photographer:  Roland Hashim http://www.rolandhashim.com/

3) 2 May 2011 (Monday). Location: D'Anggun Studio, Ipoh. Photographer: D'Anggun Studio

0 comments:

Post a Comment