Thursday, August 25, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Sedikit untuk tatapan

Ni ada beberapa keping gambar dari photoshoot aku di Ipoh ari tu. Aku suruh photographer aku email beberapa keping sebab aku nak masukkan dalam kad kawin nanti. Ni kira sneak peak la ek. Nanti da dapat soft copy semua aku akan masukkan ke dalam FB aku.

Gambar mana menjadi pilihan? Adakah yang ini??



Atau yang ini kah??



Atau ini???

Yang pasti, salah satu daripada 3 keping gambar ni akan menghiasi muka hadapan kad undangan perkahwinan kami nanti. Kalau nak tahu, kena tunggu final draft nanti....

Adios..

Selamat Tinggal, Ramadhan

Aiikkkk...Syawal belum datang lagi dah say babai kat Ramadhan?? Apa ke peliknya?? Haha..

Takdelah, saje je nak buat gempak.. Setiap tahun, apabila Ramadhan semakin meninggalkan aku,aku akan rasa sayu sebab tak pasti adakah panjang usia aku untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya. InsyaAllah, doakan panjang usiaku. Amin....

Aku sebenarnya nak mengucapkan babai kepada Ramadhan yang terakhir yang aku sambut sebagai single ladies. Ahaks...Sejak tinggal sendirian di Kota Metropolitan KL ni, adalah dekat nak masuk 4 tahun, bersahur sendiri, berbuka pun sendiri...ish..ish...siannya.. Tapi, taklah sendirian. Macam tahun ni, kebanyakan hari aku berbuka bersama Mr Fiance. Hampir setiap hari lah rasanya. Cuma bersahur jelah sendiri, ditemani oleh si Tongga yang selalu kejutkan aku pagi2. Haha...Sifu & Tongga, bergabung... meletops...hahaha...

Setelah bergelar seorang isteri kelak, kalau dipanjangkan usia, aku akan berbuka puasa serta bersahur dengan suami di rumah..Takdelah sorang2 lagi..Mana lah tahu, murah rezeki Allah beri, ada baby pulak, sambut la sebagai seorang ibu jugak...Amin...

Rutin harian mesti akan berubah punya...Yelah, selalu solo je, tak lama lagi dah ada suami. Kalau selalu tak makan pun takpe, bila da ada suami, kena masak untuk suami. Nasibla Mr Fiance a.k.a My soon-to-be-hubby aku ni tak cerewet. Dan dia faham kami sama2 bekerja dan kebanyakan masa berada di pejabat. Bila hari bekerja,masing2 dah makan kat office, malam da tak payah makan heavy. Setakat berdua je, kalau masak pun bukan banyak. Nanti membazir pulak.

Untuk sesetengah orang, terutamanya anak gadis, saat menjadi seorang isteri mesti sangat mendebarkan walaupun dalam hati gembira (sapa yang tak happy nak kawen?). Yelah, sebelum ni dijaga mak ayah, ada yang hidup sendiri, tetiba ada lelaki lak dalam umah kita, tido sekatil sebantal ngan kita. Perasaan tu jadi lain. Memang...masa akan memberikan kita ruang untuk serasi dengan pasangan, lebih2 bila da hidup sebumbung..janjinya, kita lah nak berusaha dan 'membuka' diri kita untuk pasangan lebih mengenali. Tak leh jugak malu2 sangat,kan? Nanti pelik lak hubby kita tengok kita ni macam takut ngan suami sendiri.

Dari segi mental dan fizikal, InsyaAllah, aku dah lama bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri serta ibu. Cabaran pasti ada. Tapi, dengan berkat sokongan suami serta keluarga, InsyaAllah, aku mampu lakukan yang terbaik. Apa yang pasti, hari bersejarah tu nanti, mesti papa aku menangis dalam hati sebab aku ni anak kesayangan dia yang paling manja dan rapat ngan dia sejak kecik. Mesti dia sedih melepaskan anak manja dia ni. Bila da jadi isteri, dia mesti rasa aku tak leh manja2 ngan dia seperti zaman bujang...Mama aku tak yah cerita la...confirm akan nangis nyer...aku masuk asrama dulu pun menangis beria2 macam da takkan jumpa lagi da...ish...ish...seorang ibu macam tu la...ni lah anak yang dok bawah ketiak diorang sentiasa, tetiba berjauhan lak..mesti lah terasa..

Apa yang pasti, walaupun berdebar menunggu saat diijab kabulkan, aku tetap memanjatkan kesyukuran ke hadratNya kerana dikurniakan mama dan papa yang sangat menyayangi aku serta banyak memberi nasihat, teguran serta sokongan sepanjang 27 tahun aku bersama mereka. Rasa lega sebab tanggungjawab mereka menjaga aku tak lama lagi akan beralih ke tangan si suami.

Walaupun da hampir 8 tahun hidup berjauhan (4 tahun di uni dan 4 tahun di KL), namun pandangan serta nasihat mereka masih aku perlukan dalam banyak perkara. Sms, call, email dan FB menjadi medium komunikasi. Dalam setahun pun, selalunya 2-3 kali juga berjumpa sebab parents aku selalu ke KL. Bila ke sini mestilah nak jumpa 'gegirl' diorang ni. Cuma,aku lebih kerap jumpa papa daripada mama sebab papa selalu ada urusan kerja kat KL ni. Akulah yang kerap jadi driver, bawak dia gi makan everytime dia outstation. Nak harap aku balik ke Kuching, setahun sekali jelah. Bukan boleh cuti lama. Apa yang pasti, lepas menjadi isteri, aku tetap akan meluangkan masa untuk mereka, tapi kali ni, aku bawa bersama suami tercinta. My soon-to-be-hubby pun faham, mama dan papa ada 2 orang anak je. Dua2 dah kawin, mestilah diorang rasa sunyi. Jadinya, kalau ada kelapangan, aku pasti bersama mereka. Thanks, Mr Fiance kerana sangat memahami.

Apapun, Ramadhan hanya tinggal 5 hari sebelum Syawal menjengah. InsyaAllah, panjang umur, bertemulah Ramadhan akan datang dengan status baru...Amin.....

77

Tinggal lagi 77 hari lagi status aku akan bertukar (InsyaAllah).

Apa lagi yang belum buat?? Baju nikah belum tempah, kad kawin pun belum tempah. Gila tak ktorang ni. Orang lain tu 3,4 bulan da tempah baju n kad. Haha...

Lepas raya ni baru nak gi buat semua tu. Perkara2 lain macam wedding planner dan perkara2 berkaitan majlis da selesai. Cuma katerer untuk kedua2 majlis akan dibincangkan selepas Raya jugak. Barang2 hantaran da mula dibeli sikit2. Lepas Raya nak ke Nilai 3 untuk beli apa yang patut. Aku sangat teruja nak ke sana untuk membeli bekas hantaran sebab niat aku adalah untuk menggubah sendiri gubahan untuk pihak lelaki serta mas kahwin dan duit hantaran aku nanti.

Pegi sana nanti, bolehlah beli terus rebennya, bunga2nya dan segala perkara yang diperlukan untuk menggubah hantaran. Rasanya selain daripada dapat jimat duit, aku dapatlah kepuasan menggubah hantaran sendiri. First time nak buat ni. Tapi, takpe. If anything goes wrong, aku da ada backup. Haha...macam tak konfiden je bunyinya..

Itu jelah nak update..sajer2 je...haha...

Radio Malaysia kita

Hot fm, Radio Era, Suria fm, Sinar fm, Muzik fm, Minnal fm, Ai fm, Fly fm, Hitz.fm, Redfm.

Dinamakan beberapa stesen radio tempatan kita. Tak kisahlah yang berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin atau Tamil sekalipun, semuanya ada peminat masing2.

Kebiasaannya di pagi hari, on the way nak ke office, aku akan melayan siaran Hitz.fm (yang dikendalikan oleh DJ JJ & Ean). Lagu2 Inggeris terkini, InsyaAllah aku tahu. Balik ke rumah pun siaran itu juga didengari, tetapi kadangkala tukar2 ke siaran lain secara tak menentu. Ikut halwa telinga la nak mendengar lagu apa.

Dahulu, aku peminat no.1 Hot fm, terutama rancangan paginya yang dikendalikan oleh Fafau & FBI. Namun, semenjak dah bertambah kepada AG dan Usop, aku merasakan, Hot fm kini dah banyak bersembang daripada memutarkan lagu (this is my personal opinion only,k..). Bila makin ramai, memanglah makin riuh dan banyak sembang kelakar, tapi aku mendengar radio untuk mendengar lagu2 berkumandang, tidaklah nak mendengar celoteh banyak sangat. Kalau nak dengar sembang2, baik bukak program bual bicara je. Kerana itu jugalah aku beralih kepada siaran lain.

Menghampiri Syawal ni, ramai yang suka melayan lagu2 raya. Tidak terkecuali AKU. Kalau nak dengar lagu2 raya, kenalah mendengar radio2 berbahasa Melayu seperti Hot fm, Era, Sinar fm atau Muzik fm (just to name a few). Tapi, aku enjoy sangat mendengar Muzik fm. Dari aku zaman sekolah rendah hingga menengah, stesen radio ini yang dulunya dikenali dengan nama Radio Muzik, memang menjadi pilihan aku. Dulu, dengar kat radio kaset je dalam bilik lepas balik sekolah. Bila malam melayan permintaan lagu2 menerusi Pilihan Bersama, waktu tu, permintaan yang akan disiarkan lagunya akan dipaparkan dalam suratkhabar Utusan Malaysia setiap hari. So, nak pastikan lagu apa yang akan keudara dari pukul 9pm-12am,aku selak la suratkhabar dulu.

Rancangan pagi kini dikendalikan oleh DJ Muaz. Bila sorang2, tak la banyak sangat celoteh dan lebih banyak lagu diputarkan. Apa yang best tentang Muzik fm, lagu2 yang diputarkan sangat retro. Lagu Melayu, Inggeris dan Indonesia daripada zaman 70an,80an dan 90an, selalu diputarkan. Bolehlah mengimbau kembali zaman2 budak sekolah dulu, yang suka melayan boy band macam Backstreet Boys, Westlife, N'Sync, New Boyz, kumpulan Mega, Search, Spoon, Ukays dan banyak lagilah. Kadang2 tu lagu hindustan pun berkumandang. I like...!!!!!

Sempena menyambut Syawal ni, aku pun makin kerapla melayan Muzik fm, bukan saja kerana nak dengar lagu Raya, tapi juga memberikan aku peluang mengimbau nostalgia lagu2 yang dulunya sangat popular dan selalu meniti di bibir aku.

Saluran mana yang kita dengari sekalipun, pokok pangkalnya terpulang pada cita rasa masing2. Ada yang suka dengar celoteh, ada yang suka dengar drama radio, ada yang suka lagu2 klasik (mcm parents aku yang gilakan Klasik Nasional sampai aku pun terikut menyanyi gak kadang2), ada yang suka lagu2 Inggeris je, ada yang suka lagu Hindustan....so, kesimpulannya, buatlah pilihan sendiri.

Macam aku, mana radio yang putarkan lagu2 yang aku suka nak dengar, aku layan, dan ikut menyanyi jugak. Melalaklah Cik Syikin ni sorang2 dalam Cik Vi-nya...haha...

Adios...

Wednesday, August 24, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Sapa kata aku tak boleh berpuasa??

Alhamdulillah, dah masuk hari ke 24 kita berpuasa. Kurang seminggu lagi, InsyaAllah kita akan menyambut Syawal. Mesti semua sangat excited nak menyambut lebaran. Tahun ni adalah tahun pertama aku akan menyambut lebaran bersama Mr Fiance and my soon-to-be family members. Ni lah gaya orang tak mau balik raya kat kampung sendiri. 'Terpaksa' menumpang beraya kat kampung orang.. Hehe..takdelah sampai gitu. Cuma, raya kali ni parents aku beraya di Kuching dan disebabkan aku nak menguruskan sedikit urusan perkahwinan disamping 'malas' nak kuar bajet air flite ke Kuching, makanya aku beraya la kat sini je. Dan kerana itulah Mr Fiance meng'offer' aku beraya ngan family nyer sbb family dia pun macam excited je nak aku bersama mereka di pagi Syawal.

Kenapa aku tak boleh berpuasa????

Haaa...mesti ada yang tertanya2. Tapi, untuk kaum Hawa macam aku ni, rasanya orang pun tak heran kalau aku tak berpuasa kerana ada sebabnya.. Tapi, ni bukan kerana 'hal' tu..

Selalunya, alasan paling utama kenapa orang tak berpuasa (tak kira la perempuan atau lelaki) adalah gastrik. Sebelum posa, mesti klinik2 dah penuh ngan orang2 yang macam ni sebab nakkan MC la dan alasan untuk tidak berpuasa.

Nak dijadikan cerita, tahun ni adalah tahun pertama aku berpuasa setelah didiagnos dengan gastrik (bila sebut diagnos tu macam penyakit besar je)... Aku ni jenis time makan tak teratur. Suka skip meals time. Ikut suka2 la, nak makan breakfast ke tak, kadang2 lunch pun skip, tetiba dinner je makan. Walaupun sebab aku tak makan tu bukan kerana diet tapi sebab aku tak lapar, doktor kata aku kena makan jugak walaupun sekadar sekeping roti atau biskut.

Setelah tanda2 dikenalpasti, maka termaktubla bahawa aku ada gastrik. Nak tak nak, jadual pemakanan aku kena kembali seperti dulu kala, paling tak pun, pagi kena makan, lunch kena heavy sikit if aku tak nak makan berat pada waktu malam (lagipun tak elok makan berat masa malam, buat tambah berat jugak ler). Malam boleh sekadar makan biskut atau roti. Sekarang ni asal aku lambat isi perut mulalah angin dalam perut tu naik ke atas yang akhirnya menyebabkan pedih hulu hati. Dah bertambah 2 penyakit kat situ.

Untuk bulan Ramadhan ni, walaupun aku lone ranger kat rumah, aku tetap kena bangun bersahur dan makan sedikit untuk mengalas perut, supaya ditengahari tidaklah perut aku diserang angin. Doktor akan memberikan ubat yang secukupnya dan perlulah mengambil ubat dengan tetap dan on time untuk mengelakkan kita diserang gastrik (jangan makan ubat time siang lak).

Selepas berbuka (makan kurma dan segelas air), aku pastikan aku amik ubat angin (kalau doktor tak bagi ubat, boleh amik Gaviscon yang didapati di farmasi-mujarab sangat). Selepas 10-15minit baru aku makan heavy (nasi ke, mee ke, apa2lah...). Sementara menuggu 15min tu aku bersolat Maghrib dulu (takdelah bosan sangat menunggu). Dan lepas dah 'mentekedarah' (hahaha...), makanlah ubat2 lain seperti arahan (jika ada).

So far, selepas 23 hari berpuasa, Alhamdulillah, walaupun kadang2 angin tu datang, gastrik melanda, tapi takdelah sampai aku kena pecah puasa kerananya. Janji kita jaga pemakanan dan makan ubat on time.

So, sapa kata orang yang ada gastrik tak boleh puasa????

Pokok pangkalnya, bukan tak boleh berpuasa, boleh je..cuma orang2 ni TAK NAK berpuasa. Kalau ada yang extreme tu aku tak tau la,kan..Tapi, doktor mesti akan bagi ubat yang bersesuaian supaya kita sebagai umat Islam mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Tepuk dada tanya iman...

Assalamualaikum...