Tuesday, April 26, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Dalam Kenangan : Dot Si Hamster

26 April ~ Sehari selepas menyambut ulang tahun kelahiran ku, aku dikejutkan dengan berita kematian si kecil kesayanganku, Dot...

April, 2 tahun lepas, selepas beberapa hari menyambut hari kelahiran ku, aku meng'adopt' Dot daripada seorang teman. Kononnya, aku nak cari teman untuk bermain di rumah. Dan ketika itu, aku tak nak cari binatang peliharaan yang merumitkan kerana pekerjaan aku menyebabkan aku selalu travel outstation. Hamster adalah haiwan yang mudah dijaga. Makanan pun tak perlu selalu diisi. Apa yang ada di dalam bekasnya, cukup untuk bekalan seminggu.

Usia Dot 3 bulan masa aku membawanya ke rumah untuk pertama kali. Dot seekor 'dwarf hamster' jantan dengan belang kelabu hitam di belakang badannya dan ekor yang sangat kecil. Untuk beberapa kali, setiap kali aku memegangnya, jari aku mesti digigit. Dia belum biasa dengan bau aku lagi. Sebab tu dia anggap aku 'musuh'. Bila da selalu bermain dengannya, dia dah jadi biasa dan lali dengan kehadiran ku. Setiap kali aku balik ke rumah daripada office, aku akan keluarkan Dot daripada rumahnya dan membiarkan dia berjalan di sekeliling ruang tamu. Tapi, si kecil ni perlu selalu dilihat...silap hari bulan, hilang ntah ke mana. Maklumlah, kecil je...mampu menyelinap ke bawah kabinet, atau celah pintu. Pernah sekali adik aku hilangkan Dot. Dia masuk di belakang almari dan tak nak keluar berjam lamanya sehingga kami terpaksalah mengalihkan almari yang besar dan berat tu dalam usaha untuk mengeluarkannya....Macam2 hal dengan si kenit ni..

Dot di hari2 terawal bersamaku

Itulah teman setia aku selama 2 tahun. Di rumah, itu jugalah kawan aku bersembang. Walaupun dia tak faham dan tak mampu membalas, cukuplah sekadar aku dapat bercerita padanya, hari2 aku di luar rumah. Bila dia tido adalah saat yang paling comel. Suka tido menelentang (badan ke bawah, kedua2 kaki dan tangan ke atas). Sangat comel. Dan aku selalu mengambil gambarnya untuk dijadikan kenangan.

Dot juga makan apa saja yang aku beri. Aiskrim, coklat, biskut, malah salad pun dia makan. Dot suka merasa makanan yang baru selain daripada kuaci dan makanan kebiasaannya yang selalu aku beri. Setiap kali ke pet shop, aku akan pastikan aku membeli makanan yang pelbagai untuk mengelakkan dia bosan. Begitulah sayangnya aku kepadanya. Seminggu sekali, aku akan membersihkan 'istana' besarnya. Rumah tempat dia bermain dan tido. Setiap kali aku membersihkan rumahnya, aku akan pindahkan dia ke dalam rumah kecilnya. Setiap kali pun dia akan memberontak. Menggigit besi rumahnya sekuat hati kerana tak suka terkurung dalam rumah sempit. Suka sangat tengok gelagatnya. Dot juga pandai memanjat. Rumah kecik dia tu dah dipanjatnya banyak kali dalam usaha 'mangeluarkan' dirinya daripada rumah tu. Aku selalu senyum sendiri melihatkan gelagatnya.

Selalu cuba 'melarikan' diri

Itulah Dot...perangai comelnya membuatkan letih dan tekanan aku di luar hilang begitu sahaja. Rasa puas dapat melayan karenahnya. Dot suka pegang jari aku terutama apabila dia dapat makan makanan yang sedap. Penuh asyik dia menjilat jari aku dan kadangkala menggigit manja jari aku seolah2 jari aku ni makanan.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan.....Hujung tahun lepas, ada kejadian aku digigit oleh Dot sehingga berdarah jari aku. Darah yang mengalir terlalu banyak. Gigitan yang tidak mahu dilepaskannya. Tetiba je mengamuk. Aku pun tak tau kenapa. Waktu tu Tuhan je tahu kesakitan yang aku tanggung. Berdenyut2 jari aku dibuatnya. Pertama kali Dot gigit aku sekuat itu. Aku goncang2 kan jari aku pun dia tak nak lepas. Aku tarik telinga dia pun dia tak nak lepaskan. Lastnya, disebabkan sakit yang teramat sangat, aku terpaksa tarik mulutnya ke atas untuk memaksanya melepaskan gigitannya dan teknik tu berhasil. Waktu tu lah darah tak berhenti2 mencurah. Denyutan makin terasa. Lepas aku basuh dan diletak minyak gamat, aku balut dengan plaster. Bengkak jari kiriku untuk 2 hari. Mulanya ingat nak pegi klinik. Takutlah kena infection. Tapi, lepas hari kedua tu, bengakak da makin surut, darah pun dah tak keluar. Aku sekadar merawat dengan minyak gamat. Buat seketika, aku jadi fobia sekejap untuk pegang dia. Takut kena gigit lagi. Tapi, fobia aku kejap je. Beberapa hari lepas tu, aku main semula dengannya. Dia pun dah tak menggigit lagi.


Comel sangat bila tido

24 April lepas, aku perasan perubahan dalam dirinya. Dia sudah tak aktif dan tak banyak bergerak. Selalunya bila aku buka tempat makanannya untuk refill, dia akan cepat2 lari mendapatkan aku. Tapi, waktu tu, dia buat tak reti je. Dia duduk je kat satu tempat. Tak bergerak. Matanya sekadar memandang wajah aku. Aku pulak, tak lah angkat dia seperti selalu. Aku biarkan saja...

Semalam, bila aku balik ke rumah, aku terkejut melihatnya terbaring dalam rumahnya. Aku ingatkan dia mati. Lepas tu aku dapat lihat dia masih bernafas. Aku pun angkat Dot dan letakkannya dalam atas tapak tangan aku. Dia dah tak bergerak. Kakinya menggigil. Dia berbunyi perlahan. Badannya seolah2 dah lumpuh. Tiada pergerakan. Hanya tangan aku sahaja yang menggerakkan tubuhnya. Aku lihat matanya berair, seolah2 menangis.

Malam tadi, aku tak dapat tido semalaman, menemani Dot kerana aku sedar, ajalnya dah nak sampai. Jangka hayat harmster adalah antara 2-3 tahun. Pada usia setahun pun, dia dah dikira 'tua'. Aku rasakan pada usia ini, Dot dah menderita sakit tua dan sudah sampai masanya untuk pergi. Sekali sekala, aku terjaga dan akan membelainya. Akan keluarlah bunyi halus seolah2 dia mahu memberitahu 'kesakitan' yang ditanggungnya. Setiap kali pun mengalirlah air mata aku.. Haiwan pun aku sayang, terutama yang aku jaga selama 2 tahun. Lagi menyedihkan, aku tak mampu memahami apa yang dirasainya kerana dia tak boleh memberitahuku. Itu yang paling menyedihkan aku. Pukul 4.30 pagi tadi, aku dah bangun untuk bersiap2 ke office. Aku sepatutnya outstation hari ni. Bila aku tengok Dot semakin lemah, aku buat keputusan untuk bawak dia sekali. Sekurang2nya, klau ditakdirkan dia pergi, dia pergi semasa aku disisinya.

Dot pada mlm terakhirnya. Terkulai lemah atas telapak tanganku


Sedih melihatnya tidak lagi aktif

 Aku letakkan Dot dalam kotak kasut yang dilapisi dengan habuk kayu sebagai alas. Aku nak pastikan dia rasa seperti berada dalam rumahnya. Aku membasahkan mulutnya dengan air, manalah tahu dia haus. Dia pun dah tak daya nak bangun, ibarat orang yang lumpuh sepenuhnya. Dia berbunyi halus lagi...Aku belai kepalanya, memberitahunya aku ada disisinya. Mata yang memandang aku tu sangat menyedihkan. Mama aku kata jika dia mati semalam, mesti aku lagi sedih sebab dia mati pada hari kelahiranku. Setiap tahun aku mesti akan teringatkannya. Namun, Allah masih beri kekuatan kepadanya untuk bertahan.

Pagi tadi, masa aku sampai di office, semakin kerap aku dengar dia berbunyi. Setiap kali pun aku akan menjenguknya yang ku letak dalam kotak kasut dan ditutup separuh untuk memberikan udara kepadanya. Aku nak dia tahu aku ada bersamanya..Matanya berair lagi, menyebabkan aku sekali lagi menangis. Dia nampak seolah2 menagis juga.....Pernafasannya menjadi semakin lemah, kaki dan tangannya bergerak2 pantas, seolah2 dalam kekejangan dan akhirnya, sekitar 8.40 pagi, 26 April 2011..di usia 2 tahun 3 bulan, Dot kesayanganku pergi buat selama2nya........

Banyak kenangan aku bersamanya....Walaupun masa berlalu, Dot akan diingati sebagai hamster pertama dan mungkin yang terakhir akan ku bela...

*Dot telah selamat ditanam di hadapan Hotel SSL Traders, Kamunting petang ini.
Monday, April 25, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Aku yang dah berusia dot dot dot....

25 April 2011. Hari ni genaplah 27 tahun usiaku di dunia ini... Yes, 27 years young. Hehehe.. Alhamdulillah.. Bersyukur ku ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan usiaku, memberi rezeki dan kesihatan yang baik buatku, untuk terus bertapak di muka bumiNya untuk tahun ke-27.

Sesetengah orang, terutamanya wanita, bila ditanya perihal usia, selalunya mereka berahsia.. malu nak mengaku. Tapi, pada aku, usia menunjukkan kematangan. Malah, sehingga sekarang pun aku tak malu mengaku usiaku apabila ditanya. Tak kisahlah kalau ada yang meneka lebih muda atau lebih tua daripada usiaku yang sebenar, aku hanya menerima. InsyaAllah, bila usiaku mencecah 40 tahun sekalipun, aku tak akan berahsia tentangnya. Tiada yang nak dimalukan. Sekiranya dipanjangkan usia olehNya, semua akan merasa 'tua'. Jadinya, tak perlulah nak berahsia. Jika kita sihat pada usia tertentu, itu sesuatu yang perlu dibanggakan agar menjadi contoh kepada generasi muda.

Walaupun usiaku 27 tahun, kebanyakan orang tak percaya, sebab kata mereka, wajahku kebudak2kan. Ada yang ingat aku ni masih di sekolah menengah. Banyak jugak kisah lucu terjadi berkaitan dengan wajah dan usiaku ni.

Masa aku nak bertunang bulan lepas, ada beberapa kejadian yang berlaku. Antaranya masa aku nak pick up hantaran aku kat Ipoh. Beginilah antara dialog aku dan makcik tu.

           Makcik : Hantaran ni untuk sapa bertunang?
           Aku      : Sayalah, makcik..
           Makcik : La, ye ke? Makcik ingat budak sekolah lagi. Dah nak kawin dah pun.
                         Umur anak berapa?
           Aku      : Dah 27 dah, makcik. Dah tua dah..
           Makcik : Patutlah da nak bertunang. Ingatkan sekolah lagi. Muka muda je..

Itulah antara dialognya. Tergelak aku dibuatnya. Nak buat mcm mana klau dah wajah aku ni 'child look'. Tunang aku pun kata, wajah aku ni tak dimakan usia. InsyaAllah...kena jagalah apa anugerah yang Allah bagi. Kalau tak jaga, berkedut jugak bila sampai masanya nanti. Masa aku balik kampung masa aku bertunang pun ada yang terkejut aku nak bertunang. Ada yang kata "makcik ingat baru sekolah menengah.dah nak bertunang, rupanya", "bukan sekolah lagi ke? ingatkan baru Form 3". Yang Form 3 tu aku rasa macam kelakar la sangat. Takda lah aku nampak muda sangat macam tu..Kalau lepasan SPM tu leh diterima lagi lah.. Aku sedar aku tidak semuda itu..

Seperti yang aku kata, usia sekadar angka. Namun, yang paling utama, usia itu menunjukkan tahap kematangan kita. Apabila berusia 27 tahun seperti aku, kenalah berperangai seperti 27 tahun. Walaupun adakalanya bersifat manja dan keanak2kan, tapi, dalam banyak situasi, aku kekalkan kedewasaan aku demi menjaga professionalisma. Usia ini juga menunjukkan berapa jauhnya aku dah 'mengembara'. Banyak perkara telah aku lalui. Susah payah, suka duka, tawa dan tangis. Keseorangan, kadangkala berdua, kadangkala dengan rakan, kadangkala dengan keluarga, semuanya mengajar aku erti hidup dan erti kematangan. Dan aku bersyukur, segala pengalaman hidup ini membuatkan aku kuat dan tabah serta mampu hidup berdikari sekian lama. Al-maklumlah hidup di perantauan ni..Jauh dari keluarga, semuanya diuruskan sendiri. Ramai yang terkejut mendengar aku tinggal seorang di Kota Metropolitan KL. Tapi, aku jenis tak kisah. Aku senang dan selesa tinggal seorang. Tak perlu pening nak memikirkan tentang housemate.

Aku ingin mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi2 penghargaan kepada kedua ibu bapaku, En. Ahmad dan Pn. Haziah yang telah melahirkan, membesarkan, mendidik dan memberikan segala kasih sayang kepada ku. Pengorbanan mama dan papa tidak mampu akak balas. Kepada rakan2 yang wish aku 'Selamat Hari Lahir', thanks for the wishes..

Teramat penting, kepada tunang tercinta, En. Hairy, yang menjadi insan pertama wish aku, thanks for the lovely gift, thanks for the lovely wishes, thanks for being by my side, in my life, for the second year of my birthday. And hopefully, next year I will celebrate my birthday with you as a wife... ^_^

This lunch, will be having it with my fellow colleagues..dinner time, once again will be spending time with my beloved fiance. Dia kata nak belanja makan steak..hikhik..syoknya.. Pagi tadi dah breakfast ngan dia dah.. Syok betul jadi birthday girl ni. Wish kat FB pun banyak. Penat membalas. Anyway, sangat happy hari ni. Dan akan berterusan happy selama2nya..InsyaAllah...
Friday, April 22, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Program Penilaian Prestasi (PAC)-Jawatan Pegawai Penerangan GredS41

Assalamualaikum semua..

20-21 April yang lepas, aku menghadiri Performance Assessment Centre (PAC) untuk jawatan Pegawai Penerangan (Kementerian Kesihatan) Gred S41 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Institut Pengurusan Kesihatan, Bangsar, Kuala Lumpur.

PAC ni diwajibkan untuk kebanyakan jawatan2 awam sekarang ni kerana permohonan untuk masuk gov dah terlampau ramai. Sebelum layak dipanggil temuduga, kenalah prestasi kita dinilai dahulu dalam PAC ni. Since aku pun tak berapa pasti skop kerja untuk Pegawai Penerangan di Kementerian Kesihatan (sebab selalunya di Kementerian Penerangan), aku pun jadi nervous la..Sebagai persiapan awal, aku bacalah isu2 semasa berkaitan dengan kesihatan. Rasanya, memang pasti akan ditanya.

Selepas sesi pendaftaran, peserta seramai 46 orang (yang sepatut hadir lebih daripada 100 org) telah menjalani sesi timbang berat, diukur ketinggian, BMI dan kadar CO2 dalam badan. Macam nak masuk tentera atau polis lak. Selepas tu, semua berkumpul di auditorium untuk sesi taklimat.

Lepas minum pagi, kami diberikan ujian bertajuk "Penilaian Pengetahuan Kesihatan", untuk menguji tahap celik kesihatan para peserta. Then, ada ujian personaliti, 185 soalan. Petang, ada sesi perbincangan dalam kumpulan. Topik yang diberikan kepada kumpulan kami adalah Demam Denggi-permasalahan dan cara mengatasinya. Sesi perbincangan ni aku tak cuak sangatla cos dalam group. Kalau blur pun ahli yang lain akan backup dan bagi idea. Tapi, aku biasalah. Kalau dah bercakap memang tak leh nak henti. Tapi, sebab kesian kat orang lain, dan nak bagi adil supaya semua bercakap, aku pun pandai2 lah bagi laluan.

Selesai je sesi hari pertama, aku balik dan mencari bahan2 untuk public speaking. Topik utama masih tentang kesihatan, tapi terpulanglah nak cakap tentang isu apa. Dan sesi ni dalah Bahasa Inggeris. Aku tak lah cuak pasal tu, cuma risau jika tak sempat nak siapkan teks aku. Bab2 kesihatan ni bukan main tembak je nak cakap apa. Kena ada pengetahuan dan fakta. So, research terperinci perlulah ada. Dahlah panel penilai org2 daripada Kementerian Kesihatan sendiri. Janganlah nak kelentong..

Malam tu, disebabkan aku dah mengantuk tahap gaban, aku tido awal dan bangun seawal 4 pagi nak siapkan script aku. Sesi public speaking pagi. Takut nanti tak sempat nak siapkan pulak. Tapi, mujurlah aku ni jenis keluar awal. Awal aku sampai, aku tulis script aku dalam kereta. Taklah bosan menunggu sesi yang bermula 8.30pagi. Aku lihat ramai gak peserta yang datang awal. Yelah, KL ni sesak sentiasa. Baik keluar awal daripada terlewat kerana kesesakan..

Esok pagi, sesi pertama adalah perbincangan kumpulan lagi. Tapi, kali ni satu permasalahan diberikan dan kami diminta untuk mencari penyelesaian terbaik untuk masalah tersebut. Selepas minum pagi, sesi public speaking. Hasil daripada undian, aku mendapat giliran kelima daripada 9 orang. Ok lah tu, tak awal sangat dan tak akhir sangat. Tengah2...

Tajuk speech aku adalah "Organ Donation". Tajuk yang sama masa aku attend PAC PTD 2 tahun lepas. Tapi, mana nak ingat isinya. Cumanya, tajuk ni dekat ngan hati aku cos aku ni penderma organ yang berdaftar. So, bila ada related ngan diri sendiri ni, senang lah nak bercerita... Alhamdulillah, walaupun nervous, tapi tahap confidence aku masih di paras tinggi..semuanya berjalan dengan lancar. Lepas lunch, semua dah boleh balik sebab tak ramai...Aku pun sampai rumah, berdengkur...haha...cover balik tido yang x cukup...

Hari ni, kembali bertugas dan berdoa adalah berita baik menanti ku kelak. InsyaAllah...
Tuesday, April 12, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Aku yang kegatalan (huh...???)

Macam pelik je bila baca tajuk entri kali ni. Apasal lak aku gatal ni? Gatal nak kawin ke? Takdelah..tiba masanya, aku akan menjadi seorang isteri jua.

Actually, dua hari ni, leher aku ditumbuhi ruam (betul ke perkataan tu?? ditumbuhi?? belasah jelah..). Kebelakangan ni, asyik hujan je. Sebelum hujan turun, haba persekitaran menjadi panas. Time tu lah aku rasa macam nak potong rambut je, bagi pendek. Time tu lah aku sentiasa nak berikat rambut. Rasa panas di leher kerana peluh. Then, timbullah bintik2 ruam. Dua hari ni aku letak lah bedak anti ruam yang selalu baby guna tu. Tapi macam tak jalan je. Mula dulu, ingatkan alergik makan ikan makarel, so aku pun makanlah ubat alergik. Tapi tak berkesan jugak. Masih gatal2 dan aku menggaru macam beruk mak yeh..haha..

So, petang ni, aku decide nak gi farmasi dan dapatkan krim sapu sebab aku tak sanggup menahan diri daripada menggaru. Rasa nak tercabut je leher aku ni ha, berbekas merah...Cepatlah time balik.... Nak gi farmasi.....

P/S: Kesiannya kat aku...huhu...
Monday, April 4, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010

Malam semalam, tak ada aktiviti pun kat umah, just lepak dan melayan karenah Tongga (kucing kesayanganku), aku pun menonton ABPBH yang ditayangkan secara langsung di TV3 dan Hotfm dari Arena Of Stars, Genting Highland.

Tema untuk ABPBH malam tadi adalah klasik moden. Seperti biasa, anugerah berprestij ini digamatkan dengan kehadiran pengacara2nya yang kepoh, Raja Azura dan Sharifah Shaheira. Ditambah lagi kekepohannya dengan kehadiran Zizan yang melengkapkan lagi kehebatan pengacaraan trio ini. Sememangnya, lawak mereka memang best dan bersahaja..Kebanyakan masa overrun je, tapi mereka tetap cool. Persembahan pembuka tirai ala2 broadway oleh suara2 mantap Azlan & The Typewriter, Ning Baizura, Farhan dan Adira menghangatkan suasana. Penaja utama majlis ini pulak ialah Celcom Axiata. Penaja hadiah2 para pemenang pula ialah Edaran Tan Chong Motors (kereta Nissan), Rafflesia Mandalay (Barangan kemas), Gulati's, Euro Moda dan lain2.

Aku agak penat malam semalam sebab sibuk mengemas rumah di siang hari. Disebabkan selang 2 anugerah je ada persembahan, kadang2 aku terlelap seketika. Tapi, Alhamdulillah, aku tak der la miss mana2 anugerah. Antara artis2 yang membuat persembahan ialah Anuar Zain, Hujan, Ella, Yuna serta pelawak2 yang mencuba bakat menyanyi yang menggelarkan diri mereka (NAJAZ)-Nabil, Along, Johan, Angah & Zizan. Malam kegemilangan ABP menutup tirainya dengan persembahan ala2 Wonder Girls oleh Dato' Siti Nurhaliza. Di antara barisan penyampai anugerah pulak ialah Rita Rudaini (dengan perut 'memboyot'nya), Ashraf Muslim, Shahir, Anita Sarawak, Faizal Tahir, Aida Aris dan ramai lagi.

So, di bawah ni aku list kan pemenang2 hebat ABPBH malam tadi.

Artis Duo/Berkumpulan Popular

6ixth Sense

 Pelakon TV Wanita Popular

Fasha Sandha

Pelakon TV Lelaki Popular

Remy Ishak
Penyampai Radio Wanita Popular

Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular

Faisal Ismail (FBI)

Artis Komedi Wanita Popular

NoorKhiriah
                                                           Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan

Artis Nasyid Popular

Rabbani

Artis Baru Wanita Popular

Anna Raffali

Artis Baru Lelaki Popular

Shahir
Pengacara TV Wanita Popular

Fara Fauzana

Pengacara TV Lelaki Popular

Hj. Aznil Hj. Nawawi

Penyanyi Wanita Popular

Yuna

Penyanyi Lelaki Popular

Faizal Tahir

Pelakon Filem Wanita Popular

Lisa Surihani

Pelakon Filem Lelaki Popular

Shaheizy Sam

Anugerah Khas : Pencapaian Sepanjang Hayat

Datuk Rosnani Jamil (Mak Nani)
Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila nama Bintang Paling Popular yang akan membawa pulang sebuah kereta Nissan Teana dan barangan kemas sumbangan Rafflesia Mandalay diumumkan. Disebabkan ketiga2 pengacara hebat malam itu merupakan calon2 yang bertanding, maka pengumuman kategori ulung itu diumumkan oleh Johan dan Usop Wilcha. Kemunculan mereka memang mengundang gamat di Arena of Stars apabila rata2 penonton berdiri dan meniru 'lambaian' Usop Wilcha yang menjadi trademarknya.

Usop dengan trademarknya menggamatkan suasana

Aku optimis bahawa Zizan akan menjulang Bintang Paling Popular kali ni. Tetapi, tidak juga aku ketepikan populariti 'Adnan Sempit', Shaheizy Sam. Maka, dengan itu, dengan undian melebihi 128 ribu undian (tak ingat jumlah sebenar), SHAHEIZY SAM dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.


Cayalah, Shaheizy. You deserved it. Buat semua pemenang, tahniah diucapkan di atas kemenangan anda. Juga buat semua yang tercalon, tahniah kerana memberikan saingan hebat sesama sendiri dan teruskan mewarnai industri seni tempatan kita.

Sampai di sini sahaja..Adios..

P/S: Aku pun x pasti nape aku rajin sangat nak tulis entri psl ABP ni..so, layan jelah..