Saturday, February 19, 2011 | By: Asyikin Ahmad

One Month To Go

19 Februari 2011 ~ Tinggal hanya 27 hari lagi untuk majlis pertunangan aku berlangsung. Tekanan mula terasa apabila berat badan aku bertambah sikit (rasanyalah..). Aku rasa bentuk badan pun da berubah. Harapnya takda masalah masa final fitting kelak. Risau lak. Kebelakangan ni, aku terlampau suka nak makan, lebih2 lagi rasa bahagia yang terlampau menyelimuti diri aku...Susah betul jadi diri aku ni. Gembira pun makan, sedih pun makan...

Whatever it is, aku still cuba control cara pemakanan aku. Aku dah mula makan buah2an, dan cuba skip dinner (if possible). Just makan lite masa breakfast dan heavy sikit masa lunch supaya kenyang lebih lama. Di rumah, mesti ada bekalan roti atau pisang, in case kalau lapar. Harapnya, dalam tempoh sebulan ni, badan aku tak dipam2 lagi la...


Can't wait to be yours, my love... Penantian itu satu penyeksaan, namun, penantian ini akan dibalas dengan rasa cinta dan kasih sayang yang abadi kelak...Kerana itulah, aku akan terus menantimu sehingga masanya tiba...(ceh, jiwang jap)..hikhik...










Friday, February 18, 2011 | By: Asyikin Ahmad

My Romantic Photoshoot

Salam 1Malaysia.

Akhirnya, entri yang aku tunggu2 dapat juga dikarang. Aku dan Abg Hairyku, azalinya kami ni suka bergambar. Cuma Hairy je tak berapa pandai nak posing. Sepanjang kami bersama, bila ada gambar kami bersama, selalunya gambar yang kami sendiri ambil. So, shot yang dapat pun, paras muka jelah. Apabila membelek2 laman FB aku, terbaca la satu iklan daripada seorang photographer yang merupakan kenalan kepada sahabat lama aku. Photographer ni, si kecil molek, Cik Ashikin Abdullah (nama pun sama), mengiklankan promosi photoshoot yang beliau adakan untuk pasangan kat luar sana sempena Hari Kekasih. Aku dan Hairy bukanlah jenis yang celebrate Hari Kekasih, sekadar mengambil kesempatan di atas promotion yang dijalankan. Selepas berdiskusi dengan abg tercinta, dia pun bersetuju dan aku pun booking la sesi bersama Ashikin. Teringin nak mengabadikan gambar kami bersama, diambil pula oleh photographer professional...

Selepas berbincang tentang tema dan konsep penggambaran, aku dan Hairy mula merancang tentang pakaian yang akan dipakai. Mulanya nak beli kaler pink. Tapi, since Hairy cerewet sikit memilih pakaiannya, kami memilih warna merah sebagai tema, apatah lagi kami dah berjumpa dengan pakaian sedondon yang kami suka sangat2. Tak lengkap kiranya hari istimewa tu tanpa makeup dan dandanan rambut. Mulanya, dengan cadangan oleh Ashikin, aku dapatlah contact seorang makeup artist (MUA) untuk menyerikan lagi wajah aku pada hari photoshoot kelak. Malangnya, pada malam sebelum photoshoot tu, MUA aku diadmit ke hospital kerana sakit tonsil. Kesian MUA aku. Baru nak merasa hasil karyanya.

Dengan bantuan Ashikin, aku dapatkan khidmat MUA yang baru, Kak AnnaSha, rumahnya di Puchong. Sangat ramah orangnya. Ni hasil tangannya, makeup dan dandanan rambut.


Sebelum disolek dan didandan
(courtesy of: annasha blog)

Wajahku selepas disolek dan didandan
Bukan saja aku, malah Hairy juga berpuas hati dengan hasil tangan Kak Anna. Ternyata aku nampak lain dari hari kebiasaan. Aku ni jarang nak bermakeup. Ada occassion jelah baru nak menyolek, itupun diri sendiri je yang buat. Thanks, Kak Anna... Sementara aku disolek, Hairy melayan anak Kak Anna, Omel dengan keletahnya yang menghiburkan. Hairy suka melayan budak2. Nasibla dia tak boring menunggu aku.. Thanks, syg... Selepas hampir 2 jam disolek dan didandan, aku dan Hairy pun bertolak ke Putrajaya, lokasi photoshoot kami.

Antara gambar terawal dirakamkan (trial shot)
Mulanya2 agak kekok juga sebab tak tahu pose apa nak digayakan. Tapi, dengan bantuan Ashikin and her team, rasa kekok tu mula hilang dan kami mulai rasa selesa dengan pose yang digayakan.

Pose favourite aku dan Hairy. Sangat sweet.
Ada juga ketika di mana kami terpaksa menahan pose kami untuk satu tempoh masa kerana Ashikin perlu mengambil shot tersebut berkali2 untuk mendapatkan gambar terbaik. Ada masanya lenguh jugakla kena menahan lama. Ada kalanya tersipu malu kami dibuatnya apabila terpaksa bertentang mata lama2..hehe... Selama bercinta tak pernah pulakla nak kena bertentang mata lama2 ni...selalu sekejap2 je..hik..hik..


Apa jelah 'ayat-ayat cinta' Hairy ni...?
2 jam di set, walaupun memenatkan, namun memberikan satu pengalaman baru kepada aku dan Hairy. Pengalaman ni amat bermakna untuk sesi pre-wed photoshoot kami yang pertama kelak. Hari itu akan pasti lebih memenatkan kerana outdoor akan dijalankan di sekitar KL, dengan kesesakannya, dengan cuacanya, dengan pakaian pengantinnya...huih..banyaknya cabaran. Kami terpaksa bersabar dan maintain senyuman selalu dalam keadaan begitu.


Group photo with Ashikin Abdullah
Sesi photoshoot ni ternyata merapatkan lagi hubungan dan kasih sayang aku dan Hairy. Seronok dapat meluangkan masa bersama melakukan aktiviti sebegini untuk disimpan sebagai kenangan buat tatapan anak2 serta ingatan di hari tua kelak.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan khidmat MUA aku, bolehlah hubungi AnnaSha di http://www.annashahana.blogspot.com/ atau www.facebook.com/annasha. Bagi yang memerlukan khidmat professional photographer untuk sebarang majlis istimewa anda, bolehlah menghubungi Ashikin Abdullah di http://www.ashikinabdullah.com/ atau www.facebook.com/ashikinabdullahII.

Promosi sikit untuk kedua2 individu yang istimewa ni...hehe...

Till then, adios...









Stressed Out..???

Salam 1Malaysia...

Sejak Ahad yang lepas, tahap kesihatan aku ada sedikit merosot. Mungkin sebab meluangkan masa 'outdoor' masa malam, lepas hujan pulak tu (sapa suruh,kan?)...so demam la akibatnya... Apa nak buat, ada photoshoot malam tu.

Hari Isnin, aku dah rasa x best je. Pegi keje, beribu kali asyik bersin. Mata merah, hidung merah (mcm clown), kepala da pening. Alhamdulillah, nasib baik Selasa tu cuti. Leh la rehat kat rumah. Rupa2nya, tak jugak surut. Terpaksa take another extra day rest at home.

Khamis, masa masuk keje, tahap kesihatan dah bertambah baik walaupun sedikit pening kepala. Mungkin kurang tido sebab aku ni mudah sangat terjaga dari tido. Pastu, susah nak tido balik...huhu... ciannya aku.. Bila la nak ada org tolong dodoikan...hehehe...(gatalnya aku)..

So, kesimpulannya, aku sedikit stress dengan tahap kesihatan aku. Lebih memeningkan apabila keadaan office baru aku ni masih dalam construction (belum lengkap sepenuhnya). Terkadang bau cat, bunyi orang drilling dan mengetuk sana sini...semuanya sangat mengganggu kepala aku ni..

InsyaAllah, dengan makan ubat dan rehat yang secukupnya, keadaan aku harapnya bertambah baik kerana Mac adalah bulan terpenting untuk aku. So, kena pastikan aku punya banyak tenaga untuk menguruskan hari2 aku kelak.

Harap dapat tulis entri tentang photoshoot aku ari tu dan hopefully dapat masukkan few photos from the shoot untuk tatapan semua. Soon...I'll do that...

Till then, Adios..!!!
Saturday, February 12, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Photo Shoot

Alhamdulillah...persiapan untuk majlis pertunangan aku berjalan dengan lancar. Sekadar menunggu hari kejadiannya sahaja. Di samping sibuk dengan urusan majlis bertunang ni, aku dan Hairy juga sedang rancak menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung 4 bulan lagi. Semuanya harus diuruskan serentak kerana masa cepat je berlalu...

Sudah tentu majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa 'pre-wed' photo shoot yang selalunya akan menaikkan lagi mood perkahwinan. Sehingga ke hari ini, kami telah ada 2 sesi studio and 2 sesi outdoor photo shoot. Rasanya tak ramai bakal pengantin yang ada banyak sesi bergambar macam tu. Itu tak termasuk 2 lagi sesi outdoor selapas majlis persandingan kelak..

Aku rasa tak sabar nak memulakan proses shooting ni. Posing sakan la aku dan Hairy nanti. Kami ni suka bergambar, tapi selalunya ambil gambar sendiri2 je. Sekarang ni nak la merasa mereka yang pro mengambil gambar kami nanti. Can't wait for the day...

My sessions:-

1) 13 Feb. 2011 (Sunday). Location: Around Putrajaya. Photographer: Ashikin Abdullah
     www.facebook.com/ashikinabdullahII dan http://www.ashikinabdullah.com/

2) 6 April 2011 (Wed). Location (studio)-Ukay Perdana, (outdoor) KLCC and KL area. Photographer:  Roland Hashim http://www.rolandhashim.com/

3) 2 May 2011 (Monday). Location: D'Anggun Studio, Ipoh. Photographer: D'Anggun Studio
Tuesday, February 1, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Selamat Menyambut Tahun Arnab

3hb ni kaum Cina akan menyambut permulaan Tahun Baru Cina (tahun ni tahun arnab-not me). Untuk warga Malaysia yang lainnya, enjoyla bercuti panjang. Kota Metropolitan Kuala Lumpur dah mula lengang lebih2 lagi hari ni adalah sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Aku pun nak mengambil kesempatan cuti panjang ni nak ke utara untuk mencari kedai gubahan hantaran untuk abg tercinta. Hari minggu lepas, kami bershopping sakan untuk barang2 hantaran. Ala,coklat n cookies je pun. Tapi, jadi lama tu sebab rambang mata cos banyak pilihan n harga murah sempena CNY dan Valentine yang bakal tiba. Baju2 untuk kenduri adik aku pun aku dah ambik kat tailor aku di Kpg Baru. Tak sabar pulak nak pakai nanti.

Sejak pindah ke pejabat baru ni, belum ada kerja lagi nak dibuat. Lagipun, mood cuti da datang. Aku pun macam tak berapa nak sihat cos building is still under construction. Habuk masih beterbangan sana sini. Asyik bersin tak henti2.Cuti panjang ni harap boleh recover. Dan hopefully, next week bila dah masuk ofis balik, keadaan persekitaran dah bertambah baik.

Majlis pertunangan aku pulak tinggal sebulan saja lagi. Adik aku pun dah mula nak mengedarkan kad kahwin dia. Aku pun nanti nak pegi rumah sedara mara aku kat area KL/Selangor untuk pass kad dia. Setakat persiapan majlis aku, so far semua ok. Yang mana perlu deposit or payment, semua dah settle. Cuma perlu remind them je prior to the event. Bila makin rasa bahagia ni makin risau gak aku. Badan makin naik..hehe..Selera makan bertambah pulak. Aku ada less than one month je untuk kuruskan badan ni. Takut ada masalah nak fit ke dalam baju tunang. Aiyokkk....risaunya...kena control makan giler2 ni...

Kepada semua rakyat Malaysia, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina especially those who celebrated it. Esok, aku keje half day je. Big boss cakap macam tu. Bestnya... Nak balik n kemas barang untuk my road trip. So, selamat bercuti semua. See u after CNY...