Pada 11 Mac 2011, lebih kurang pukul 5.40 petang, bertempat di Masjid Kpg. Pauh, Changkat Jering, Perak, adikku, Noor Asyrul Fazly Bin Ahmad selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Noor Maizura Binti Ahmad dengan sekali lafaz.
|
Dinikahkan oleh abg pengantin perempuan |
Akad nikah diadakan selepas Asar. Hujan lebat yang membasahi bumi mengakibatkan pengantin perempuan lewat tiba ke Masjid. Aku dapat lihat adik aku nervous semacam je bila cik adik dia lambat. Sementara tu, tok kadi bersembang2 dulu dengan bakal pengantin, bertanyakan soalan dan bermacam2 lagi. Rombongan pengantin lelaki (kami lah tu) pun da resah semacam. Kesian pengantin perempuan, susah nak keluar dari rumah. Sedia maklum jelah, dengan pakaian panjang berjela, dengan makeup di wajah, kena pastikan hujan tidak merosakkan semua tu merupakan satu cabaran jugak tu.
|
Keluarga pengantin lelaki sebelum majlis pernikahan |
Selepas semuanya selesai, semua melepaskan nafas lega. Akhirnya, adik tunggalku telah pun menjadi suami orang dan Maizura telah pun secara sah menjadi adik ipar aku...Ahli keluarga kami yang baru...
|
Memanjatkan syukur selepas sah bergelar isteri |
|
Upacara membatalkan air sembahyang |
|
Gambar pertama sebagai suami isteri |
Majlis persandingan mereka diadakan pada keesokan harinya, 12 Mac 2011. Temanya merah hitam..Nak ke majlis persandingan ni pun ada cabaran jugak ditempuh. Dalam perjalanan dari Baling ke Changkat Jering melalui BKE, kereta dipandu ayahku mengalami kerosakan di lebuhraya. Berpeluh2 jugak la rombongan kami ni masa bhenti di Hentian Gunung Semanggol. 10 minit je perjalanan nak sampai ke Kamunting. Dengan perlahan, rombongan pun bertolak ke Kamunting, d mana ayahku terpaksa tinggalkan kereta kat bengkel dan aku membawa pengantin lelaki bersiap di butik pengantin. Waktu tu, pengantin memang da confirm lewat sejam, sedangkan acara bersanding sepatutnya bermula pada pukul 12.30-1pm. Kalau semalamnya pengantin perempuan lewat, kali ni pengantin lelaki pulak lewat. Nak buat macam mana, dah kereta nak rosak...
Si isteri dah berkali2 menelefon bertanyakan lokasi kami. Kesian dia..susah hati kerana tetamu dah mulai berkurangan. Namun, segala masalah dapat diatasi, kami pun bertolak ke rumah pengantin perempuan, dengan perut kelaparan dan kepenatan terasa..Itupun dah lebih pukul 2 petang... Namun begitu, majlis tetap berjalan dengan lancar dan meriah...
|
On the way ke rumah pengantin perempuan (dlm kereta) |
|
Sama cantik, sama padan |
|
Suapan manja untuk yang tercinta |
|
Kakak pengantin nak menyelit gak..hehe... |
|
Dengan adik ipar |
Itu sahaja corat coret sekitar majlis pernikahan dan persandingan Asyrul & Maizura di Changkat Jering. InsyaAllah, majlis bertandang akan berlangsung pada 19 Mac ini di Kpg. Hangus, Baling, Kedah. Majlis pertunangan aku juga akan berlangsung pada hari yang sama...Sangat berdebar menunggu....
Kepada adikku, selamat menempuh alam berumah tangga, jadilah suami yang terbaik dalam membimbing isteri dan bakal keluarga kelak. Kepada Mai, selamat menjadi ahli keluarga kami yang ceria dan sedikit sewel kadang2...haha...Cepat2lah lahirkan anak2 buahku...
See ya soon....
P/S: More pics on my facebook...
0 comments:
Post a Comment