Thursday, March 24, 2011 | By: Asyikin Ahmad

I'M ENGAGED...!!!! (Part 1)

Betullah kata orang...hidup ni penuh dengan dugaan dan cabaran. Adakalanya kehidupan kita disinari kilauan bintang dan sinaran matahari, adakalanya hanya sekadar bertemankan kegetiran panahan kilat dan deruman taufan. Hidup ini ada pasang surutnya...Kadangkala kita gembira, kadangkala kita menangis.

Aku diuji dengan beberapa siri penderitaan yang hanya diri ini merasakan. Di luar, aku tampak gembira dan ceria, namun dalam hati hanya Dia yang lebih mengetahui.. Adakalanya, perkataan 'putus asa', 'putus harapan' menjengah ke dalam kamus hidupku apabila terlalu banyak kekecewaan bertamu. Namun, jika kita letakkan diri kita kerdil di sisi Allah, meredhai setiap apa yang ditakdirkan olehNya, nescaya, pelangi yang indah akan menjadi ganjaran.

Kerana itulah, aku kuat dan tabah menghadapi setiap dugaan apatah lagi dengan berkat doa kedua orang tua ku yang tidak pernah jemu memujuk dan berjuang disisiku. Tidaklah aku mahu menghampakan mereka, juga tidak ku sanggup melihat mereka terluka..

19 Mac 2011 yang lepas, berlangsungnya 2 majlis istimewa di teratak Hj. Mohamed & Hjh. Nehat (pakling dan maklong ku) di Kpg. Hangus, Kupang, Baling, Kedah. Seawal pagi, orang2 kampung telah mula membanjiri perkarangan rumah kami untuk majlis bergotong-royong memasak hidangan kenduri kelak. Aku pun sekadar membantu serba sedikit di dalam rumah. Pukul 10 pagi, keluarga aku pun dah bersiap2 untuk menyambut tetamu yang akan tiba.

Majlis menyambut menantu adikku, Asyrul dan pasangannya, Maizura cukup meriah dengan kehadiran rakan2 keluarga yang datang dari jauh. Ada yang telah bertahun-tahun lamanya tidak bersua muka. Sempat juga lah mama n papa berbual dengan tetamu2 yang jauh ni, sementara belum ramai orang yang datang.

Papa melayan kawan lamanya
Pukul 11.30 pagi, tetamu dah mulai datang. Aku pun sedari awal da siap makan. Takut nanti dah kelam kabut ramai orang, tak sempat nak makan. Lunch time adalah masa yang sangat ramai orang datang. Aku pun bertindak sebagai jurufoto tak rasmi untuk majlis menyambut menantu ni (lantik diri sendiri je). Itu ajelah yang aku kelek merata tempat. Kamera dan handphone. Adik aku pulak sentiasa update tentang lokasi rombongan. Kami perlu bersiap sedia menyambut kedatangan pengantin dan rombongannya dari Changkat Jering. Kadangkala anak2 buah aku mengikut aku. Aku toleh belakang je, diorang dah lesap. Budak2... diorang jumpa geng je mesti nak main.

Sedara mara sebelah mama pun dari jauh datang. Yang dari Cheras, Sentul, Shah Alam...semua turun padang untuk sama2 memeriahkan majlis kami. Tiba2 rasa macam reunion pulak. One big happy family.

Dalam pukul 1 petang, rombongan pengantin pun tiba. Dengan iringan paluan kompang, para tetamu menjenguk ke luar pagar utama, menantikan ketibaan mempelai dengan tema serba ungu.


Ketibaan mempelai dan rombongannya
Tugas aku jugalah yang mengiringi mereka dari pintu pagar sehingga ke pintu rumah. Kedua2 mempelai diminta duduk di pelamin untuk sesi bergambar dahulu sebelum rombongan boleh menjamu selera.



Alhamdulillah, majlis persandingan Asyrul & Maizura di Kupang berjalan dengan lancar dan cuaca pun panas je..nak tahu aktiviti selanjutnya...sila baca post yang seterusnya...

0 comments:

Post a Comment