Tuesday, March 15, 2011 | By: Asyikin Ahmad

4 more days to my E-Day

4 more days to go. Esok, aku akan bercuti panjang sehingga Selasa depan bagi menguruskan hal berkaitan majlis persandingan adik aku dan juga majlis pertunangan aku di Baling. Hanya selepas aku kembali bekerja, baru lah aku dapat update perkembangan kedua2 majlis. Esok pagi, aku akan bertolak ke kampung. Tugas aku, menguruskan door gift untuk tetamu dan special door gift untuk mereka yang terlibat dalam gotong royong dan juga rombongan pengantin perempuan.

Khamis, agenda aku adalah mengambil baju tunang aku di butik di Kulim, mengambil cake dan cupcake untuk hantaran, juga di Kulim dan ambil barang2 hantaran di Kepala Batas. Wah..banyak nya berjalan. Hal2 dapur, aku malas nak masuk campur...yang pro dah ada, so serahkan saja tugas2 tu kepada mereka. Lagipun, dengan adanya anak2 buah aku yang ligat tu, tak menang tangan aku buat keje nanti. Nak melayan soalan2 mereka lagi. Al-maklumlah, kanak2 sedang membesar, banyak sangat soalnya, terlalu banyak sifat ingin tahu dalam diri mereka. Itupun, dah bising cari aku tak ada. Mana taknya, jumpa x sampai setengah hari, pastu aku dah hilang, balik KL. Tak sempat mereka nak bermanja ngan Mak Long kesayangan mereka ni. Hik...hik...

Majlis persandingan dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini, pukul 1.00pm. Time tu aku pun dah mula sibuk nak mandi dan bersiap untuk majlis pertunangan aku yang dijadualkan berlangsung dalam pukul 4pm. Aku tak rasa tertekan, cuma mungkin akan penat. Sejak balik ke KL Sabtu lalu, aku belum berkesempatan untuk rehat. Jadi full time driver untuk adik aku sangat memenatkan. Bukannya dekat jaraknya. Dengan pelbagai perkara berlaku dalam perjalanan. Letih sangat. Bila balik, aku rasa badan lesu.

Minggu ni, aku nak pastikan badan aku sihat dan wajah ku ceria sebagai persiapan menyambut kedatangan bakal keluarga ku kelak. Hari bahagia aku, kenalah berseri2...Setakat ni, tahap kesihatan aku berada dalam keadaan memuaskan, so I want to keep it that way. Bertunang bukan penat pun, duduk dan senyum je..hehe..

Semoga semua yang dirancang untuk kedua2 majlis, akan berjalan dengan lancar. Cuma yang menjadi kerisauan adalah cuaca. Kat kampung aku last week, asal petang je, hujan lebat turun. Harap hujan tak akan menganggu perjalanan majlis kami. InsyaAllah...

So, will be writing more soon... Wish us all luck...

0 comments:

Post a Comment