Wednesday, January 5, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Jangan Bersedih:Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Dalam 2 minggu nie aku sangat asyik membaca sebuah buku motivasi yang dikarang khas untuk kaum wanita yang bertajuk “Jangan Bersedih:Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia” tulisan Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, keluaran Al-Hidayah Publications. Aku dapat tahu bahawa siri ‘Jangan Bersedih’ ni dah dikeluarkan dalam beberapa siri sebelum ini dengan pelbagai isi kandungan bertujuan untuk memberikan kekuatan kepada kaum wanita yang membacanya.

Apa yang menarik perhatian aku apabila pertama kali menatapnya adalah, adakalanya kita sebagai wanita tidak sedar betapa istimewanya kehadiran kita di muka bumi Allah ni. Adakalanya segala kesedihan, dugaan dan kesengsaraan yang Allah uji kita itu menjadi punca kelemahan serta kejatuhan kaum wanita. Kita seringkala bertanya “kenapa aku susah?”, “kenapa aku miskin?”, “kenapa aku tak cantik macam model?”, “kenapa aku sering ditipu lelaki?”….

Tanpa kita sedar, Allah turunkan segalanya untuk menguji tahap keimanan kita kerana disebalik awan yang gelap dan ribut yang melanda, Allah janjikan akan terbitnya sinar matahari yang terang serta pelangi yang indah sebagai ganjaran di atas kesabaran, ketabahan dan keimanan kita. Apa yang penting, kita harus redha dengan segala ketentuanNya terhadap kita.

            Jangan salah faham…buku ini bukan ditulis untuk kaum wanita yang bersedih sahaja. Semua golongan wanita juga boleh membacanya serta mendapat manfaat darinya. Walaupun aku di dalam fasa kebahagiaan kini, itu bukan alas an untuk aku tidak membaca buku2 sebigini. Sekurang2nya, aku akan lebih menghargai diri aku sendiri serta menambahkan kekuatan sedia ada sebagai persediaan menjadi seorang isteri dan ibu. Seperti yang ku tulis di dalam entri sebelum ini, masa sekarang adalah masa untuk aku bermuhasabah diri tentang tanggungjawab baru yang akan ku pikul tidak lama lagi. Sebagai seorang isteri (bakal), aku perlu kuat n tabah menjalani kehidupan rumahtangga apatah lagi seorang isteri akan menjadi tulang belakang kejayaan suaminya. Kalau aku kuat n tabah, suami aku juga akan turut sama kuat n tabah melalui segalanya. Tidak rugi membacanya kerana ilmu itu dituntut selagi kita bernafas.

Di dalam buku ini, terdapat banyak tajuk. Di sini aku nak berkongsi sebuah tajuk yang ku kira isinya sangat meruntun jiwa wanita aku apabila membacanya. Tajuk ini membuatkan aku mengatakan “Wahh…indah n cantik menjadi seorang wanita…kiasan untuk wanita sangat menakjubkan”.

Tajuk: Semoga rezeki sedikit yang dapat membahagiakan anda, bukan rezeki banyak yang menyengsarakan anda.

“Umur anda yang dihitungkan adalah umur yang berisi dengan kebahagiaan, kesenangan, keredhaan, ketenangan dan kepuasan. Sedangkan ketika bersikap rakus, tamak dan merasa gelisah, maka ia bukanlah termasuk bahagian dari umur anda yang hakiki, kerana ia telah mengancam kesihatan dan kebahagiaan anda. Maka jagalah keredhaan anda pada Allah, puas dengan pembahagian kurniaanNya, beriman kepada takdirNya dan bersikap optimis dalam menghadapi masa depan.

Jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung kepada yang lain, terbang dari satu bunga ke satu bunga yang lain, dari satu tangkai ke satu tangkai yang lain dan dari satu taman ke satu taman yang lain.

Atau jadilah seperti lebah, makan dari yang baik dan mengeluarkan yang baik. Bila hinggap pada ranting, ia tidak mematahkannya, menghisap sari bunga tanpa menyengatnya, mengeluarkan madu tanpa menyengat, terbang dengan membawa kecintaan dan hinggap dengan membawa kasih-sayang. Ia mempunyai suara dengungan bagaikan membawa berita gembira dan suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan, seakan-akan ia bagaikan malaikat yang ada di langit turun ke bumi dari alam yang kekal.”

            Apa yang aku dapat daripada tajuk tersebut, mereka yang sentiasa tersenyum, ceria dan merasa bahagia n redha walaupun dalam kesengsaraan, wajah mereka tidak dimamah usia. Mereka sentiasa nampak muda, serta mendapat kesihatan yang baik. Jika hidup ini penuh sifat amarah serta dendam, rakus serta tamak, wajah kita juga hilanglah serinya. Tahap kesihatan juga akan merosot, kerana apabila marah, kita akan mendapat tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung atau sebagainya.

            Ia juga menceritakan bahawa kaum wanita seharusnya mampu hidup berdikari tanpa terlalu bergantung kepada sesiapa. Apabila bersuami, memanglah wanita akan bergantung kepada suaminya, tetapi apabila suami tiada di rumah, seorang isteri haruslah bertanggungjawab menjaga keluarga serta rumahtangga dengan baik tanpa perlu melibatkan orang luar. Begitulah efisiennya seorang isteri. Seorang wanita juga harus fleksibel, seperti kupu-kupu yang ringan…boleh terbang mengikut tiupan angin. Seorang wanita perlu mampu mengubah diri untuk disesuaikan dengan keadaan semasa, namun masih menjaga adab serta kesopanannya.

            Wanita juga perlu sentiasa mempunyai hati yang bersih dan penuh kasih sayang kerana itulah sifat semualajadi seorang wanita. Lembut dan halus. Ke mana sahaja wanita pergi, mereka disekeliling akan dapat merasakan keistimewaan diri kita dan akan memandang tinggi terhadap kita sebagai kaum Hawa.

            Oleh itu, semua wanita sekalian, jika ada kesempatan, carilah buku ini dipasaran. Seperti yang aku nyatakan awalnya, tidak rugi menambahkan ilmu di dada kerana ilmu akan sentiasa menerangi perjalanan hidup kita agar kita tidak tersilap langkah serta tersesat jalan. Selamat membaca…!!

0 comments:

Post a Comment