Wednesday, January 19, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Menghilangkan kebosanan diri...

19 Januari 2011- Dari tarikh hari ni, tinggal genap 2 bulan je lagi ke majlis pertunangan aku… Bila fikir2 balik, makin mendebarkan pulak…

Hujung bulan ni,segala barang2 untuk hantaran perlu dibeli sebab cuti CNY nanti nak dihantar ke penggubah hantaran.. Jadual aktiviti aku untuk bulan Mac pun aku dah susun supaya aku tak tertinggal atau terlupa apa2…Banyak cuti kena amik apatah lagi adik aku berkahwin Mac depan. Bulan Mac nanti keraplah aku berulang alik dari KL ke Kedah…

Baju2 aku yang dihantar ke tailor aku di Kpg. Baru pun da siap, tunggu hari nak gi ambik je. Baju2 ni adik aku sponsor untuk dipakai pada hari persandingan dia kelak. Aku nak gi shopping sepasang lagi baju untuk dipakai hari pernikahan dia nanti. Beli baju da siap je, senang cerita…Kalau aku rasa rajin nak beli kain, aku beli jelah…sempat lagi nak jahit…

Aku tengah boring dok kat opis ni…tu yang merapu je tulis apa2…Barang2 untuk kerja semua dah masuk kotak. Kononnya hari tu da nak pindah masuk ofis baru…tup..tup…postpone lepas CNY..xkan nak bukak balik kotak2 tu…so , sekarang ni buat bodoh jelah dok kat ofis…mengurangkan produktiviti sendiri…hehe…adalah serba sikit keje leh buat. Cuma x buat semua in one time. Kalau semua dibuat, da xda keje pulak.

Esok, cuti sempena Thaipusam. Pengantin baru, Puan Nurul & En. K-Rol menjemput kawan2nya ke rumah untuk makan2…Best ooo….so, esok, aku dan En. Hairy akan menapak ke kediaman mereka di Sentul…sebelum tu, esok pagi, teman buah hati aku tu gi servis kete kat One Utama dulu…sempat lagi dating pagi2…hik…hik…

Erm…nak sambung keje la…da xda idea nak tulis apa…

Sepuluh Kaedah Meraih Kebahagiaan

Seorang pakar psikologi Amerika, Dr. Dicks mengatakan “kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki 10 kaedah, iaitu:”

1.      Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka izinkanlah hobi anda pada saat2 waktu terluang.
2.      Perhatikanlah kesihatan fizikal kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.
3.      Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuatnya semanagat.
4.      Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang.
5.      Hayati hidup yang sedang dijalani, jangan menyesali perkara yang sedih berlalu, dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.
6.      Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan2 anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.
7.      Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.
8.      Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang yang optimis.
9.      Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan darinya.
10.  Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.

Sumber: “Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia”
Wednesday, January 5, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Jangan Bersedih:Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Dalam 2 minggu nie aku sangat asyik membaca sebuah buku motivasi yang dikarang khas untuk kaum wanita yang bertajuk “Jangan Bersedih:Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia” tulisan Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, keluaran Al-Hidayah Publications. Aku dapat tahu bahawa siri ‘Jangan Bersedih’ ni dah dikeluarkan dalam beberapa siri sebelum ini dengan pelbagai isi kandungan bertujuan untuk memberikan kekuatan kepada kaum wanita yang membacanya.

Apa yang menarik perhatian aku apabila pertama kali menatapnya adalah, adakalanya kita sebagai wanita tidak sedar betapa istimewanya kehadiran kita di muka bumi Allah ni. Adakalanya segala kesedihan, dugaan dan kesengsaraan yang Allah uji kita itu menjadi punca kelemahan serta kejatuhan kaum wanita. Kita seringkala bertanya “kenapa aku susah?”, “kenapa aku miskin?”, “kenapa aku tak cantik macam model?”, “kenapa aku sering ditipu lelaki?”….

Tanpa kita sedar, Allah turunkan segalanya untuk menguji tahap keimanan kita kerana disebalik awan yang gelap dan ribut yang melanda, Allah janjikan akan terbitnya sinar matahari yang terang serta pelangi yang indah sebagai ganjaran di atas kesabaran, ketabahan dan keimanan kita. Apa yang penting, kita harus redha dengan segala ketentuanNya terhadap kita.

            Jangan salah faham…buku ini bukan ditulis untuk kaum wanita yang bersedih sahaja. Semua golongan wanita juga boleh membacanya serta mendapat manfaat darinya. Walaupun aku di dalam fasa kebahagiaan kini, itu bukan alas an untuk aku tidak membaca buku2 sebigini. Sekurang2nya, aku akan lebih menghargai diri aku sendiri serta menambahkan kekuatan sedia ada sebagai persediaan menjadi seorang isteri dan ibu. Seperti yang ku tulis di dalam entri sebelum ini, masa sekarang adalah masa untuk aku bermuhasabah diri tentang tanggungjawab baru yang akan ku pikul tidak lama lagi. Sebagai seorang isteri (bakal), aku perlu kuat n tabah menjalani kehidupan rumahtangga apatah lagi seorang isteri akan menjadi tulang belakang kejayaan suaminya. Kalau aku kuat n tabah, suami aku juga akan turut sama kuat n tabah melalui segalanya. Tidak rugi membacanya kerana ilmu itu dituntut selagi kita bernafas.

Di dalam buku ini, terdapat banyak tajuk. Di sini aku nak berkongsi sebuah tajuk yang ku kira isinya sangat meruntun jiwa wanita aku apabila membacanya. Tajuk ini membuatkan aku mengatakan “Wahh…indah n cantik menjadi seorang wanita…kiasan untuk wanita sangat menakjubkan”.

Tajuk: Semoga rezeki sedikit yang dapat membahagiakan anda, bukan rezeki banyak yang menyengsarakan anda.

“Umur anda yang dihitungkan adalah umur yang berisi dengan kebahagiaan, kesenangan, keredhaan, ketenangan dan kepuasan. Sedangkan ketika bersikap rakus, tamak dan merasa gelisah, maka ia bukanlah termasuk bahagian dari umur anda yang hakiki, kerana ia telah mengancam kesihatan dan kebahagiaan anda. Maka jagalah keredhaan anda pada Allah, puas dengan pembahagian kurniaanNya, beriman kepada takdirNya dan bersikap optimis dalam menghadapi masa depan.

Jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung kepada yang lain, terbang dari satu bunga ke satu bunga yang lain, dari satu tangkai ke satu tangkai yang lain dan dari satu taman ke satu taman yang lain.

Atau jadilah seperti lebah, makan dari yang baik dan mengeluarkan yang baik. Bila hinggap pada ranting, ia tidak mematahkannya, menghisap sari bunga tanpa menyengatnya, mengeluarkan madu tanpa menyengat, terbang dengan membawa kecintaan dan hinggap dengan membawa kasih-sayang. Ia mempunyai suara dengungan bagaikan membawa berita gembira dan suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan, seakan-akan ia bagaikan malaikat yang ada di langit turun ke bumi dari alam yang kekal.”

            Apa yang aku dapat daripada tajuk tersebut, mereka yang sentiasa tersenyum, ceria dan merasa bahagia n redha walaupun dalam kesengsaraan, wajah mereka tidak dimamah usia. Mereka sentiasa nampak muda, serta mendapat kesihatan yang baik. Jika hidup ini penuh sifat amarah serta dendam, rakus serta tamak, wajah kita juga hilanglah serinya. Tahap kesihatan juga akan merosot, kerana apabila marah, kita akan mendapat tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung atau sebagainya.

            Ia juga menceritakan bahawa kaum wanita seharusnya mampu hidup berdikari tanpa terlalu bergantung kepada sesiapa. Apabila bersuami, memanglah wanita akan bergantung kepada suaminya, tetapi apabila suami tiada di rumah, seorang isteri haruslah bertanggungjawab menjaga keluarga serta rumahtangga dengan baik tanpa perlu melibatkan orang luar. Begitulah efisiennya seorang isteri. Seorang wanita juga harus fleksibel, seperti kupu-kupu yang ringan…boleh terbang mengikut tiupan angin. Seorang wanita perlu mampu mengubah diri untuk disesuaikan dengan keadaan semasa, namun masih menjaga adab serta kesopanannya.

            Wanita juga perlu sentiasa mempunyai hati yang bersih dan penuh kasih sayang kerana itulah sifat semualajadi seorang wanita. Lembut dan halus. Ke mana sahaja wanita pergi, mereka disekeliling akan dapat merasakan keistimewaan diri kita dan akan memandang tinggi terhadap kita sebagai kaum Hawa.

            Oleh itu, semua wanita sekalian, jika ada kesempatan, carilah buku ini dipasaran. Seperti yang aku nyatakan awalnya, tidak rugi menambahkan ilmu di dada kerana ilmu akan sentiasa menerangi perjalanan hidup kita agar kita tidak tersilap langkah serta tersesat jalan. Selamat membaca…!!

Tuesday, January 4, 2011 | By: Asyikin Ahmad

A New Year:A New Beginning

Alhamdulillah…dah masuk tahun 2011 Masihi… Bersyukur ke hadratNya kerana aku masih bernafas di tahun baru nie…Setiap tahun, manusia biasanya akan buat azam baru. Prinsip aku: Takda azam baru setiap kali tahun baru. Azam yang aku buat is on daily basis. Setiap hari aku berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik dalam segala perkara. Setiap hari aku berazam untuk menghargai orang2 disekeliling aku dan segala yang aku miliki. Setiap hari aku berazam untuk bersyukur dengan segala2nya yang aku miliki dan yang tidak aku punyai. Kalau aku berazam nak kuruskan badan, takda lah aku nak tunggu new year baru nak slim. Sekarang pun boleh buat, janji aku usaha n rajin (so far, masih maintain). Apabila setiap hari kita mempunyai keazaman, kita akan berusaha setiap hari untuk mencapainya. Jika gagal, kita akan terus berusaha sehinggalah berjaya. Tiada istilah putus asa dalam diri aku. Aku sentiasa melalui segala dugaan dan cabaran dengan tabah. Ianya menjadikan aku insan yang lebih kuat dan yakin. Apabila setiap hari kita berazam, kita tidak akan member peluang kepada diri sendiri untuk lalai serta leka dengan perjuangan kita. Itulah matlamat aku saban hari. Meneruskan perjuangan menempuhi kehidupan tanpa gagal.

Tahun baru ini juga akan menjadi permulaan baru dalam hidup aku. Aku menutup tahun 2010 dengan menjadi milik orang apabila aku telah dirisik oleh keluarganya secara rasmi. Dalam tempoh 2 bulan lagi, aku akan melangkah ke fasa baru hidup aku, iaitu menjadi tunangan orang… Dan kemudia, aku akan menjadi seorang isteri…Dan mungkin bakal ibu (kalau ada rezeki, InsyaAllah)….

Segala perbincangan dan keperluan untuk majlis pertunangan aku yang akan berlangsung pada 19 Mac kelak telah pun mula berjalan. Aku bertuah sebab dapat kongsi majlis aku dengan majlis persandingan adik lelaki aku pada hari yang sama. Jimat la banyak kos.. Checklist untuk majlis aku seperti di bawah:

1.      Baju untuk bertunang: Dah bayar deposit. Full payment masa pegi fitting bulan 2 nanti. Pesan Kak Ita (owner Butik Zarith Andaman, Kulim), badan kena maintain, jangan naik, kurus xpa.. Haha…kenalah diet…Nanti x muat nak pakai baju…Kebaya Bandung lagi…

2.      Barang2 hantaran untuk Hairy:
·      Sepersalinan akad nikah: Dah beli kat Jakel. Tinggal nak beli songkok dan kerongsang
·      Kek & Cupcakes: Dah order dari MyBakeryna (Kulim)
·      Coklat, buah2an, agar2 kering: Beli sebelum CNY untuk dihantar ke kedai gubahan

3.      Gubahan Hantaran: Deposit dah dibayar kepada Kak Farah (owner Butik Denafira Bridal, Tasek Gelugor. Kak Farah ni best sangat. Baik n happy go lucky. Senang buat bisnes ngan dia, sampai adik aku pun nak dia gubahkan hantaran kawin dia. Berpatutan). Barang2 akan dihantar pada CNY kelak untuk digubah.

4.      Make-up: Juga amik kat Kak Farah (Denafira). Pagi dia make-up kan pengantin lain. Disebabkan majlis aku petang, so dia setuju untuk make-up kan aku sekali…Senang hati aku. Kebanyakan butik lain, diorang nak kita yang gi kedai diorang. Leceh sikit la…

5.      Mini Pelamin: Pelamin tumpang yang adik aku punya. Just alihkan kerusi dan ganti ngan bantal. Dah dimaklumkan kepada penggubah pelamin. Rasanya macam dah x mini pelamin aku. Haha..

6.      Photographer: My brother’s friend. Shoot 2 majlis serentak. Save budget.


Lepas CNY nanti aku akan apply leave. Since adik aku akan bernikah one week earlier, bulan Mac nanti banyak hari gak aku amik cuti n selalu lah ulang alik ke Kedah. Semua tu pengorbanan untuk hari bahagia.

Seperti yang ku katakan, permulaan sebuah keluarga akan bermula dengan penyatuan dua hati. Dengan waktu yang ada, aku masih meneruskan muhasabah diri dan memperkayakan ilmu rumahtangga seadanya. Untuk majlis yang bakal berlangsung 19 Mac 2011 kelak, aku harapkan semuanya berjalan dengan lancar. Dengan sokongan keluarga dan rakan2 terdekat, aku yakin impian dapat direalisasikan. InsyaAllah…