30 Julai 2011 ~ Setelah wedding date ditetapkan, aku mula stress dengan persiapan perkahwinan yang tak tahu nak mula kat mana. Dengan kurang 4 bulan, banyak yang nak disiapkan. Rasa kelam kabut jadinya. Pertama2 nya, borang kebenaran berkahwin untuk Mr Fiance dah boleh settle. Sebab borang bakal pengantin lelaki kena settle dulu baru leh pass kpd bakal pengantin perempuan. Disebabkan masalah lokasi wali dan saksi, aku akan menukar alamat IC sekarang kepada alamat rumah di Kedah, untuk memudahkan wali dan saksi2 aku menandatangani borang di hadapan PPN. So, kiranya, bulan Ramadhan ni, aku akan banyak mengambil cuti untuk menyelesaikan hal2 kahwin aku ni.
Kalau ikutkan, takdelah aku nak stress sangat. Yang jadi stress tu sebab tekanan dari luar; tekanan dari org2 sekeliling. Nak buat IC at least nak kena spend 2 hari kat Putrajaya. Sehari untuk submit, the next day kena amik. Dah alang2 di sana, leh la kami buat passport baru jugak. Sekurang2nya tak membuang masa. Ujian saringan HIV ni pun rasa2 perlu dilakukan dalam bulan ni, jika dibolehkan. Isnin ni baru nak call Klinik Kesihatan, nak confirm status. Selagi tak amik ujian tu, Mr Fiance tak leh submit borang dia kat Pejabat Agama.
Hujung minggu depan, aku dan Mr Fiance akan berbuka puasa bersama keluarganya di Kampung Gajah. Kami juga akan berjumpa potential wedding planner untuk majlis sebelah lelaki nanti. Lokasi pun nak kena survey and decide on that week. Sama ada nak stick to actual plan untuk buat di dewan, atau buat kat rumah dia. Ni kena bincang ngan family dia dulu. Dan kami juga terpaksa singgah di Kedah untuk mengambil bil air/bil letrik rumah MakLong aku untuk tujuan penukaran alamat IC dan juga borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Daerah Baling. Lepas settle tu, kami akan berjumpa Kak Farah dari Denafira Bridal (mak andam aku masa bertunang) yang dilantik menjadi wedding planner aku untuk bincang hal2 berkaitan majlis aku nanti. Tujuan utamanya untuk amik ukuran badan aku supaya Kak Farah boleh tempah baju sanding baru untuk aku. Al-maklumlah, orang 'katik' macam aku ni,kalau pakai baju siap, memang labuh la jawabnya.
Setelah selesai hal tu, 2 minggu lagi kena 'lari' balik ke Ipoh sebentar untuk sesi photoshoot dengan De Anggun studio. Photoshoot ni kononnya plan asal adalah a part of our package yang kami amik dengan diorang. But since kami nak cari wedding planner yang dekat ngan Kampung Gajah untuk menjimatkan kos perjalanan, kami convert jelah deposit ktorang kepada photoshoot. Gambar dari photoshoot ni akan dipilih satu untuk masuk dalam kad kawin kami.
Sebut tentang kad kawin, memang da kena start tempah da ni. Ya Allah.....serabutnya kepala aku dengan banyak benda ni....Setelah sebelah lelaki da confirm lokasi majlis, map akan dirangka, then baru leh jumpa designer untuk mereka kad kawin kami. Bulan Ogos ni bulan yang sangat padat sebab kami juga akan mula shopping untuk barang2 hantaran. Beberapa barang dah start survey dan akses nilainya untuk pastikan kami tak go overboard on the budget. Disebabkan banyak sale sana sini, bulan ni adalah bulan terbaik untuk berbelanja sambil berjimat. Tahun ni, pada aku, Raya bukan keutamaan kerana masa untuk plan wedding aku sangat terhad. Bila banyak perkara dah bermula, perkara2 lain akan jadi lebih mudah. Yang penting, I have to start somewhere.
Tahun ni juga, aku tidak akan pulang beraya di Kuching. Tapi, aku dah maklumkan kepada ibubapaku, and so far mereka memahami sebab aku perlu menguruskan hal berkaitan majlis kami di sini. Mr Fiance dengan gembiranya nak aku beraya dengannya tahun ni jika aku tak nak pulang ke Kedah. Aku katakan boleh je asalkan ibubanya tak kisah. Maklumlah, aku ni baru tunang dia je...tak nak la orang fikir bukan2 lak. Tapi, disebabkan Mr Fiance memerlukan aku dalam urusan perkahwinan ni, kiranya dia tak leh nak berenggang dari aku. Mati akal dia nanti,katanya. Tanpa aku, dia tak mampu nak handle apa2.
12-14 Ogos nanti akan ada MATTA Fair di PWTC. Kami da plan nak pegi untuk melihat2 pakej bulan madu yang sesuai dengan citarasa dan juga bajet kami. See....this August is very packed for both of us...
Takpe, Syikin...Apa yang penting, one thing at a time...
Orait, so far itu je nak update. Lega dapat luahkan sebab kepala dan hati sangat berserabut. Baru planning je. Bila dah start buat nanti, mesti lagi berserabut...Nasib Mr Fiance ada disisi dalam susah dan senang, menjadi penenang dan penyokong no.1...That's why I love him MORE every day....
Adios..
Jacob's Walk Of Life 2011
Ahad yang lepas (17 Julai 2011), aku dan tunang tercinta menyertai acara tahunan anjuran Kraft Food Malaysia, iaitu Jacob's Walk Of Life 2011. Ini merupakan tahun ke-2 kami menyertainya dan tahun ke-5 penganjurannya.
Acara ini sememangnya kami tunggu2 sejak pertama kali menyertainya tahun lepas. Jika tahun2 sebelumnya, acara ini diadakan di Tmn Metro Prima, Kepong (2009) dan FRIM, Kepong (2010), untuk sesi kali ini, ia diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam atau dulunya dikenali dengan Taman Pertanian, Bkt Cherakah.
Seawal 5 pagi, kami dah bertolak ke Shah Alam kerana pendaftaran akan bermula seawal 6 pagi dan kami nak mengelakkan daripada kesesakan di sana kelak. Semasa kami sampai pun, dah banyak kereta yang sampai. Makanya, kami pun mendaftar dan tukar kepada pakaian rasmi acara tu. Dah macam 'Bersih' pulak pakai baju kaler kuning ni..hehe...
Sambil2 menunggu pukul 7.30 pagi,kami dijamu dengan sarapan pagi oleh Jacob dan juga Anlene. Aku agak capek sedikit mengenangkan for the past two weeks aku belum dapat rehat secukupnya. Dengan outstationnya, dengan papa turun ke KLnya..bangun seawal tu pada hari Ahad memang memenatkan. Namun, aku tetap cuba mengekalkan keceriaan di pagi hari kerana acara ni memang kami nantikan selama setahun. Dek kerana abg tercinta demam, aku nak lah menceriakan dirinya dan menaikkan semangatnya. Harapnya sihatlah lepas berjalan kelak.
Pukul 7 pagi, peserta semakin ramai membanjiri kawasan padang Taman Botani. Tepat jam 7.30 pagi, selepas ketibaan jemputan VIP, acara pun dimulakan secara rasminya. Antara tetamu yang hadir adalah Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Pengarah Kraft Food Malaysia dan duta2 Jacobs. Selepas acara dirasmikan, acara senamrobik sebagai aktiviti pemanas badan diadakan sebelum Walk of Life bermula.
Seramai hampir 10 ribu peserta menghadiri acara ini, memulakan 'perjalanan' mereka yang telah dilepaskan oleh tetamu VIP. Aku dan Hairy pun memulakan langkah perlahan kami menuju ke garisan penamat. Aku telah lama tidak datang ke sini. So, kesempatan ini ku ambil untuk enjoy the view sambil2 menangkap gambar kenangan.
Rasanya kami ni banyak berhenti sebab nak amik gambar je..hehe...tapi, makin lama perjalanan dirasakan semakin sukar sebab kena naik turun bukit. Mengah rasanya. Abgku yang demam, Alhamdulillah, semakin kebah sebab banyak berpeluh...
Selepas merentasi 6km perjalanan, selepas menapak sebanyak 8000 tapak (macam lebih jer..), akhirnya kami sampai ke garisan penamat. Time ni memang paling best sebab aku da tak sabar nak amik goodies bag dan balik umah..haha...penat giler...Namun aku dan Hairy teramat lah enjoy..Lebih2 sebelum balik, kami sempat singgah makan ikan bakar masa lunch....Hampeh tol...kononnya 400 kalori dibakar semasa berjalan, tapi, masa lunch leh tambah balik kalori...haha...Lapar...nak buat mcm mana...
Aku berharap, tahun hadapan kami dapat meyertai aktiviti ni lagi. Ternyata, aktiviti ni bukan sahaja memberi kesedaran tentang kesihatan, malah juga mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan, lebih2 kepada peserta yang menyertainya bersama ahli keluarga. Selalu untuk pasangan macam kami pun, kalau keluar pun, asyik makan atau menonton wayang je, sekali sekala join aktiviti yang menyihatkan badan ni kan bagus...dapat juga mengeratkan kasih sayang kami..lebih2 bila dalam keadaan penat tu, kami asyik bergelak ketawa je..ada sahaja cerita yang kami kongsi sepanjang 6km berjalan bersama...Kenangan terindah buat aku dan dia...
| The official banner |
| Kami at 6am in the morning |
Sambil2 menunggu pukul 7.30 pagi,kami dijamu dengan sarapan pagi oleh Jacob dan juga Anlene. Aku agak capek sedikit mengenangkan for the past two weeks aku belum dapat rehat secukupnya. Dengan outstationnya, dengan papa turun ke KLnya..bangun seawal tu pada hari Ahad memang memenatkan. Namun, aku tetap cuba mengekalkan keceriaan di pagi hari kerana acara ni memang kami nantikan selama setahun. Dek kerana abg tercinta demam, aku nak lah menceriakan dirinya dan menaikkan semangatnya. Harapnya sihatlah lepas berjalan kelak.
Pukul 7 pagi, peserta semakin ramai membanjiri kawasan padang Taman Botani. Tepat jam 7.30 pagi, selepas ketibaan jemputan VIP, acara pun dimulakan secara rasminya. Antara tetamu yang hadir adalah Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Pengarah Kraft Food Malaysia dan duta2 Jacobs. Selepas acara dirasmikan, acara senamrobik sebagai aktiviti pemanas badan diadakan sebelum Walk of Life bermula.
| Acara dirasmikan |
Selepas merentasi 6km perjalanan, selepas menapak sebanyak 8000 tapak (macam lebih jer..), akhirnya kami sampai ke garisan penamat. Time ni memang paling best sebab aku da tak sabar nak amik goodies bag dan balik umah..haha...penat giler...Namun aku dan Hairy teramat lah enjoy..Lebih2 sebelum balik, kami sempat singgah makan ikan bakar masa lunch....Hampeh tol...kononnya 400 kalori dibakar semasa berjalan, tapi, masa lunch leh tambah balik kalori...haha...Lapar...nak buat mcm mana...
Aku berharap, tahun hadapan kami dapat meyertai aktiviti ni lagi. Ternyata, aktiviti ni bukan sahaja memberi kesedaran tentang kesihatan, malah juga mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan, lebih2 kepada peserta yang menyertainya bersama ahli keluarga. Selalu untuk pasangan macam kami pun, kalau keluar pun, asyik makan atau menonton wayang je, sekali sekala join aktiviti yang menyihatkan badan ni kan bagus...dapat juga mengeratkan kasih sayang kami..lebih2 bila dalam keadaan penat tu, kami asyik bergelak ketawa je..ada sahaja cerita yang kami kongsi sepanjang 6km berjalan bersama...Kenangan terindah buat aku dan dia...
I Love Mummy & Daddy
![]() |
| Courtesy of: Choc Lazat FB (Nor Hidayu) |
Sempena cuti sekolah lepas, mama n papa aku adalah di KL..Papa turun sementara kerana ada kursus. Mama 3 minggu di sini. So,bersempena events yang aku ter'miss' kerana berada di perantauan (chewah..mcm nak bg ucapan raya lak)..aku pun belilah gift berupa chocolate love, yang bertulis "I Love U, Mummy and Daddy". Sejak adik aku kawin ari tu,mak aku kempunan nak merasa home made choc yang sepupu aku hadiahkan..So,nak mengganti balik choc tu,aku tempahlah choc ni sebagai hadiah..
Harapnya,mama n papa suka hadiah aku..Aku pun tumpang sekaki merasa choc ni (sbb baru first time beli)..pada aku,memang sedap. Combination of white choc n dark choc..Mama pun makan sikit2 je sbb manis sgt katanya..Tapi takpe,tak habis dia akan bwk balik ke Kuching...Anak dan menantu dia kat sana pun boleh merasa sekali...
So,tu jelah nak tulis buat masa sekarang...Hopefully,leh la update lagi very soon...
Kepada yang berminat nak order choc macam di atas tu, leh la ke link ni.. http://www.facebook.com/?ref=home#!/ayuphewitt atau blog http://www.chocolovecute.blogspot.com/
Terima kasih daun keladi...Adios...
Fast & Furious 5 a.k.a Fast 5
Title: Fast & Furious 5 (a.k.a Fast 5)
Director: Justin Lin
Cast: Vin Diesel, Paul Walker, Jordana Brewster, Dwyane 'The Rock' Johnson, Ludacris, Tyrese Gibson
Last saturday, aku dan tunang tercinta pegi menonton Fast 5 di TGV KLCC. Last year, masa 1st time tgk trailer citer ni, si dia da sangat teruja. Bab2 lumba kereta ni, memang minat dia lah. So, citer ni memang ditunggu2 olehnya.
Untuk edisi ke-5 ni, masa opening, kita dibawa semula ke episod kedua atau ketiga di mana Dominic Torretto (Vin Diesel) yang dihukum penjara tanpa parol 'dilepaskan' daripada tahanan oleh rakannya, Brian O'Conner (Paul Walker) dan adiknya, Mia Toretto (Jordana Brewster). Semasa episod lalu, jalan ceritanya tergantung begitu saja. Sekarang kita dah tahu apa yang berlaku semasa kejadian tersebut.
Filem kali ni berlatar belakangkan Rio de Janeiro, Brazil, dalam usaha mereka menyembunyikan diri daripada pihak polis sbb mereka kini telah menjadi buruan. Permulaan cerita pun kita telah dihangatkan dengan adegan mencuri kereta daripada atas keretapi yang bergerak laju. Tapi, seperti biasa lah, orang baik mana nak ngam ngan orang jahat. Sekarang ni, Dom dan Brian dah menyakitkan hati ketua mafia, Hernan Reyes yang menjaga kawasan setinggan Rio sebab Dom dah curi cip kepunyaannya yang mengandungi lokasi wang haram mafia tersebut. Dahlah polis buru diorang. Sekrang, ketua mafia pun nak buru diorang gak.
Jadinya Dom pun mulakan plan untuk rompak semua wang si mafia ni dan nak gunakan wang tu untuk lari jauh dari pihak polis dan hidup bebas semula. Kerana itulah, mereka ni mengumpulkan semua orang yang pernah terlibat dengan mereka sepanjang episod pertama sehinggalah keempat. Semuanya dengan kepakaran masing2. Untuk mereka yang memang tak pernah miss saga Fast & Furious, pasti akan kenal rakan2 mereka ni. Namun, misi mereka ni seolah2 mustahil apabila mafia ni sorokkan wang haramnya dalam balai polis yang dah dirasuah. Nak rompak bank pun rasa susah, ini kan nak rompak balai polis yang penuh ngan polis???
Misi ni bertambah complicated apabila Agent Luke Hobbs (The Rock) ditugaskan untuk memburu mereka. Agent Hobbs ni tak pernah gagal dalam misinya. Banyak sangat adegan tembak menembak dan kejar mengejar dalam filem ni. Dah nama pun Fast & Furious, kan? Lawak jenaka dalam filem ni juga sangat best. Sesuai dengan jalan cerita nya.
Walaupun banyak aksi dalam filem ni, pengarah juga tidak lupa menyelitkan adegan romantik dan kekeluargaan yang menjadi tunjang filem ni. Sebab team Dom ni dah macam satu keluarga yang besar, apatah lagi apabila adiknya, Mia disahkan hamil anak Brian. Malah, Dom sendiri sempat 'bermain cinta' ngan detektif polis yang membantu Agent Hobbs, kerana dapat dilihat, wanita ini seolah2 memahami jiwa Dom. Han, watak lakonan Sung Kang juga jatuh cinta dengan Gisele, watak lakonan pelakon seksi, Gal Gadot.
Antara babak yang paling best masa diorang test pelbagai jenis kereta yang dimenangi dalam perlumbaan. Malah, kereta polis pun diorang curi gak. Tapi, yang terbaik adalah adegan rompakan apabila Dom & Brian merompak peti besi dengan menariknya keluar menggunakan kereta mereka dan melarikan diri daripada buruan polis dengan peti besi terikat di belakang kereta mereka. Banyak sangat damage yang mereka sebabkan di Bandaraya Rio. Kereta awam musnah, kedai2 hancur, tiang2 lampu patah, pokok2 jatuh, semuanya akibat daripada menarik peti besi sekeliling bandar.
Ada satu babak mengingatkan aku pada cerita Hindustan, Dhoom 2 lakonan Abishek Bachan dan Hritik Roshan. Cara 'persembunyian' dan 'penipuan' nya lebih kurang sama. Sapa tiru sapa tu tak pastilah. Sebab Dhoom 2 pun dah lama keluar kat panggung. Sapa yang nak tahu babak mana, kenalah tengok Fast 5 dan Dhoom 2.
Akhir nya, dah pasti lah geng Fast 5 menang. Berjaya melarikan 100 juta dollar, dan bermulalah hidup baru mereka sebagai OKB, orang kaya baru. As usual, hero, Dom mestilah dapat awek idamannya, cik polis, Elena Neves. Brian bahagia bersama Mia yang perutnya semakin membesar. Rakan2 yang lain...ada yang enjoy berjudi di casino, ada yang membeli kereta terhad dan dapat awek cun, ada yang nak menggembara seluruh dunia, dan ada yang telah membuka bengkel kereta idaman.
So, keseluruhannya, kalau ada 5 bintang, aku nak gak bagi 7 bintang sebab citer ni bukan saja padat ngan aksi, malah padat ngan mesej kekeluargaan dan humor yang buat pecah perut aku bila gelak. Sapa2 yang belum tengok lagi citer, baik gi serbu panggung terdekat ngan anda.
Next week, tak sabar nak tengok satu lagi citer aksi komedi, Kongsi lakonan Shaheizy Sam. Kalau Lancer polis dah masuk filem, sahih best la citer tu....Can't wait.
Before that, layan dulu trailer kat bawah ni..
Adios..
Ini Bulan Mei
Sekejap je masa berlalu..Dah hampir setengah tahun kita melayari tahun 2011. Cuti Hari Pekerja baru saja berlalu. Sekejap je rehat, dah kembali bekerja semula.
Weekend tu sempatlah outing ngan kawan2 office kat Tambun, Ipoh. Bermandi manda. Minggu yang Dot, hamster aku mati tu, aku dah mula demam. Mungkin terkejut. Kemudiannya, cuaca di luar yang sekejap panas, sekejap sejuk, tinggal kat hotel pulak tu, dengan aircond, tak sihat la jadinya.
Masa kat Tambun, aku dah bagitau diri sendiri tak nak terlalu main air sangat disebabkan keadaan kesihatan aku. Kebanyakan masa aku tengok je kawan2 aku main air. Aku duduk tepi jaga pelampung. Haha... Memang tak larat sangat time tu. Cuaca terlampau panas. Dua jam di sana rasa macam dah lama. Matahari menyinari wajahku, rasa nak pitam pun ada. Nasib la kami decide tak nak lama kat waterpark.
Lepas mandi dan bersiap, kami naik tren dan berhenti di petting zoo. Kami juga sempat tengok tiger show. Masa tu lah hujan dah mulai turun..Nasib banyak pokok, kalau tak, mesti dah basah lencun. Kami bertolak balik ke KL dalam 4 lebih, dengan hujan masih turun membasahi bumi.
Sampai je di rumah Sabtu lepas, aku rasa hilang tenaga dah. Badan penat, mata sakit, muka pedih, kering dan mengelupas...Rasa macam nak bersalin kulit lagi. Ahad dan Isnin, aku diserang demam panas, sehingga tak daya nak bangun rasanya. Nasiblah tunang tercinta ada. Dialah yang rajin datang ke rumah, hantar makanan atau bawak aku keluar untuk makan. Ubat pun, dialah yang sentiasa call ingatkan aku masa makan ubat. Aku da demam macam tu, asyik tido je. Kalau tak diingatkan, mesti lupa.
Da seminggu Dot pegi, da seminggu jugaklah aku demam. Sekarang, tahap kesihatan aku dah beransur pulih, cuma selsema dan batuk saja yang masih ada. Selera makan pun masih belum pulih sepenuhnya. Tak rasa nak makan apa sangat. Tengok nasi, tak lalu. Makan yang berasaskan sup macam bihun sup, kueh teow sup tu adalah selera. Isnin lepas, gas memasak kat rumah habis, pun belum beli sampai sekarang. Manalah daya nak angkat tong gas tu. Kalau sihat, gagah jugakla nak angkat. En. tunang da janji nak tolong angkat this weekend. Berasap semula dapurku...Masak pun hujung minggu je. Hari2 biasa selalunya dapur digunakan untuk masak air panas je..
Itu jelah kisah aku di awal bulan Mei ni. Belum ada yang menarik untuk dilaporkan... Will write more soon...

Subscribe to:
Posts (Atom)