Jam di tangan aku mulai menginjak ke pukul 2.30 petang. Terkejut beruk aku, mak andam aku dah pun sampai. Terpaksalah aku minta Kak Farah duduk rehat dulu sementara aku pegi mandi. Aku pun bukan nak mandi beria2 sangat, sekadar nak sejukkan badan je..bagi segar..
2.45 petang, Abg Hairyku call untuk inform bahawa dia dan rombongannya baru sahaja bertolak dari Simpang Empat Tokai, Pendang/Alor Star. Aku pun da berpakaian ringkas dan membiarkan wajahku dioles oleh Kak Farah. Untuk mengelakkan sebarang gangguan (terutama daripada anak2 buahku), aku kunci pintu bilik aku. Kalau kena melayan pertanyaan budak2 tu, lambatlah aku bersiap..
Masa makeup tu, ada gak gangguan datang. Ada kenalan jauh yang da lama tidak ketemu dipertemukan dengan aku...Biasalah,kan..tetamu datang dan pergi, tak lah singgah lama2.. Terpaksalah pause sekejap aktiviti makeup untuk bersalaman dan chit chat jap..Time tu lah si kecil pun masuk, nak tengok Mak Long Syikin mereka bersiap. Adik ipar aku pun ada sekali untuk menghantar air kepada mak andam aku. Mulalah si kecil bertanya soalan macam2 sehinggakan adik ipar aku pun terpaksa membawa mereka keluar.. Karang tak siap pulak makeup aku...
4 petang, aku dah pun siap disolekkan dan diandam... Time tu rakan sekerja aku, Nadia dan Jane pun sampai, walaupun sesat seketika mencari rumah aku..hehe... Thanks sebab sudi datang dari jauh... Ingatkan diorang je yang sesat, Abg Hairyku dan rombongannya pun sesat jugak.. Terpaksalah membantu memberi direction... Waktu tu hujan lebat dah pun turun. Kira normal la kat kampung aku time tu. Asal petang je hujan..
Sedara mara yang ada mengambil kesempatan untuk bergambar ngan aku yang da cantik dan nampak lebih comel daripada biasa...hehe...perasan lak. Even mak aku pun siap tanya "anak aku ke ni?"..dia pun macam tak percaya aku nampak lain..Jarang aku nak bermakeup macam ni pun...Majlis istimewa, kenalah cantik..
Bergambar kenangan bersama sanak saudara dan mama tercinta |
Tema kami serba purple sebab nak mengikut tema majlis persandingan adik aku. Pelamin pun dah cantik kaler purple, aku ikut je.. Hantaran2 kami digubah dengan tema pink+purple..Sweet gitu..
Berdebar menanti kehadiran si dia dan keluarga |
Tak lama lepas tu, papa aku masuk ke dalam bilik dan memberitahu aku bahawa semuanya telah selesai dan kini adalah masa untuk menyarungkan cincin. Untuk ke pelamin mini, aku terpaksa berjalan melalui banjiran orang ramai yang berkumpul di ruang tamu rumah. Berdebar sangat kerana waktu tu, aku sedar semua mata memandangku.. Lebih2 lagi sedara mara Hairy yang tak pernah tengok aku sebelum ni... Semua beria2 nak melihat tunangan Hairy.
Setelah aku selesa duduk di pelamin, tidak putus2 gambar ku diambil oleh semua ahli keluarga. Tak kiralah guna handphone ataupun kamera. Tiba2 rasa macam artis pulak. Mereka yang tak dapat memenuhi ruang di hadapan pelamin, hanya sekadar menjenguk daripada tingkap. Mak Hairy pun dah bersiap sedia untuk menyarungkan cincin di jari manisku. Salam yang diberi dijawab olehku dengan debaran dan senyuman. Mak Hairy pun mulai mengambil tempat dihadapanku. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...cincin tunang disarungkan ke jari, dengan rasminya aku, Cik Noor Asyikin Binti Ahmad menjadi tunangan En. Mohd Hairy Bin Mohd Saleh.
Disarungkan cincin emas bertatah berlian oleh ibu Hairy |
Syikin & Hairy bersama |
Lepas ni, kami akan plan untuk majlis perkahwinan kami pulak. Tarikhnya belum ditetapkan, tiada juga tempoh dinyatakan..Apabila tiba masa yang sesuai, barulah akan diumumkan secara rasmi. Doakan hubungan kami kekal sehingga ke akhir hayat dan semestinya dengan penyatuan lafaz ijab dan kabul. Amin..
For more pictures, do browse this link..
Adios....