Monday, December 20, 2010 | By: Asyikin Ahmad

Phase 1:Merisik

Alhamdulillah, selepas berbulan merancang detik ini, akhirnya keluarga Hairy bertandang jua ke teratak aku di Selayang untuk menyampaikan hajat mereka kepada kedua ibu bapaku. Seminggu sebelumnya, aku menjalankan major house keeping sehinggakan for that whole week, aku jatuh sakit (demam n batuk yang tak berhenti). Rasanya terlampau banyak ‘makan’ habuk n debu. Hehe… Mulanya aku rasa x best je cos kulit muka aku jadi kering terutama di bahagian hidung kerana selsema. Adakalanya hidung aku jadi merah mcm clown. Mata pun kuyu n x bermaya kerana kekurangan tido n rehat. Asal baring je, batuk. Dah 2,3 malam x boleh lena sehinggakan ada 1 malam tu aku tgk tv smpai 3pagi sebab xleh tido. Daripada terkebil2 x buat apa, lebih baik tgk tv…Last2nya, leh gak tido, tapi kena tido duduk…Siannya aku..Kat ofis, aku dah mcm zombie kampung pisang..haha…Ngantuk giler…

Nasiblah ada Encik Hairy yang menceriakan aku. Nak jumpa bakal keluarga (walaupun dah banyak kali jumpa), mestilah muka nak nampak berseri2. Bila demam ni, aku risau gak klau serinya x kelihatan. Tapi Hairy kata, aku kena makan ubat n rehat serta minum air yang banyak agar aku nampak segar. Hari Sabtu tu, adalah nampak sikit serinya n kurang demamnya (batuk je belum surut). Mungkin sebab x sabar nak jumpa parents aku kot (aku baru je jumpa papa aku few weeks ago…x sempat nak rindu…hehe…).

Mama n papa sampai di KL Sabtu lepas. Aku pergilah ke airport untuk menjemput mereka. Mama aku, dah beberapa hari ni asyik call aku, mintak aku carikan kuih manis untuk dijamu kepada tetamu nanti. Aku pun dah order cupcakes dari rakan sekerja (thanks Kak Za) sebagai sebahagian daripada menu minum petang. Happy dapat jumpa mama n papa…

Semalam (Ahad), hari yang ditunggu dah tiba. Abg Hairyku dah balik ke kampung halaman pagi Sabtu lepas untuk menjemput keluarganya. Pagi Ahad, mereka sekeluarga bertolak ke KL n tiba di teratak aku untuk minum petang; seperti yang telah dijanjikan. Pagi tu, aku n mama keluar beli breakfast n kuih muih utk dijamu. Smpai ke saat tu pun aku x fikir lagi baju apa aku nak pkai. Tak pilih lagi baju kurung mana yang nak dipakai…Pastu tu decide je pkai baju kurung cotton beli utk raya baru2 ni.

Saat yang dinanti akhirnya tiba. Keluarga Hairy telah pun tiba. Alhamdulillah, kedua keluarga mesra berbual. Abah Hairy seronokla dapat jumpa orang ‘sekapal’ (orang Kedah gak). Sembang seronok sangat. Mama n mak Hairy pun masing2 peramah. Mcm2 cerita…aku pulak, duduk je kat bucu2 (malu2 lak) sambil menjeling2 kat Hairy yang duduk bertentangan. Kami sedang menghantar maklumat serta isi hati melalui pandangan mata. Hahaha…Utk sejam pertama tu, diorang warming up je…sembang psl family, psl keje, psl hal negara…(saja cari topic bborak kot)..Lps tu barulah ayah Hairy membuka bicara ttg kami..

Setelah segala perbincangan dilakukan dan persetujuan semua telah diperolehi, dari segi tarikh pertunangan, pernikahan dan perkara2 lain yang berkenaan dengannya….mak Hairy pun mengeluarkan kotak yang mengandungi cincin risik yang aku n Hairy beli seminggu yang lepas (terserlah warna ungu kotaknya) dan menghulurkan kepada mama aku. Mama pun bukak n letak depan aku…(nanti baru sarung sendiri-malu lah pulak)

Selepas selesai segalanya, salam n ucapan terima kasih dihulurkan, Hairy sekeluarga melangkah pulang….Missing my baby, already (mengada2nya..hehe..) Hari ni dia cuti, so berada di kampung halaman bersama keluarga. Mesti banyak yang dibincangkan. Tak sabar nak korek cerita ni…Lepas je diorang balik, aku rasa nak guling2 je kat dalam rumah. Happy x terkata. Shiningnya cincin belah rotan aku ni..Mahal ni…almaklumlah, harga emas dah naik…

Pagi tadi sempat kejutkan abg aku dari tido..haha..ganggu dia di hari cuti (sebab aku kena gi keje)…Sempatlah berbual kejap….Mungkin petang nanti dia akan ambil aku kat ofis (cos aku x bwk kete, papa loan seminggu), on the way dia balik dari kampung. Kawan2 aku smpai je kat ofis aku dah show off bling2 kat jari aku…Ish…ish…ish…riaknya aku…Takdelah..sekadar nak tunjukkan kegembiraan aku kepada semua yang rapat…Hari bahagia kan nak menjelang…

Lepas ni, kami da kena plan untuk majlis pertunangan kami pulak. Butik pilihan aku untuk sewa baju dah ada, appointment kami next week, so see how it goes. Senarai barang2 hantaran dah ada, Cuma tinggal untuk dihantar untuk digubah (part aku dah ok, cuma Hairy blm cari kedai lagi). Fasa pertama hidup aku telahpun selesai. Kini, kami bakal melangkah ke Fasa kedua tidak lama lagi… Tunggu jelah kemunculan post aku (Phase II:Bertunang) soon….Dan doakan semuanya berjalan dengan lancar….

0 comments:

Post a Comment