Wednesday, October 6, 2010 | By: Asyikin Ahmad

Teater Muzikal Tun Mahathir


 2 Oktober 2010-Sepatutnya hari yang biasa pada aku. Bangun pagi, mandi n bersiap ke tempat kerja. Maklumlah, kena kerja hari Sabtu..Tapi, sebelum masuk office sempat gak encik abg aku temankan aku breakfast (thanks syg). If you think it would be a normal day to me, yet it's not. Ianya luar biasa daripada biasa. Bak kata Hotfm~lebih hangat daripada biasa.

Seperti yang ku janjikan  kepada En. Hairy Saleh yang tercinta, I'm going to give him his birthday present (belated). Birthday dia tahun ni jatuh pada minggu sambutan Aidilfitri, aku pulak baru pulang dari Kuching, so taklah sempat nak celebrate dengan dia. Aku just sempat beli kek je. So,hari ni punya event dah pun diplan about 2 months ago. Nothing fancy, just us having some quality time together.

Supposedly, we are going to enjoy hi-tea at KL Tower. Reservation had been made since July. Yang menyakitkan hati tu, bila aku called them on Friday to confirm my reservation, they said my name is put under lunch list instead of hi-tea as they are not having any hi-tea session that Saturday as they are having a private function there. I rasa nak marah la cos email confirmation dah dihantar pada aku. Alih2, diorang tukar masa reservation aku without even informing me. Bengang la gak time tu. But, since diorang appologised  for that 'honest' mistake, they suggested I change the reservation date to Sunday. Tapi, aku tolak sebab Ahad aku da ada jemputan ke rumah terbuka. So, dengan bengangnya, I asked them to reserve seats for November and demanded them to email me another confirmation and place my seats near the window so me and Hairy can enjoy the beautiful view of KL. Diorang terpaksa la melayan karenah aku. Da diorang yg buat mistake.

Istana Budaya - A place of great events
 Destinasi kami petang tu, Istana Budaya. Tujuan utama, menonton Teater Muzikal Tun Mahathir (TMTM)yang dipentaskan di Panggung Sari IB. Tiket show tu pun aku da beli sebulan awal. Teringat 1 kisah, Hairy pernah kata, idola dia adalah Tun Mahathir. What a better way to wish him happy belated birthday then to bring him to IB and let him enjoy the story of Mahathir.

Aku bersama poster TMTM
Teater ini mengisahkan perjalanan hidup Tun sedari kecil sehinggalah beliau bergelar di antara tokoh dunia yang dihormati dan disegani. Kerana itulah, masa pertama kali aku dengar TMTM akan dipentaskan, aku x membuang masa, terus Google segala maklumat dan beli tiket cepat2. Apatah lagi, teater ni akan memaparkan ramai barisan pelakon hebat Malaysia.

Barisan pelakon dan krew TMTM
Antara barisan pelakon itu ialah Esma Daniel (Tun semasa menjadi PM), Zizan Nin (Tun semasa remaja), Erra Fazira (Tun Dr.Siti Hasmah), Datuk Jalaludin Hassan (Master Mohamed) dan ramai lagi. 

Masa kami tiba di IB, orang pun da ramai ada kat sana. Kami bergambar sakan sambil meninjau Pameran Tun Mahathir kat lobi IB. Banyak gak cerita pasal diri Tun yang dipaparkan sebagai pengetahuan pengunjung. Penonton yang datang pulak ramai jugak remaja muda n golongan Chinese. Kagum jugakla sebab Tun ni dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.

Kami bergambar sebelum melangkahkan kaki ke dalam Panggung Sari
Tepat 8.30 malam, kami da berada di tempat masing2. Seats yang aku pilih tu memang baik punya..Permulaan cerita pun da sangat menyeronokkan kerana memaparkan detik2 Tun dilahirkan ke dunia. Banyak juga sisi Tun yang dipaparkan yang sangat berbeza daripada personaliti beliau yang biasa kita lihat di luar terutama time babak percintaannya dipaparkan. Sangat romantik n sweet sangat. Chemistry between Zizan n Erra is very good. Banyak babak x kering gusi dipaparkan yang menjadikan teater tentang sejarah sesorang x jemu dilihat. Aku sampai x sempat mengesat air mata yang mengalir kerana terlalu banyak ketawa. Sehinggalah akhirnya, babak sedih dipaparkan terutama apabila detik Tun mengumumkan perletakan jawatannya semasa persidangan UMNO beberapa tahun lepas. Aku juga tidak terkecuali menitiskan air mata. Suasana dalam Panggung Sari menjadi sunyi sepi seketika seolah2 semua yang hadir itu sebenarnya berada di PWTC ketika itu. Emosi yang dipaparkan begitu menusuk ke dalam jiwa.

Apa yang pasti, apa yang Tun katakan tentang Melayu masih bertongkat, masih tidak mampu berdikari, akan menjadi pengaruh kuat dalam diri aku untuk menjadi seseorang yang lebih maju ke hadapan. Ianya pasti akan membakar semangat aku sebagai anak Melayu. Ucapan tahniah juga kepada pengarah TMTM yang banyak mengetengahkan pelakon n penari berbangsa Cina sebagai pembantu. 

Mengambil kesempatan bergambar bersama barisan pelakon utama (sort of)
 3 jam yang mengujakan akhirnya berlalu. Rasa x puas sangat menontonnya. Badan pun da letih, mata da mengantuk, it's time to go home. Ada rezeki, kami berharap dapat menonton Teater Natrah pulak. Teater ni pun mendapat sambutan luas semasa pertama kali ia dipentaskan. Hopefully dapatla menonton kali ni.

Kepada sesapa yang belum lagi menonton TMTM, pementasan telah dilanjutkan sehingga 9 Oktober dan dengar cerita, tempat duduk dah hampir penuh. So, better be fast...and happy watching....











1 comments:

Asyikin Ahmad said...

teater sangat srnok ditonton klau kita betul2 dapat menghayati cerita yang dipersembahkan

Post a Comment