Syawal dah pun berlalu. Bila fikir2kan tentang perancangan masa depan, Syawal 2011 aku akan menyambutnya sebagai tunangan orang. Itupun kalau perancangan awal ni menjadi. InsyaAllah....
Bila tiba masanya untuk memilih tarikh, rasa susah nak memilih jugak. Klau ikutkan, nak pilih tarikh 11.11.11 sempena mengambil keberkatan hari Jumaat. En.Hairy pun setakat ni xda bantahan terhadap tarikh. Klau ikutkan kalendar cuti sekolah, tarikh tu belum time cuti sekolah lagi. Segala kenduri kendara harapnya mampu berjalan lancarlah walaupun tarikh tu belum clash ngan cuti sekolah.
Kalau tarikh 20.11.2011 yang jatuhnya pada hari Ahad, kat Kedah Ahad hari bekerja, macam susah gak. Tapi tarikh tu dah cuti sekolah da...Pening gak ni. Maklumlah, try nak senangkan semua orang.
Tapi, tarikh mana sekalipun yang dipilih, apa yang paling penting, perancangan awal perlu dibuat apatah lagi tarikh2 tu, tarikh2 popular. Nanti ada lak make-up artist la, tukang hias pelamin la, photographer la yang penuh ditempah...
Apa yang penting adalah perancangan....start planning NOW....chaiyok...
0 comments:
Post a Comment