Monday, August 15, 2011 | By: Asyikin Ahmad

Persiapan: Borang Kahwin

15 Ogos 2011 - Dah lama sebenarnya aku nak update blog ni, cuma 'kemalasan' melanda sekali sekala dengan adanya sedikit kerja nak diuruskan di pejabat membuatkan aku menangguh dulu hasil tulisan aku ni. Di kesempatan ni, aku nak kongsi sedikit hal ehwal persiapan majlis perkahwinan aku yang bermula dengan borang. Juga nak ku kongsi prosedur-prosedur yang perlu bakal pengantin lalui bagi memudahkan urusan pengisian borang perkahwinan kelak.

Untuk bakal pengantin lelaki (Untuk kes aku: asal Perak, mastautin KL)
  1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin luar daerah daripada JAWI (nak senang download je daripada laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan). Printkan juga borang akuan mastautin dan borang ujian HIV.
  2. Dapatkan pengesahan akuan bujang daripada majikan.
  3. Isikan borang selengkapnya (borang akuan mastatutin dan jalani ujian HIV).
  4. Jumpa imam kariah dan PPN (penolong pendaftar nikah) untuk mengesahkan serta menandatangani semua borang anda yang telah lengkap (kena pastikan ada salinan IC, sijil kursus pra perkahwinan, keputusan ujian HIV dan 2 keping gambar size pasport dengan bersongkok).
  5. Kembalikan borang ke pejabat JAWI untuk dikeluarkan borang kebenaran berkahwin (kena bayar RM5 untuk bernikah di luar KL dan RM10 untuk bernikah di KL-kalau tak silap).
  6. Kebenaran yang diperolehi akan diserahkan kepada bakal pengantin perempuan.
* Untuk yang mengambil borang di Selangor (JAIS) bagi yang menetap di Selangor, 2 orang saksi perlu dibawa kehadapan PPN untuk pengesahan.

Untuk bakal pengantin perempuan (Untuk kes aku: asal Kedah, mastautin Selangor, alamat IC Kuching)
  1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Daerah (dalam kes aku, aku ambik di Daerah Baling, Kedah-dengan bantuan Pak Long aku)
  2. Untuk kes seperti aku yang merupakan anak kariah Kupang, namun alamat IC dan mastautin berbeza, Borang Pengesahan Anak Kariah akan diberikan di mana aku sekadar mengisi nama dan alamat IC. PPN yang akan sign borang aku tu kelak memang da kenal aku dan keluarga sejak azali lagi, jadinya takde masalah la nak confirmkan yang aku ni memang anak kariah. (Kesimpulannya: aku da tak payah tukar alamat IC aku kepada alamat Kedah-lega...)
  3. Borang Kebenaran Berkahwin diisi oleh kedua-dua bakal pengantin.
  4. Borang yang telah lengkap (termasuk salinan IC, salinan sijil kursus pra-perkahwinan, sijil nikah ibu bapa bagi anak perempuan sulong, salinan keputusan HIV dan 2 keping gambar bertudung size pasport serta surat kebenaran berkahwin luar daerah daripada bakal pengantin lelaki) diserahkan kepada PPN untuk pengesahan.
  5. PPN akan submit borang tersebut ke Pejabat Agama Daerah Baling untuk mendapatkan kebenaran.
* Untuk yang mengambil borang negeri Selangor, 2 orang saksi dan wali perlu hadir di hadapan PPN untuk pengesahan. Bagi borang negeri Kedah, saksi-saksi hanya perlu hadir pada hari nikah dan mengisi maklumat mereka pada hari tersebut sahaja.

Sekarang ni, aku hanya menunggu hari untuk ujian HIV dijalankan dan urusan pengesahan borang da boleh dilakukan oleh Mr Fiance. Untuk bahagian aku, aku hanya akan submit borang selepas Hari Raya kelak, sebab aku akan balik ke kampung untuk menghadiri kenduri sepupu aku. Lagipun, ustaz yang akan menikahkan aku pun jiran kami je, memang kenalan..so, takde masalah la. InsyaAllah...

0 comments:

Post a Comment