Thursday, November 25, 2010 | By: Asyikin Ahmad

Less than a month to go...

Kurang dari sebulan, rombongan merisik akan tiba ke Selayang... Abg Hairy aku kata, untuk menemukan kedua belah keluarga lagi nervous daripada menemukan aku dengan parents dia dulu.... Aku pun nervous gak nak menyambut kedatangan bakal keluarga aku ke teratak aku yang tak seberapa kat Selayang nie...

Aku mengharapkan, pertemuan ni berjalan dengan lancar dan kedua belah keluarga dapat mencapai kata sepakat dari segi tarikh pertunangan dan pernikahan, walaupun aku dan Hairy dah ada tarikh2nya, biarlah keluar secara muktamad dari mulut family... InsyaAllah, doa keluarga kan mustajab...Moga segalanya lancar.. Amiinnnn....
Monday, November 1, 2010 | By: Asyikin Ahmad

Selepas Setahun...

1 November 2010 - Tarikh keramat aku dan Hairy. Hari ini, genap kami setahun kami menyulam kasih. Kalau difikir2kan bagaimana hubungan kami bermula, adakalanya sering timbul ayat "macam x percaya je.." dari mulut kami.

I used to be in a really bad relationships before. Kadangkala aku berputus harapan nak bercinta kerana takut dilukai lagi. Hubungan sebelum ini x seindah yang aku impikan, hanya penderitaan yang aku dapat. Aku selalu mendengar ayat "ko seorang wanita yang baik, n penyayang, beruntung orang yang memiliki ko". Tapi, setiap kali aku mendengar ayat2 ini dikatakan, aku akan bagitau diri aku semula "kalau betullah aku begitu, kenapa masih aku tak bahagia dengan hubungan ni? kenapa aku masih kerap kali disakiti n dilukai lelaki?".

Terus terang aku katakan, setiap lelaki yang pernah ku gelar 'teman lelaki' sebelum ni, selepas berpisah barulah mereka sedar ''saya menyesal berpisah dengan awak.tiada wanita lain seistimewa awak.awak lain dari yang lain". Tapi, semua dah terlambat. Hati ini telah dilukai dan seribu penyesalan sekalipun tidak akan membuatkan aku membuka kembali pintu hati ini untuk mereka. Tujuan aku hanya satu - maju ke hadapan and NEVER look back. Namun begitu, kenangan lama tetap ku kenang sebagai 'guru' aku agar aku lebih berhati2 di dalam hubungan masa depan.

Selama 6 bulan bekerja di dalam satu pejabat, aku dan Hairy memang rapat dan mesra. Namun, itu sahaja had hubungan kami. Hanya sekadar kawan. Kami sendiri x pernah keluar berdua2an. Kalau keluar pun, dengan kawan2 yang lain, time makan atau tgk wayang. Selepas kerja pun, tidaklah kami ni ber'sms' atau called each other. Namun begitu, aku selesa berkawan dengannya kerana sifat ramah n kelakarnya yang sentiasa mengusik jiwa. Sekurang2nya, hilang rasa sedih yang bertamu.

Detik awal bermulanya bibit cinta
Sejujurnya, perasaan cinta dan syg yang hadir antara kami tidaklah dirancang. Namun, Allah yang menentukan segalanya sehinggalah kami menjadi lebih serasi dan memahami. Perasaan selesa bertamu dan kejujurannya membuka hatiku untuk menerima cintanya. Yea, walaupun ketika itu baru 2 minggu kami keluar bersama, dia telahpun menyatakan keinginannya untuk menyunting aku sebagai suri hatinya. Kesungguhan dan keikhlasannya membuatkan aku yakin dan makin menyintainya.

Selama setahun ini, rasa masih belum puas aku menyintainya. Walaupun banyak yang kami lalui bersama, suka dan duka, namun kami masih bersama dan cinta yang kami miliki semakin mendalam. Sehingga ke hari ini, masih lagi ku tidak percaya, Mohd Hairy Mohd Saleh adalah milikku. Walaupun belum secara sah, namun dia tetap milikku.

Disember ini, keluarganya akan menghantar rombongan merisik. Fasa baru hidup kami akan bermula. Rasanya tak sabar sangat. InsyaAllah, jika semuanya mengikut perancangan, Aidilfitri 2011 kami akan mengikat tali pertunangan dan akan diikuti dengan lafaz ijab kabul November kelak. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan Hairy. Dialah jodoh aku. Dialah yang akan menjadi khalifah keluarga aku kelak. Dialah masa kini dan masa depanku....

Sygku....engkaulah teman sejati yang menjadikan aku sempurna apabila bersamamu. Setiap saat, aku bahagia bersamamu, setiap detik aku bahagia mencintaimu....Selamat menyambut ulang tahun pertama percintaan kita. Semoga tahun2 mendatang akan menjadi lebih indah buat kita dan keluarga yang bakal kita miliki kelak. I LOVE U....!!!